Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

12/29/10

Hutang ?



Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.

UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Family Day PUiTM 2010

Akhirnya menjadi juga perancangan untuk Hari Keluarga Warga PUiTM bg thn 2010..
Jom layan gambar yang sempat di 'snap' dari kamera henpon cap ayam Ninie nih...

Ha... Watpe tu agak²nya kaum² Hawa ni... Actually ini acara isi kacang hijau dalam 10unit straw...Ninie? dapatlah saguhati je...

Acara isi air dalam botol kategori kanak². My son dapat saguhati jugak... Wink²

Anak siapa nih? Ha... Bukan anak Ninie ye... Anak K.Su yang kepenatan... Kita minum susu dulu...

Acara pancing botol untuk kaum Adam sahaja... mana satu 'pakwe' Ninie? Tekalah ye...

Aduhai.. susahnya nak pancing botol nih... cepat² orang dah dapat pancing dah tu... urm... Acara ni xdpt nomborpun... wink². xpe lain kali kita cuba lagi...

Kepenatan bersukan. Releks jap layan anak².

Posing dulu sebelum beraksi..

Acara "Makin Jauh Makin Menyampah"... ye ke nyampah? wink². Semangat betul memasing nak menyambut belon yang berisi air tu. Pecah kira kalah ye... Kui² pun dapat saguhati je... waa.... bila nak dapat top 3 nih...



Bowling Padang...Kaum Adam @ Hawa mana²pun boleh... Ninie? Wakilkan Cayang ajalah... x kuat den nak baling buah kelapa yang ringan tu tuju botol... Wink². Yes, akhirnya dapat gak 1st...

*******************
Penat bersukaneka, kita layan main air kolam pulak... jom terjun... terjun ke?



Waaa.... saya xnak mandi.... salah sorang dari twin (adik @ Khairina) yang agak takut nak main air... Tapi bila we all nak gerak ke tempat beradu, baru lah nak berjinak² dengan air... xpe esok kita berendam lagi ye sayang...



Ihsan yang giler main air... kalau boleh x nak naik dah...

*******************************
MAJLIS MAKAM MALAM YANG SIMPLE² AJA..



Mummy Daddy dengan anak memasing untuk acara pakaian beragam kanak²

2 orang anak Ninie yang turut join sambil dipimpin Mamanya nih... Malu le tu ( Sorang lagi lari pergi ke ayahnya x mau, malu weh..) Tema apalah ye ni... Entah! Sesuka je...

**********************

- HARI KEDUA -


Kita breakfast dulu...(suka ngan pic nih... Perasan tol. kih3)

Antara hadiah yang dimenangi walaupun banyak saguhati... Oklah tu...


Sambung berendam dulu...

Penat main air, layan makan aiskrim pulak...

Pastu kemas² kita balik dulu... (pergh.. penatnya..yang penting... enjoy!)


**********************************************************************

TARIKH : 25 & 26/12/10 (Sabtu & Ahad)

12/28/10

Doa Untuk Menolak Gangguan Syaitan



Maksudnya :

" Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih."

12/27/10

Syaitan....

Gambar Hiasan.



Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (share entry ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

*******************************

Berhati-hatilah kalian semua dengan hasutan dan godaan Syaitan, kerana SYAITAN telah bersumpah dengan Allah SWT yang mereka akan berusaha menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat. Ini berikutan dendam selepas dilaknati Allah SWT kerana enggan `tunduk' kepada Nabi Adam as.


Berikutan itu, Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan peranan syaitan seperti di dalam hadis ini: "Pada diri anak Adam itu terdapat dua gerak rasa. Satu akan terbit daripada syaitan, manakala satu lagi daripada malaikat.


Syaitan sering menyerang kita melalui 10 pintu ini....

1. TAMAK DAN BURUK SANGKA. Lantas aku hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berada dengan apa yang ada setelah berusaha berakhir.

2. CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN. Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kadatangan maut secara tiba-tiba.

3. CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN. Lantas aku menghadapinya dengan meyakini pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah.

4. UJUB(Kagum dengan diri sendiri). Lalu aku menghadapinya dengan menyukuri nikmat pemberian Allah dan Takutkan balasaan Seksa Allah.

5. PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA. Lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG. Lalu aku menghadapinya dengan sikap iklhas dan Tawaduk.

7. HASAD. Lalu aku menghadapiya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta Redha di atas pemberian Allah terhadap Makhluk-Nya.

