Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

1/30/11

Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir !!!!!
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Renungan kita bersama...

Aduhai Jerawat...


Pimples form when dead skin cells mix with excess oil (sebum). This mixture plugs the pore, causing swelling. Bacteria can grow in the mix and lead to infection and pus.

Aduhai... Entah kenapa sejak 2/3 menjak ni makin menjadi-jadi pimple naik kat muka ni... ke ada kena mengena dengan cara makan dan juga kenaikan berat badan? If zaman remaja/ study / nak period tu faham le. Tapi ini x, ada je yang nak naik kat muka ni... hai dah bergelar ibu pun still banyak lagi... tolong...... Anak2 asyik tanya kenapa kat muka mama yang kat sini, situ (tempat dimana jerawat tumbuh...) kalau jenis halus-halus maybe x berapa nampak. Ini tidak, katogeri jerawat batu... Ninie try cari info...

Kedudukan jerawat dan info

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


Jerawat-Tips dan petua.

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat.

* Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
* Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
* Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
* Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
* Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
* Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

* Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
* Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
* Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
* Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
* Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
* Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
* Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
* Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
* Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
* Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
* Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
* Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

Tip-tip mengelakkan dari pembentukan jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan adalah seperti:

Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertektur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai alternative dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka.

Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
Penggunaan skrub wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit.

Penggunaan skrub wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam Liang Pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan skrub wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan skrub wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.

Mencuci kulit dengan skrub wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.

Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda!

Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit.

Pancaran Sinar UV (Ultraviolet) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit.

Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser.

Pemakaian pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.

Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan iritasi dan alergik pada kulit anda.

Pengalaman Berniaga Online vs Backout Buyer...

Aduhai... Cabaran menjadi peniaga online... Ninie mula berjinak-jinak dengan perniagaan online ni semasa surirumahtangga dulu... sekitar tahun 2008 dengan menjual Mini Popia Berintikan Ikan Bilis -Berlada Cili Kering/ Lada Hitam/ Biasa(x pedas) dan juga Mini Popia Horlicks (ala-ala kuih batang buruk...). Masa tu barulah pandai nak berniaga secara online ni. Masuk kedai online berbayar dan pandai guna blogspot. Semuanya belajar sendiri dari cara-cara nak coding, insert widget dan macam-macam lagi... Semua sendiri bermula dari 'zero'. Buka kedai online berbayar dan juga free. Antaranya di:
Pekanrabu
Allizaebiz
Lonia Village
Teratak Niaga
Bazarniaga

Alhamdulillah sikit-sikit... Tapi x lama... hingga awal tahun 2009 sahaja kerana 16/12/2008 Ninie telahpun diterima bekerja di UiTM Pahang Kampus Jengka sebagai Kerani. Memang x sempat nak buat kuih lagi... Thanks kepada sesiapa yang pernah menjadi customer Ninie dulu...

Bermacam2 karenah customer yang Ninie jumpa. Dah submit order, order pun Ninie dah buat, tetiba 'cancel'. Masa tu Ninie buatkan dulu, dah siap baru terima payment termasuk kos pos. Biasalah kan manusia, macam2 ragamnya... Ada juga yang bayar half, minta tolong poskan dulu... Ninie layankan aja... biasalah baru2 berniaga, x reti lagi.. lagipun apa salahnya coz waktu tu nak submit order yang lain sekali. Janji nak bayar sekian-sekian tarikh.. bila sampai tarikh yang dijanjikan, senyap je pulak... sms pun x layan. dah geram tahap berasap dibuatnya... hampir seminggu lepas tu baru wat payment dengan alasan 'outstation'. Alhamdulillah... mungkin rezeki lambat... Tapi, x boleh ke inform dulu problem tu dari buat peniaga macam Ninie ni tertunggu-tunggu... Boleh bertolak ansur dari membiarkan Ninie berfikiran Negatif terhadap customer.

Walaupun sekarang x menjual kuih, blogspot yang ada x kan Ninie nak tutup... Alang2 cari pulak idea lain untuk berniaga tapi mudah...sebab itu Ninie tukarkan pula kepada menjual barang-barang produk katalog seperti Avon, Alfio Raldo, Cosway (Belum masukkan lagi). Barang-barang MLM yang mana Ninie jadi ahli untuk kegunaan sendiri dan juga menjualnya seperti De' Classic Life, HPA Industries, Revell (Belum masukkan). Barang-barang kraf/handmade seperti keychain dan hp charm, hair clip, brooch dsb... Pakaian Kanak2 dan macam-macam lagilah... Alhamdulillah... boleh la juga sikit-sikit...

