Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

12/31/11

Bloglist X-Change By Kiz


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN (Copy paste dari tuan punya blog di SINI)
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe ) -Pollow U dah
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang-Udah siap
3. Of course mesti ada blog sendiri -Ye ni blog Ninie
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang -Kat kolum bawah tu ye...
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog -Dah rasanya
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok. -wokey dear...

Tarikh Tutup??? : Tak tahulah pulak... so rajin² jenguk blog beliau ye dengan klik pic di atas @ klik SINI

Review Ur Blog By Kiz


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN (Copy Paste dari Owner Blog di SINI)
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

HOW?
1. Kiz akan pilih 2 blog untuk direview tiap-tiap minggu secara random
2. Lepas review Kiz akan inform kat ur blog yang blog korang terpilih.
3. Dalam segmen Review tu nanti, Kiz akan buat rating based on 3 category:
a. Blog Design ( design blog korang )
b. Blog Content
c. Cara penulisan

P/S : Rating yang akan Kiz bagi nanti adalah melalui pendapat sendiri so tak semestinya semua betul ok.

12/9/11

Info : Gigi Susu


Bilakah perlu mencabut gigi susu?

Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.

Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri

Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?

1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.

2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.

3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun

Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan.

Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan.

Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa. Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu.

Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi.

Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…:)


**********************************************************************************

Pertumbuhan Gigi

Apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan gigi?
-Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya
pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

Apakah tanda-tanda yang menunjukkan gigi anak anda tumbuh?
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :
• Menangis kerana tidak selesa
• Suka menggigit atau mengunyah
• Melelehkan air liur
• Demam (suhu badan meningkat sedikit)

Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam
panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan
segera.

Apa yang boleh anda lakukan bagi melegakan rasa tidak selesa semasa pertumbuhan gigi?
Cuba petua di bawah untuk melegakan rasa tidak selesa anak anda:
• Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.
• Berikan ubat penahan sakit jika perlu.

Peringatan
Sapu sedikit gel penahan sakit pada gusi yang berkaitan kerana anak kecil tidak pandai meludah dan mungkin tertelan gel yang berlebihan.

Jadual pertumbuhan gigi

Jenis gigi & Pertumbuhan gigi susu (usia anak)
Gigi kacip (insisor) 6 - 9 bulan
Gigi geraham (molar) pertama 12 - 15 bulan
Gigi taring (kanin) 18 - 20 bulan
Gigi geraham (molar) kedua 24 - 36 bulan

Gigi Kekal Lewat Tumbuh

Bila pertumbuhan gigi dianggap lewat ?
-Biasanya gigi kacip kekal di rahang atas tumbuh ketika kanak-kanak berumur 7 - 8 tahun.
-Pertumbuhan gigi dianggap lewat apabila gigi itu masih belum tumbuh bila kanak-kanak
telah mencapai umur 8½ - 9 tahun ke atas.

Kenapa berlaku kelewatan pertumbuhan gigi?

Pertumbuhan gigi lewat mungkin ada kaitan dengan :
• Gigi supernumerari (gigi yang lebih)
• Pembentukan gigi yang tidak normal.
• Bentuk gigi kekal atas yang tidak normal .
• Ruang rahang tidak mencukupi.
• Penyakit tisu lembut atau tulang gigi setempat.

Kelewatan pertumbuhan gigi jarang disebabkan oleh penyakit lain kecuali penyakit yang
mengganggu pertumbuhan dan perkembangan tulang seperti :
• Rickets
• Hypothyroidism
• Fibrous dysplasia
• Down's syndrome

Apa yang perlu anda lakukan bila gigi lewat tumbuh ?
• Bawa anak anda berjumpa doktor pergigian jika gigi kacip kekal masih belum tumbuh
setelah mencapai umur 8½ - 9 tahun.
• Jangan tangguhkan pemeriksaan pergigian kerana keadaan mungkin menjadi rumit.