8. BAKHIL. lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa dengan ada di tangan makhluk-Nya.

9. TAKBUR. lalu aku menghadapi dengan meyakini sifat Tawakal dan rendah Diri.

10. TAMAK. Lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesat yang ada pada MANUSIA.

p/s : "Wahai orang-orang muda yang masik terlena dengan keseronokan, anda mungkin merasa terlalu awal untuk hidup serius. Anda merasa lebih baik berseronok dahulu sebelum bertaubat dan menukar gaya hidup. Benarkah hati anda pernah merasa puas setelah pergi berseronok di mana-mana"

12/24/10

Rawatan Kecemasan


Luka Dan Berdarah

Rawatan Luka Kecil
Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.
Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.
Balut dengan kain bersih atau pembalut.

Mengawal pendarahan
Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan.
Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.

Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.
Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan tekanan.
Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut.

Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.

Kecederaan Tulang (Patah)

Rawatan Patah
Jangan gerakkan bahagian yang patah.
Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.
Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.
Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.
Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.
Dapatkan rawatan lanjut.

Pengsan

Rawatan Pengsan
Baringkan mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.
Longgarkan pakaian yang ketat.
Pastikan udara bersih mencukupi.
Periksa lain- lain kecederaan jika ada.
Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.

Tercekik

Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada leher sambil cuba bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu mangsa tersebut.

Teknik Heimlich Manuver Bagi Mangsa Sedar (Untuk kanak- kanak 1 tahun ke atas dan orang dewasa)
Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba membantu.
Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.
Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati).
Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang tersekat itu keluar.
Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu.
Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda.
Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar.

Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.

Jika Mangsa Pengsan
Baring dan terlentangkan mangsa.
Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada.
Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan.
Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa.
Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti CPR).
Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.

Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang.
Anda dinasihatkan mempelajari teknik Heimlich Manuver yang betul. Hubungi Jabatan Pertahanan Awam untuk maklumat lanjut program ini.

Terbakar Dan Melecur

Kecederaan Kecil
Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir atau rendam dalam takungan air atau balut dengan kain basah selama 5 minit sehingga hilang sakit.
Tanggalkan cincin, jam atau barang kemas pada tempat cedera.
Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera.
Balut dengan kain bersih.

Kecederaan Teruk
Baringkan dan siramkan dengan air selama 10 minit.
Periksa pernafasan dan nadinya.
Tanggalkan barang kemas, jam, tali pinggang atau benda yang dipakai ketat.
Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar.
Balut tempat yang cedera dengan kain bersih.
Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.

Kecederaan disebabkan bahan kimia
Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 5 minit.
Balut kecederaan dengan kain bersih.
Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.

Jangan Sekali-kali menyapukan tempat cedera dengan mentega, ubat gigi, kicap, losyen, minyak berangin dan sebagainya.

Keracunan

Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata.

Rawatan awal keracunan
Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.
Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.
Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
Tunggu arahan dan bertindak segera.
Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
Jangan muntahkan mangsa melainkan di arahkan.

Tindakan Anda...!
HUBUNGI
Pusat Racun Negara USM
Waktu Pejabat
1-800-88-8099 atau 04-6570099
Lepas Waktu Pejabat - 012-4309499
(Termasuk hujung minggu dan cuti umum)

Renjatan

Semasa dalam keadaan renjatan pesakit tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi yang menyebabkan kekurangan oksigen. Jika tidak dirawat dengan segera jantung mangsa akan menjadi lebih lemah dan tidak berfungsi dengan betul. Jika berada dalam keadaan renjatan yang berterusan boleh menyebabkan kematian.

Tanda-tanda
Pucat, sejuk dan kulit yang melekit.
Nafas pendek dan tidak teratur.
Nadi yang cepat tetapi lemah.
Anak mata yang membesar.
Lemah.
Kehausan.

Rawatan
Telefon ambulans jika perlu.
Baringkan pesakit jika ia muntah pusingkan kepala ke sisi.
Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran bernafas, tinggikan kakinya antara 8" - 12".
Longgarkan pakaian yang ketat.
Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.
Beri kenyakinan.
Jangan beri air atau alkohol.

Renjatan Elektrik

Jika didapati mangsa terkena renjatan elektrik, berhati-hatilah. Pastikan arus elektrik telah dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum memberi bantuan kecemasan. Jik tidak, alihkan wayar elektrik dengan kayu kering atau objek yang bukan pengalir.
Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
Periksa mangsa dan jika perlu lakukan CPR.
Beri rawatan terbakar dan melecur.
Jika mangsa tidak sedarkan diri berikan rawatan pengsan.
Berada disisinya sehingga bantuan tiba.