If ada diantara anda masuk ke kedai online Ninie (NINIEshop2u). Dengan terang dan jelas Ninie dah nyatakan kat situ tentang cara-cara pembelian, pembayaran, pengeposan dan yang paling penting : Jika anda SERIUS BUYER SAHAJA, SILA ISI ORDER FORM. JIKA TIDAK, SEBARANG PERTANYAAN BARANG/ITEM/PRODUK SILA EMAILKAN/ SMS (Ninie x suka jawab call dari number yang x dikenali walaupun mengaku customer). Masalahnya... kenapa ramai yang x faham2 ayat tersebut... kekadang tension dibuatnya... Ikutkan amarah di hati nak je senarai hitamkan nama-nama customer yang dah isi order form tapi buat dek je bila Ninie beri feedback atas email tersebut... Dah sms pun tidak berjawab... Ninie sebagai peniaga online kalau boleh tak mahulah cari 'pasal' dengan customer yang langsung kita x kenal @pun tahu rupanya... Minta tolonglah jika anda seorang pembeli online... Bertanggungjawablah dengan apa yang anda lakukan... Kalau nak cancel order, inform semula... jangan buat x reti aja... aduhai.... Kami sebagai peniaga masih boleh bertimbang rasa. Sikap mendiamkan diri anda membuatkan Ninie 'bertambah bengang'.

'Customer is always right' - pergh ayat.. so peniaga is always wrong? Kesian peniaga terutama yang jenis online macam Ninie ni. Ninie sendiri pun pembeli tegar secara online baik dari pakaian, alatan komputer, perkakasan rumah dan macam-macam lagi. setakat ini Alhamdulillah Ninie bertanggungjawab di atas segala pembelian yang Ninie lakukan dan semoga ianya berterusan...

1/26/11

Interview?



27/01/11 - Khamis - 2.00ptg - Bilik Temuduga 4, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, KM. 10, Jln Kemaman Beserah, 26100 Kuantan Pahang - Jawatan : Pembantu Pengurusan Murid Gred N17.

Yup.. esok Ninie akan menghadiri 1 interview untuk jawatan PPM. pergh... kosong gile nak fikir apa soalan yang bakal ditanya nanti.. memang out... try baca itu ini, tapi belum tentu kompem keluarkan soalan-soalan tu.. yang pasti apa tugasan kita berkaitan jawatan yang dimohon tu mesti keluar punya.. wink3...

Ops.. Ninie dah bekerja why minta kerja lain?.. Soalan dari rakan seopis... Rasanya tak salah kan minta kerja lain. Sekarang pun cuma Kerani aja.. Gred sama juga N17. Hakikatnya kerja memang x tensen.. happy sokmo... tapi perjalanan ke tempat kerja tu yang membuatkan Ninie penat sangat2... +- 150km pergi balik dari rumah ke tempat kerja.. dah 2 tahun berulang alik... kekadang lesu badan dibuatnya dek drive kereta hari2... aduhai...

So try minta kerja lain... PPM... nape PPM? soalan lagi... Senanglah sikit (mudah-mudahan..) boleh ikut Hubby pindah sbb Hubby seorang Guru... ewah2 berangan dulu... interview pun x pergi lagi.. hahaha... senak perut dibuatnya fikirkan pasal temuduga nih... Semoga segalanya dipermudahkan...Amin...(mana tahukan jika rezeki ada, dapat pulak ditempat sendiri..) If belum rezeki Ninie... Akan Ninie apply lagi, lagi dan lagiiiiiiiiiiiiiii.... Dont Give up.. yang penting dekat ngan anak2 & Hubby.....



YA'ALLAH YA TUHANKU... HILANGKANLAH RASA GEMURUHKU, GUGUPKU, LANCARKANLAH LIDAHKU MENJAWAB SEGALA PERTANYAAN DARI PANEL PENEMUDUGA ESOK HARI... SEMOGA SOALAN YANG DIKEMUKAKAN MUDAH SEMUDAH-MUDAHNYA... AMIN...