Jadual pertumbuhan gigi
( Jadual ini adalah sebagai panduan sahaja)

JADUAL PERTUMBUHAN GIGI SUSU ( DESIDUS ) & MASA TANGGAL




































































Jenis Gigi
Masa Pertumbuhan
Masa Tanggal
ATAS - -

Kacip Pertama
7 Bulan
6 Tahun
Kacip Kedua
9 Bulan
7-8 Tahun
Taring 18 Bulan
12-14 Tahun
Geraham Pertama
14 Bulan
11-12 Tahun

Geraham Kedua
24 Bulan
12-14 Tahun
BAWAH - -
Kacip Pertama
6 Bulan
6 Tahun
Kacip Kedua
7 Bulan
7 Tahun
Taring 16 Bulan
9-10 Tahun
Geraham Pertama
12 Bulan
10-12 Tahun
Geraham Kedua
20 Bulan
11-12 Tahun

Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan di atas, dikira normal.

JADUAL PERTUMBUHAN GIGI KEKAL





















































































Jenis Gigi
Masa Pertumbuhan
ATAS -
Kacip Pertama
07-08 Tahun
Kacip Kedua
08-09 Tahun
Taring 11-12 Tahun
Geraham Kecil Pertama
10-11 Tahun
Geraham Kecil Kedua
10-12 Tahun
Geraham Pertama
06-07 Tahun
Geraham Kedua
11-13 Tahun
Geraham Ketiga
17-21 Tahun
BAWAH -
Kacip Pertama


06-07 Tahun
Kacip Kedua
07-08 Tahun
Taring 09-10 Tahun
Geraham Kecil Pertama
10-12 Tahun
Geragam Kecil Kedua
11-12 Tahun
Geraham Pertama
06-07 Tahun

Geragam Kedua
11-13 Tahun
Geragam Ketiga
17-21 Tahun



Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan diatas, dikira normal.

Penjagaan Gigi Kanak-kanak Istimewa

Latar belakang
Kanak-kanak istimewa ialah kanak-kanak yang memerlukan penjagaan khusus kerana mempunyai masalah fizikal, mental atau pun perubatan.

Mengapa mereka memerlukan penjagaan gigi khusus?
Kanak-kanak istimewa memerlukan penjagaan gigi khusus kerana:
• mereka mudah atau berisiko tinggi untuk mengidap penyakit gigi kerana mereka tidak
berupaya menjaga kebersihan mulut sendiri.
• rawatan gigi mungkin sukar dilakukan kerana masalah fizikal, mental atau pun
perubatan yang dihidapi .
• rawatan dengan bius am (general anaesthesia) mungkin diperlukan .

Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak ini mencegah penyakit gigi?
Penyakit gigi boleh dicegah dengan memastikan:
• Penjagaan kebersihan mulut yang baik - berus gigi setiap hari terutama selepas makan
dan sebelum tidur dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
• Makan secara sihat dengan pengambilan makanan seimbang dan kurang kandungan
gula.
• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.

Menghisap Ibu Jari

Latar belakang
-Menghisap ibu jari adalah tabiat yang biasa di kalangan kanak kanak.
-Kebanyakan kanak-kanak akan menghentikan tabiat ini apabila
mencapai umur 2 hingga 4 tahun.

Bilakah tabiat menghisap ibu jari menjadi satu masalah?
Menghisap ibu jari akan menjadi satu masalah JIKA tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh.

Apakah kesan menghisap ibu jari?
Tabiat menghisap ibu jari yang berterusan boleh menyebabkan :
• Gigi jongang
• Masalah gigitan : Gigitan terbuka - gigi kacip di rahang atas dan bawah tidak rapat

Bagaimana tabiat ini boleh dihentikan?
Berikut ialah antara petua untuk membantu anak anda berhenti menghisap ibu jari.
• Balut ibu jari.
• Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada
sulah pada ibu jari.
• Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
• Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya
lupa untuk menghisap jari.
• Libatkan anak anda dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. contoh: alat
permainan
• Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip
kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).

Gigi Bertukar Warna
Apakah yang dimaksudkan dengan gigi bertukar warna ?
Gigi dikatakan mengalami perubahan warna jika warnanya tidak kelihatan seperti normal.
Perubahan warna ini disebabkan oleh dua faktor:
• Masalah semasa pembentukan gigi yang mana boleh menyebabkan warna gigi itu
berubah. Ia dikenali sebagai perubahan warna intrinsik.
• Benda asing yang melekat pada permukaan luar gigi selepas gigi tumbuh. Ia juga
disebutkan sebagai perubahan warna extrinsik.