Sumber : Carian Internet & dijumpai di link --->> KLIK

Ciuman : Suami Isteri


lepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan suami isteri anda sekali pun jadilah sblm pi keje kew..lagi byk lagi bagus!..xkisahlah sape2 leh start dulu..hehe..jgn segan2..byk fadhilatnyer..... yg lum kahwin, jgn mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak..neraka hukumnya..buat pedoman jek dulu..hehe..selamat membaca.

Fadhilat Bercium???

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

12/23/10

Cinta.Kasih.Sayang.Hati


Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

CINTA..KASIH..SAYANG..HATI

selalu yg terjadi....
CINTA : (sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata..
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH : (sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG : (sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI : (sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...

C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N- Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T- Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga..

K- Kasih berputik dikala pertunangan
A- Akad dilafaz cinta berbunga
S- Suami disanjung-tinggi
I- Isteri disayangi
H- Harumlah kasih sepanjang zaman

S- Sayangkan Isteri kasihkan suami
A- Ada masalah, dibincangkan bersama
Y- Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A- Amalkan hidup bertoleransi
N- Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G- Gaduh sesekali tu perkara biasa

H- Hati suami mesti dijaga
A- Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T- Tanggung-jawab dipikul
I- Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

12/20/10

Jamuan Raya Perpustakaan Al-Bukhari 2010















12/17/10

Hak Suami Ke Atas Duit Isteri

Gambar Sekadar Hiasan

Ninie terima email ni dari seorang rakan tetapi tidak dinyatakan darimana sumbernya...
Rasanya sesuai untuk dikongsi bersama

Assalamualaikum Ustaz,
Semasa saya kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. So, adakah maknanya di sini saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami? Sebab ada rakan lelaki sya berkata duit isteri pun, perlu mintak kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab. terima kasih.

Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak² adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga....susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak suami mesti memenuhi segala kewajipan dia. Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga.

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya.

Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.

Saya menolak pendapat "ustaz" kursus rumahtangga itu yang berkata duit isteri...isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban kewangan.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

Muafakatlah, kerana ia membawa berkat.

Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada suami.

Syukran.

Wallaahu'alam

12/15/10

Kesan Jangka Masa Tidur Kepada Mental


Oleh PROFESOR DR SYED HASSAN AHMAD

ADA orang tidur lama dan ada orang tidur sekejap. Antara mereka ini ada yang rajin dan produktif, tetapi tidak kurang juga sebaliknya — malas serta tidak tidak produktif.

Adakah jangka masa tidur boleh menentukan kerajinan dan produktiviti seseorang? Jawapannya ya dan tidak.

Ini bermaksud terpulang kepada individu berkenaan — berapa umurnya, apakah tabiat dan jadual tidurnya, apa dilakukan sepanjang hari dan bagaimana pemakanannya.

Ada pemimpin negara maju dan ilmuan yang berwibawa, hanya tidur lebih kurang lima jam saja setiap hari, tetapi sangat produktif dan cemerlang dalam kerjaya mereka.

Ada juga makluman bahawa mereka yang tidur terlalu lama mempunyai risiko tinggi dilanda pelbagai penyakit, terutama gangguan kardiovaskular seperti strok dan kanser, jika dibanding dengan yang tidur sekejap.

Makluman ini dibuat berdasarkan kajian yang menunjukkan mereka yang kurang tidur terdedah pada risiko badan menjadi gemuk dan penyakit kencing manis.

Oleh itu, kita turut menjadi keliru, apakah jangka masa tidur yang baik dan bagaimana untuk mendapat tidur berkualiti supaya kita boleh mengelakkan pelbagai gangguan kesihatan mental dan fizikal.

Apabila dibicarakan mengenai jumlah jam seseorang itu harus tidur, ia satu dimensi saja. Maksudnya, ada orang hanya perlu tidur sekejap tetapi mampu membuat sesuatu yang produktif dan ada juga yang perlu tidur lama, namun mereka juga boleh menghasilkan kerja bermutu.

Oleh itu, jumlah jam diperlukan seseorang untuk mendapat kepuasan tidur adalah berbeza. Kepuasan dan keselesaan tidur subjektif, hanya individu berkenaan dapat memberitahu sama ada dia mendapat jumlah jam untuk tidur dengan sempurna atau sebaliknya.