Nukilan Jari Comel : Usaha tangga kejayaan. Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya... Jangan putus asa... Ada rezeki ada.. Takde rezeki... KITA APPLY LAGI... Wink3....(janganlah tetiba gemuruh esok)

1/23/11

Makanan Seimbang


Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang memberikan kita tenaga untuk kegiatan harian. Makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat mengelakkan kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi untuk kegiatan harian.
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Apa itu dia Piramid Makanan?

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan kuantiti makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kelas makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.

Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, dan roti atau biskut mil penuh.

ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalamcsetiap hidangan.

ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.

Hasil Tenusu

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Contoh Menu Diet :


1/20/11

Ella : Retak

Ella - Retak









Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini engkau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia


Mengharap kasih menjadi bintang jiwa
Mana janjimu akan setia
Menyayangi ku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama

Kini tiada erti memberi janji
Janji manis mu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini

( 1 )
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita

( 2 )
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan sepi hanya selamanya

Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita

Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada ini

( ulang 1 & 2 )

Sedih Kecewa Terluka Segalanya Tercalar....

Mengapa Oleh Nicky Astria






mengapa kau pergi
mengapa kau kecewakan
mengapa kau hancuri
mengapa kau menghinakan

mengapa kau sakiti
mengapa kau melukakan
mengapa kau memberi
mengapa kau melupakan

mengapa kau akhiri
mengapa kau memulakan
dengan getaran jiwa kukemukakan
pertanyaan

tak ingin ku kau pergi
tak ingin ku dikecewakan
tak ingin cinta dinodai
tak ingin dihancurkan

tak ingin ku disakiti
tak ingin ku dilukakan
tak ingin ku kau beri
bila kau melupakan

tak ingin ku diakhiri
bila kau memulakan
dengan perasaan hampa
ku meminta jawaban

di kananku cinta penuh bermadu
di kiriku racunmu
kalimah sakti yang mana untukku
dapat kau membuat pilihan
agar kita dapat bersama

kau bisa membahagiakan menceriakan
kau bisa menggembirakan mempesonakan
aku ingin dicintaimu dan mencintai
aku ingin bila terjaga kau di sampingku selamanya

semoga cinta bersemi
semoga cintamu kan dekat padaku
asmara kan memudar tanpa mengira waktu
bertahta di hatimu dan di hatiku

1/18/11

Makanan Seimbang Untuk Kanak² 1-6 Tahun



Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.

1. Piramid Makanan

Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

a) Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.

b) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.

c) Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.

d) Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.

Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun

Kumpulan Makanan


Pilihan Satu Sukatan



Bilangan Sukatan Sehari


1 – 3 tahun


4 – 6 tahun


Nasi dan gantiannya


½ cawan nasi

½ cawan bijirin sarapan

3 keping biskut kraker

1 biji kentang saiz sederhana

1 keping kuih

1 cawan bubur nasi


6


8


Susu


1 gelas


2 – 3


3


Ikan dan gantiannya


½ ekor ikan

1 ketul ayam atau daging saiz kotak

2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala

1 keping taukwa

½ cawan kekacang

1 biji telur


2


2


Sayur-sayuran


2 sudu makan


2


2


Buah-buahan


1 potong atau satu biji


1





2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat anak-anak sejak lahir hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan menyusukan anak-anak pada usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu tepung.

3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun

Sarapan pagi
· 1 gelas susu
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem

Minum pagi
· 3 keping biskut
· ½ gelas minuman bersusu

Makan tengahari
· ½ cawan nasi
· 1 ketul ayam goreng kicap
· 2 sudu makan sayur
· Air masak

Minum petang
· 1 keping kuih
· 1 potong buah
· ½ gelas minuman bersusu

Makan malam
· 1 mangkuk mihun sup

Minum malam
· 1 gelas susu


4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun

Sarapan pagi
· 1 cawan mihun goreng
· 1 gelas minuman bersusu

Minum pagi
· 3 keping biskut
· 1 gelas minuman bersusu

Makan tengahari
· 1 cawan nasi
· 1 ketul ayam masak merah
· 2 sudu makan sayur
· 1 potong buah-buahan
· Air masak

Minum petang
· 2 keping kuih
· 1 gelas minuman bersusu

Makan malam
· 1 cawan bubur nasi campur ikan
· Air masak

Minum malam
· 1 gelas susu

Bila anak anda tidak berminat untuk makan…..