Apakah punca perubahan warna gigi?
Perubahan warna intrinsik boleh berlaku disebabkan oleh :
• Kerosakan gigi (karies)
• Pengambilan ubat tetracycline atau fluorida yang berlebihan semasa tempoh
pembentukan gigi
• Kecederaan gigi
• Masalah kesihatan semasa tempoh pembentukan gigi
• Masalah kongenital saluran hempedu
Perubahan warna extrinsik pula berlaku mungkin disebabkan oleh:
• Pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan seperti zat besi
• Bakteria dalam mulut.

Peringatan apabila mengambil antibiotik
Ubat tetracycline yang dimakan oleh ibu hamil juga boleh menyebabkan warna gigi susu
anak menjadi tidak normal.

Bagaimanakah perubahan warna gigi berlaku?
Warna gigi boleh bertukar menjadi:
• coklat
• hitam
• hijau
• kelabu kebiruan.
• putih berkapur

Implikasi perubahan warna gigi
Kanak-kanak yang mempunyai gigi yang mengalami perubahan warna :
• akan membesar dengan paras rupa yang kurang menarik
• mempunyai kurang keyakinan diri

Bolehkah warna ini dihilangkan?
Penstainan ekstrinsik mudah dihilangkan dengan penskaleran dan penggilapan (polishing)manakala penstainan intrinsik memerlukan kaedah rawatan yang lebih rumit.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah gigi bertukar warna?
Untuk mengelak penstainan intrinsik:
• Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik.
• Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi
mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
• Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi
mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
• Guna alat pelindung mulut semasa aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi.

Untuk mengelak penstainan ekstrinsik:
• Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur.
• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.

Semakan akhir : 30 Mei 2008
SUMBER : Info Sihat

12/5/11

INTRO PLEASE



Tak ingat bila tarikhnya... tapi Ninie berblog walking dan terjumpa entry pasal GENG fiQ'Ra dan tergerak hati nak join. Tak salahkan nak menambahkan kenalan di alam maya kan?... Bak kata pepatah "Berkawan Biar Beribu..."

Mas (empunya blog yang menubuhkan GENG fiQ'Ra nak start aktiviti GENG fiQ'Ra.. aktiviti intro mengintro ... So jom layan tentang Ninie yerk...

- bagi number blogger card kamu ( ada di album blogger card )
* No. Blogger Card Darling Ninie ialah : A05fiQ'Ra20. Dalam album ni -->
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.296351067072568.70218.257419187632423&type=1

- bagitahu nama penuh dan nama samaran
* Yanti Hartini Binti Suparno / Darling Ninie @ Mama Comel / Ninie

- umur kamu
* Maybe dah berumur dari geng yang lain... wa... malunya... tahun 2012 = 30tahun

- tarikh lahir kamu ( nak tau jugak ! ) hehe
* 29 Ogos = Hari Ahad (jangan lupa bagi hadiah tau...)

- kamu orang negeri mana?
* Dilahirkan di Parit 7, Timur, Sungai Besar, Selangor

- asal kamu dari keturunan ape?
* Totally Jawa (Keturunan je la... Cakapnya tak reti, tapi kalau dengar orang cakap faham...)

- masih belajar? dimana? course?
* Confirm tak belajar dah.. huhuhu... belajar dari kehidupan....

- sudah bekerja? dimana?
* UiTM Kampus Jengka, Caw. Pahang

- impian kamu yang belum tercapai?
* Alhamdulillah...

- harapan kamu dalam GENG fiQ'Ra ?
* Bertambahnya kenalan maya yang saling berkongsi cerita, susah senang bersama, tolong menolong antara lainnya... ukhwah terbina kekal selamanya... Insya'Allah.... Amin...

2 orang bertuah akan mendapat topup RM5 ( Mudah²an Mama bertuah. Amin...)