Kajian menunjukkan mereka yang mengalami insomnia, iaitu gangguan tidur (mereka berasa tidak selesa apabila bangun pagi) kerap memaklumkan mereka tidak mendapat jumlah jam secukupnya untuk tidur.

Namun, apabila diuji di makmal tidur, jumlah jam tidur mereka didapati lebih daripada dinyatakan. Ini bermaksud mereka yang mengalami insomnia kerap membuat anggapan rendah mengenai jumlah jam tidur mereka.

Berbalik pada isu tidur lama dan tidur sekejap. Yang dimaksudkan tidur lama adalah tidur melebihi sembilan jam pada waktu malam, manakala tidur yang kurang daripada enam jam dikatakan tidur sekejap.

Secara puratanya, kedua-dua angka ini adalah untuk golongan dewasa kerana kanak-kanak dan warga tua memerlukan jumlah waktu tidur berbeza.

Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama, manakala warga tua hanya memerlukan jangka masa tidur yang sedikit.

Ritma tidur bayi dan kanak-kanak berkait rapat dengan rembesan hormon pertumbuhan. Ritma tidur warga tua pula berkait rapat dengan sindrom fasa tidur atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘advanced sleep phase syndrome’.

Seperti kita semua maklum, kualiti tidur dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk fizikal, mental dan spiritual. Oleh itu setiap orang akan menunjukkan reaksi dan tindak balas berbeza dari semasa ke semasa apabila ditanya mengenai kualiti tidur.

Sistem saraf

Namun, yang penting adalah tindak balas subjektif individu berkenaan. Jika dia berasa selesa dengan jumlah jam yang dia dapat tidur, dia seharusnya tidak perlu bimbang dengan status kesihatannya.

Andainya dia ingin ubah corak dan tabiat tidurnya, dia akan mengalami beberapa perubahan dalam rentak kitaran tidurnya untuk sementara waktu kerana sistem sarafnya perlu membuat penyesuaian.

Ini ada kaitan dengan kajian yang menunjukkan mereka yang sengaja dikurangkan jumlah tidurnya didapati mengalami peningkatan keletihan. Selain itu, ada juga perubahan molekular yang menyebabkan perubahan pada gen, peningkatan kortisol, aktiviti di lobes frontal meningkat, daya kognitif menurun serta ada perubahan struktur pada hipotalamus.

Semua ini menunjukkan jika seseorang cuba ubah ritma tidurnya, sama ada untuk menambah atau untuk mengurang jumlah jam tidurnya, dia pasti mengalami perubahan dalam sistem sarafnya untuk sementara waktu kerana sistem itu akan membuat penyesuaian sewajarnya.

Dalam kajian yang dibuat di sini, didapati ramai orang berpendapat mereka memerlukan antara tujuh dan lapan jam untuk tidur secara selesa setiap malam.

Namun, bagi yang mengalami gangguan kesihatan fizikal seperti kegagalan jantung dan ginjal atau gangguan mental seperti keresahan dan kemurungan, mereka kerap menyatakan kurang tidur (daripada jumlah jam dinyatakan). Ada juga yang berkata mereka tidur lebih lama daripada itu.

Walau apapun masa tidur dialami, perkara yang penting adalah perasaan individu itu terhadap dirinya. Jika seseorang itu mengantuk, lebih baik dia tidur daripada cuba melawan perasaan mengantuknya. Ini kerana ia boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini.

Perasaan mengantuk bukan tanda malas. Individu yang produktif dan sihat daripada aspek fizikal dan mental sesungguhnya mahir mengendalikan masanya dengan teratur.

Dia tahu jumlah jam yang dia perlu tidur, bila dia perlu masuk ke kamar tidur untuk berehat dan bila perlu bangun serta berkerja untuk mencari nafkah.

Individu ini prihatin terhadap pemakanan yang diperlukan, tahu mengenai kebaikan makanan seimbang, membabitkan diri dengan riadah dan menjauhi perkara yang boleh mengganggu-gugat kesihatan dan keselamatan dirinya.

Oleh itu, bukan jumlah jam tidur semata-mata yang menentukan panjang atau pendek umur seseorang, mudah atau sukar diserang penyakit. Yang lebih penting adalah perasaan selesa, ketenteraman jiwa serta kepuasan diri bahawa dia sudah membuat sesuatu yang produktif dan berjaya dalam kerjaya dan tanggungjawabnya.

Ini bermaksud kualiti dan kuantiti tidur adalah satu fenomena istimewa, ia boleh menjadi satu isyarat kepada kita, sama ada kita hidup selesa atau sebaliknya.