· Tarik minat anak anda terhadap makanan

· Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu

· Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan

· Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan

· Sediakan makanan yang menarik

· Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik

· Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk

· Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik

· Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas

· Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan

· Elakkan memarahi anak anda semasa makan

· Jangan ugut anak anda untuk makan

· Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak

· Galakkan anak anda makan sendiri

· Makanlah bersama-sama

Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula.

Beri makanan ringan yang berkhasiat

Makanan ringan yang digalakkan
· Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor

Makanan ringan yang tidak digalakkan
· Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap

Vitamin Tambahan
· Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.

Pengawasan berat badan anak anda
· Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya. Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Penambahan berat badan yang memuaskan
· Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan.

Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik

Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan
· Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera.

Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran

Petua
· Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.
· Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan
· Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
· Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa
· Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya.

di petik dari : http://www.anakku.net.my/

1/10/11

Apa Ertinya Kawan? Dimanakah Kedudukan Kita?


Kata MAK,
KAWAN itu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.

Kata ABAH,
KAWAN itu umpama bunga ros, dipandang cantik, dipegang sakit.

Kata ATUK,
KAWAN itu seperti air, terus mengalir.

Kata NENEK,
KAWAN itu umpama bulan, dipuja & disanjung tapi tetap jauh diatas sana.

Kata SAUDARA,
KAWAN itu macam makanan, KAWAN makan KAWAN.

Kata ABANG,
KAWAN itu ibarat lembu, ikut aja apa yang dikata.

Kata KAKAK,
KAWAN itu tak ubah macam durian, bau aja busuk tapi sedap dimakan.

Kata ADIK,
KAWAN itu macam biskut, kajap ada kejap tak ada.

Kata SAYA….
Tepuk dada tanyalah selera…
Sekali telah mengenali, buruk baik DIA tetap KAWAN SAYA!
Buruk perangainya, SAYA berdoa semoga suatu hari nanti ALLAH ubah semua sifat buruknya menjadi sifat yang disukai olehNYA dan juga rakan-rakan disekelilingnya…
Elok perangainya, SAYA berdoa agar ianya kekal buat selama-lamanya…



>KAWAN<.... Bukan "1" tapi berjuta.....
Bukan untuk diguna tapi untuk dijaga......
Bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi.......
Bukan untuk sementara tapi untuk selamanya.......
Bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati........
Bukan untuk ditingalkan tapi untuk dirindui........
Bukan hanya disini tapi dimana-mana.......
Bukan setakat ini tapi hingga ke hujung nyawa...... 1) Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula sayang.. lepas tu pijak..

3) Kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) Kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) Kawan tu bukan mcm PELANGI. Hari cerah takde.. hujan gerimis baru muncul..

7) Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) Kawan tu bukn macam CHIPSMORE.. skejap ade skejap tak..

9) Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.




(1) Kenalan
• Orang yang sudah dikenali. Mungkin kita hanya kenal nama, umur, pekerjaan, latar belakang dirinya & beberapa perkara umum yg lain pada seseorang kenalan. Akan tetapi, dalam sesuatu perhubungan tidak begitu rapat. Mungkin hanya sekadar bertegur-sapa, bertanya khabar apabila bertemu tetapi tidak di luar batasan waktu iaitu pada lingkungan masa itu sahaja serta tidak termasuk waktu peribadi seseorang.

(2) Teman/Sahabat/Kawan
• Terdiri daripada 2 kategori:-

(a) Teman/Sahabat/Kawan Biasa
• Tahapnya tinggi daripada kenalan. Banyak aktiviti, kegiatan atau pekerjaan dilakukan secara bersama. Adakalanya di luar batasan waktu iaitu waktu peribadi seseorang. Akan tetapi, ia hanya kekal hanya pada masa kita suka, gembira & senang sahaja. Tetapi apabila kita berada dalam keadaan sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan, mereka akan meninggalkan kita keseorangan.