11/26/11

AWAL MUHARRAM (DOA Akhir Dan Awal Tahun Hijrah)


Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah masih lagi diberikan kesempatan bernafas di muka bumiNya ini. Semoga kedatangan tahun baru 1433 Hijrah juga membawa sinar baru buat kita semua. Semoga amalan kian bertambah untuk dijadikan bekalan di alam barzakh sana... Insya'Allah...

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

11/17/11

Sukan Sekolah Anak² Comel Mama (Girl)

12/11/2011 - Sabtu

Ketiga anak² Mama bersukan Hari ni.... Macamanalah agaknya ye...

Berbaris, Lagu Sekolah, Bacaan Doa & Selawat atas Nabi

Twin semangat bersukan....

Lari ikat kaki...


Lumba lari.... Wah Kakak... semangat betul lariannya...

Adik yang happy sokmo...

Mama turut serta memeriahkan suasana...

Hubby yang 'ensem' jadi penulis nama pemenang...

Adik bersemangat meniup belon... dapat no. 3 tau...


Hubby tak ketinggalan bersukan juga. Acara masukkan benang dalam jarum untuk golongan bapa. Tempat Ke-2

Khairina yang meniup belon tak mau membesar... belon 'liat'...

Khalisah dengan belonnya selepas acara meniup belon tamat... Semasa pertandingan belon Kakak pun tak boleh nak tiup. 'Liat'.... merah padam muka Kakak tiup belon. Tapi belonnya secoit je bulatnya... Lepas tu Kakak tiup lagi sampai beso lepas geram agaknya...

Adik tersenyum riang sebab dalam baju penuh dengan gula²...

Ihsan juga tak ketinggalan dalam acara merebut gula²...

Along dengan gula²nya penuh dalam baju tu..
Berhimpun dulu... selepas acara padang tamat...

Persembahan kanak² PASTI umur 5 & 6 tahun.... semangatnya menyanyi twin Mama ni...


Persembahan Kanak² 4 & 5 tahun... Sesungguhnya... Adik memang bersemangat masa persembahan ni...


Upacara penyampaian hadiah...

Hubby sebagai pengacara majlis (bidang terjun) sewaktu majlis....

Setibanya dirumah... kita 'senyum²' dulu. Masing² kepenatan...

Dengan hadiah masing². Banyak lagi sebenarnya, tapi dipegang Cikgu (acara berkumpulan)

Mestilah kena 'senyum' dengan Mama juga kan.... (^_^)

Rumusan :
Khalisah = Memang bersemangat sungguh bila bersukan ni. Bila disokong lagi semangat jadinya...

Khairina = Agak stress sepanjang bersukan di padang. Lebih² lagi bila Mama bagi kata² semangat. Cepat je mencebik @ buat muka kelat 'stress'... Nak tergelak Mama dibuatnya...

Qistina = Juga bersemangat waja nak menang. Tapi tak berapa nak faham arahan. Sewaktu acara mencari Ibu Sendiri... Adik laju je lari meluru ke garisan penamat sedangkan Mama sibuk terjerit² kat tepi padang memanggil. Adik, adik...

Nota Mama Comel : Tapi kira ok lah tu... Mama yang paling ramai anak di padang hari ni... 3 orang sekaligus... hu3....


11/14/11

AidilAdha 1432H (06/11/2011 - Ahad)

06/11/2011 - Ahad

Gambar yang diambil di rumah Keluarga sebelah Ninie di Lepar Utara, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang sempena Aidiladha yang lalu.








Bersama Ayahanda Tersayang....

Ayah bersama kelima-lima cucunya...

Wajah cucu-cucu Ayah dan Emak

Adik Bongsu Ninie sibuk menyelit...

Dari Kiri : Adik Bongsu Ninie (Yana), Ninie & My Beloved Mum...

11/9/11

KONSTAR 2011 : Kem Sri Gading, UiTM Caw. Pahang, Kampus Khazanah Alam

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar...
Pada 2 dan 3hb November 2011 (Rabu & Khamis) yang lalu, satu 'Kem' Konferensi Staf Pentadbiran (KONSTAR) bagi staf pentadbiran UiTM Caw. Pahang telah diadakan di Kem Sri Gading bertempat juga di UiTM Caw. Pahang. Belakang UiTM ni je... Ada tempat yang didirikan sesuai untuk aktiviti luar.