Justeru, pembaca tidak perlu tergesa-gesa membuat perubahan secara mendadak terhadap tabiat tidur mereka hanya dengan membaca hasil kajian kerana mereka harus lihat secara keseluruhannya mengenai faedah atau kesan sampingan yang boleh berlaku mengenai jangka masa tidur lama atau sekejap.

Mudah-mudahan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang kita ada, kita boleh mempertingkatkan lagi kualiti hidup kita.

Tips Buat Suami


Tips-tips berikut adalah untuk pasangan suami isteri yang telah sah dinikahkan. Namun begitu, ianya juga sesuai bagi pasangan yang belum mendirikan rumahtangga sebagai panduan apabila mendirikan rumahtangga kelak.

1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

12/13/10

Rahsia Huruf Pertama Nama Anda

Pic Dari Google


Jom Layan... Apa huruf pertama anda...? Maksudnya? Kena mengena ke tidak?... Wink3


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.


C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.


I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.


J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.


M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.


Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah


U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai menyesuaikan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.


X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

12/12/10

Handphone

You all suka tukar-tukar HP tak?
Berapa jenis Handphone dah u all penah pakai/gunakan?
Ha.. Entry ni tentang Jenis2 Hp yang pernah Ninie guna...Warnanya pun sama macam dalam pic... cari guna en. Google

My First Hp area tahun 2003
Masa tu study lagi... biopun besar gedabak..(dibandingkan dengan hp skrg). Masa tu ninie wat selamba je gantung kat leher... takut lupa + cicir coz nak senang running pegi kelas...
NOKIA 3310


Tahun 2004 - Teringin nak ada hp comey sikit... beli hp ni coz ada radio... Kekonon nak dengar waktu dalam kelas if boring... Wink3... memang rupanya comel je... muat2 kat tapak tangan... gantung kat leherpun x la nampak gedabak... huhuhu...
NOKIA 6510


Tukar hp lagi sekitar tahun 2004 (kali ke-2) nih....Nak pulak pakai hp skrin color... ngengada betul... mujur En. Abang sayang melayan je peel wife dia nih... Suka hati sangat waktu dapat pakai hp ni woooo....
NOKIA 3100


Tahun 2005 - trade in hp Nokia 3100 grab yang kat bawah ni lak... ubah citarasa ke Sony Ericsson pulak. Rasa canggih je waktu tu dapat pakai hp ada camera ni.... sikit2 amik gambo... x sudah2 amik gambo.. penat member bilik Ninie waktu jadi tukang snap... apa2 halpun diorang tumpang sekaki gak... thanks u'olls...
SONY ERICSSON T610


April 2006 - Hp ni dibelikan oleh Abang sayang semasa melahirkan twin... T610, my younger sister yana bucuk berkenan....
NOKIA 3230


Dis 2006 - Hp ni dibeli after hp kat atas tu Ayah Ninie berkenan.. Kekononnya Ninie nak ada hp yang ada wifi la waktu tu...canggih... hp je x canggih mana sebab orang lain lagi canggih... Takpe la kan... ikut kemampuan.... wink3
NOKIA N80


Dis 2008 - Baru mula kerja, my beloved husband bg pinjam hp dia nih... sbb hp Ninie rosak ..tq...
NOKIA 5300


Feb 2009 - Urm... suka sangat dengan hp ni... bg Ninie, ianya friendly user... Hadiah dari Husband... tapi sayang... Akibat kecuaian sendiri, hp ni hilang kes salah letak... x sempat setahunpun pakai... (Sorry ye Abang...Sob, sob, sob)
NOKIA N82


2009 hingga Sekarang... Ini la hanphone Ninie yang banyak sangat berjasa... Kena keluarkan duit sendiri untuk hp ni. Takkan nak minta dari Abang sayang lagi... segan la...semua gambar yang ada di DarlingNinie @ Ninieshop2u boleh dikatakan kesemuanya dari handphone ni la... banyak sungguh jasa hp ni pada Ninie...(Setakat ni x pikir dah nak tukar hp... asalkan ianya masih elok dan boleh guna untuk snap pic... tambahan pula xde bajet sebenarnya... kui3...)
SONY ERICSSON C905


Satu lagi hp yang Ninie gunakan untuk 1 lagi simcard... Ringan je tau... senang bawa sana sini....
NOKIA 2600


*Pst... If hp Ninie bertukar lagi... entry ni akan diupdate... Wink3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...