('b) Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa
• Tahap lebih tinggi & mulia daripada kenalan & teman/sahabat/kawan biasa. Mereka adalah insan yang paling hampir & dekat dengan kita. Mereka sentiasa bersama-sama dengan kita bukan sahaja di waktu kita suka, gembira & senang tetapi ketika kita sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan.
• Di antara ciri-ciri Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa:-
• Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.
• Insan yang memahami diri kita, perasaan & kehendak kita.
• Insan yang jujur & ikhlas melakukan sesuatu yang termampu & terbaik pada kita (contoh, membantu kita) tanpa syarat & mengharapkan balasan daripada kita.
• Insan yang membela & menutup aib/kesalahan/kesilapan kita pada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur & menasihati kita di belakang mereka.
• Insan yang menerima diri kita samada baik & buruk tanpa sebarang syarat & alasan.
• Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran & wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya & menggadai nyawanya kerana kita.
• Insan yang jujur & sabar dalam menegur, menegah & menasihati kita daripada melakukan perkara2 yang buruk & yang dilarang oleh agama.
• Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat & pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat & menyerah kalah.
• Insan yang dijadikan tempat untuk luahkan segala permasalahan hidup & perasaan kita.
• Insan yang boleh menyimpan rahsia kita & boleh dipercayai tanpa membocorkannya pada orang lain.
• Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur & bergelak ketawa bersama kita.
• Insan yang sentiasa menyokong, mengangkat esteem diri & pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
• Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran & pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
• Insan yang sanggup mempertahankan diri kita daripada dirosakkan oleh orang lain walaupun nyawa, harta benda & maruahnya akan menjadi taruhan.
• Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
• Insan yang sentiasa mengingati & merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.

(3) Kekasih
• Tahapnya adalah setaraf & semulia dengan Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa tetapi bezanya sepasang kekasih ialah berlainan gender iaitu seorang lelaki & seorang lagi perempuan. Mereka bercinta & bersatu hati. Mereka berjanji setia & berakhir dengan sebuah perkahwinan. Hubungan paling mulia yang diredhai Allah swt bagi sepasang kekasih adalah melalui ikatan sah iaitu perkahwinan. Selepas berkahwin, mereka akan terus kekal sebagai kekasih & mempunyai anak, cucu serta cicit sehingga ke akhir hayat mereka. Menurut ajaran Islam, apabila mereka mati dalam keadaan beriman kelak, mereka akan ditemukan di dalam syurga & kekal abadi buat selama-lamanya.

• persoalannya kini dimana kedudukan kita?????



- Terima Kasih Tidak Terhingga Buat Yang Sudi Bersahabat Dengan Diri Ini -
- Semoga Kekal Buat Selamanya -

1/8/11

Siapakah Orang Yang...

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.



Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

1/7/11

Ucapan "Assalamualaikum"


Assalamualaikum: السلام عليكم al-salāmu 'alaykum; selamat sejahtera ke atas kamu semua) merupakan ucapan salam dalam bahasa Arab, dan digunakan oleh umat Islam. Ucapan ini adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w., yang dapat merekatkan ukhuwah Islamiyyah umat Muslim di seluruh dunia.

Memberi salam adalah sunat, sedangkan menjawabnya adalah wajib. Salam ini juga digunakan oleh masyarakat Kristian di Timur Tengah yang mempunyai erti "kedamaian dan kesejahteraan" bagi yang mengucapkan salam dan penerima salam tersebut. Salam ini sama dengan salam shalom aleichem dalam bahasa Ibrani.

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Al-Hasyr Ayat 23:
Dialah Allah, tidak ada ilaah (sesembahan) yang layak kecuali Dia, Maha Rajadiraja, yang Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Mengurniai rasa aman, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Kuasa, Maha Memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah dari segala yang mereka persekutukan.

Di dalam ayat ini, al-Salam (Maha Sejahtera) adalah satu dari nama-nama agung Allah s.w.t. Kini, Kita akan mencuba untuk memahami erti, keutamaan dan penggunaan kata Salam.

Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan ungkapan-ungkapan yang lain, seperti Hayakallah yang ertinya semoga Allah menjagamu tetap hidup, kemudian Islam memperkenalkan ungkapan Assalamu ‘alaikum. Ertinya, semoga kamu terselamatkan dari segala duka, kesulitan dan nestapa. Ibnu Al-Arabi di dalam kitabnya Al-Ahkamul Qur’an mengatakan bahawa Salam adalah salah satu ciri-ciri Allah SWT dan bermakna Semoga Allah menjadi Pelindungmu.