If tak silap, hampir 170 orang staf yang terlibat kali ini. Kiranya insan² terpilih lah ni. hu3... Iyo sangatlah tu... wink3. Jom Layan pic :

First Day : 02/11/2011 - Rabu....
Lapor diri dulu, Sarapan Pagi... Dengar Taklimat Ringkas....


Aktiviti regangan... Jap lagi nak menyusuri hutan untuk sampai ke tapak kem....


Tu dia.... aksi staf menyelusuri hutan... untuk sampai ke destinasi area 10.00 pagi...

Akhirnya setelah hampir 30 minit berjalan... sampai dah...



Sekitar lokasi kem... inilah tempat penginapan kaum HAWA...

Yang kat bawah ni salah satu tempat penginapan kaum ADAM. Kaum ADAM rami... banyaklah tempatnya.

Kawasan sekitar serba sedikit...

Kaum HAWA yang kepenatan menyelusuri hutan... lepas lelah sebelum aktiviti lain bermula.

Sebahagian kaum ADAM yang tidur di khemah...

Aktiviti bermula.... jam 11.00 pagi
Ha... ni K. Ros yang giler pose macam ninie jugak...


Dalam cawan 'pink' tu ada sebiji telur tau. Setiap peserta dapat dengan nombor yang berlainan.

Sesi bersama Timbalan Pendaftar- Pn. Hjh Siti Rohmah Marsidi

Malamnya... Ceramah Integriti...

Lepas habis Slot Ceramah, Aktiviti Kump... Biasalah... Cari nama kumpulan, Logo dan Motto....
Kumpulan Kami INFINITI - "

2nd Day 03/11/2011 - Khamis...
Pagi hari dengan aktiviti senaman ringan dan joging sikit...



Sesi regangan selepas berjoging...

Kita Mamam dulu... (sarapan)


Slot seterusnya... Perbincangan & Pembentangan setiap kumpulan... Ada 13 kump. kesemuanya... lebih kurang 10-13 orang setiap kump.

Wah... letihnya... tu yang masam tu...



Tersenyum sebab program dah hampir nak habis walaupun ada 2 slot lagi... seronoknya....

Slot seterusnya... Main masak²... hu3... Gabungan 2 kump. menjadi 1 kump. So ada 7 Kump. bertanding dengan menu yang sama tapi menggunakan cara memasak yang berlainan... (Beras, Sayur Kobis, Kentang, Sardin)

Waktu ni, kebanyakkannya lelaki yang lebih terer dari kaum wanita...



Ninie pun masak juga lah....

Penat²....
See... hasil kump. kami. Gabungan Kump. 10 & 8

Hidangan setiap kump. untuk juri. Ala² Master Chef gitu... Macam² rupa ada...

Amboi... sedapnya juri merasa....

Dah Masak... kemas setiap tempatlah pulak... buang apa yang patut di tempat yang sepatutnya.

Dah mandi dan tukar baju sebab baju sebelumnya habis bau asap... busuk lah...


Slot terakhir sebelum pulang. Bersama REKTOR - Prof. Madya Dato Dr. Hj. Hilmi Ab Rahman juga bersama sebahagian barisan ME UiTM Caw. Pahang.

Yea... habis dah... sesi bergambar...

Urusetia yang menjayakan program KONSTAR 2011

Tata... Kami balik dulu.... Balik, kami semua ada yang menaiki Hilux/lori/ traktor... ada juga yang berjalan kaki melalui hutan... Ninie naik traktor... penatlah nak berjalan. Lagi pula kebetulan hujan rintik². Tapi sekejap je....(^_^).... Sampai di rumah dengan selamat jam 6.00 ptg setelah memandu hampir 1jam. wah penatnya.. malam tak sedar diri... sakit badan. Kita tido dulu.... Jumaat... CUTI.... (cuti sendiri ler)....yahoooo.....
Nota Mama Comel : Masa mula tak sabar² nak balik.... Bila dah habis... Rasa seronoklah pulak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...