Ungkapan Islami ini lebih berbobot dibandingkan dengan ungkapan-ungkapan kasih-sayang yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain. Hal ini dapat dijelaskan dengan alasan-alasan berikut ini.
1. Salam bukan sekedar ungkapan kasih-sayang, tetapi memberikan juga alasan dan logik kasih-sayang yang di wujudkan dalam bentuk doa pengharapan agar anda selamat dari segala macam duka-derita. Tidak seperti kebiasaan orang Arab yang mendoakan untuk tetap hidup, tetapi Salam mendoakan agar hidup dengan penuh kebaikan.

2. Salam mengingatkan kita bahwa kita semua bergantung kepada Allah SWT. Tidak satupun makhluk yang dapat memalangi atau memberikan manfaat kepada siapapun juga tanpa perkenan Allah SWT.

3. Perhatikanlah bahawa ketika seseorang mengatakan kepada anda, “Aku berdoa semoga kamu sejahtera.” Maka dia menyatakan dan berjanji bahawa anda aman dari tangan (perlakuan)nya, lidah (lisan)nya, dan dia akan menghormati hak hidup, kehormatan, dan harga-diri anda.

Ibnu Al-Arabi didalam Ahkamul Qur’an mengatakan: Tahukah kamu arti Salam? Orang yang mengucapkan Salam itu memberikan pernyataan bahawa ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya dari diriku.’ Kesimpulannya, bahawa Salam bererti,
(i) Mengingat (dzikr) Allah SWT,
(ii) Pengingat diri,
(iii) Ungkapan kasih sayang antar sesama Muslim,
(iv) Doa yang istimewa, dan
(v) Pernyataan atau pemberitahuan bahawa ‘anda aman dari bahaya tangan dan lidahku’

Sumber : SINI




**************************

PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum warhmatulLah.Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat. Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang.

Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 ) Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :
Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.” Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas salam.”

Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)

Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:









    • Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.



    • Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.



    • Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.



    • Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.



    • Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis. Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.



    • Disunatkan memberi salam kepada anak-anak. Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”



    • Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.



    • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.



    • Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.



    • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram. Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.

    Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.




    ***********************************
    Iblis menangis bila orang memberi salam...

    Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

    Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

    Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

    Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

    Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

    Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

    "Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

    1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

    2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

    3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

    4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

    Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

    Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".

    Adab memberi dan menjawab salam Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).

    Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa’: 86) Huraian Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam daripada masyarakat yang lain.

    Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam yang sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri-ciri masyarakat yang lain. Perbuatan berbalas-balas salam ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia dalam Islam.

    Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama muslim sunat hukumnya manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam tersebut. Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa menetapkan hari atau masa yang khusus untuk memberi salam.

    Ringkasnya, ucapan salam itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim. Islam juga menyeru umatnya supaya menjawab salam dengan ungkapan yang lebih baik daripada orang yang memberi salam.

    Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin hubungannya.

    Kesimpulannya : Islam menganjurkan umatnya memberi salam tatkala bertemu sesama mereka. Perbuatan itu walaupun sunat hukumnya tetapi amat mulia dan besar ganjaran pahalanya berbanding perbuatan menjawab salam yang hukumnya adalah wajib. Islam juga menggalakkan umatnya supaya menjawab ucapan salam dengan ungkapan yang lebih baik dan sempurna.p/s: mari la kita rajin2kan diri utk memberi salam bila berjumpa ngan sesama muslim...semoga mendapat rahmat ALLAH swt.. Aamminnn...




    **********************************

    Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam
    Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

    Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:

    لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه

    Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.

    Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.

    Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

    Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah.

    Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda:

    إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

    Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

    Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:

    إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

    Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dank e atas kamu juga).

    Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hokum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

    Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu `Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut warahmatullah. Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah janggal dan ditolak. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

    Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus untuk umat islam. Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan yang lain.

    Sumber : KLIK SINI


    1/6/11

    Ucapan Terima Kasih


    Hadis riwayat Imam Tirmizi ada menyatakan:

    “Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.”

    Hadis ini, menurut pandangan Imam Tirmizi ialah hasan sahih. Islam mengajar manusia jalan untuk menjaga hubungan dengan Allah, begitu juga hubungan sesama manusia. Perkataan dan perbuatan yang diajar oleh Nabi S.A.W. , pasti membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Termasuklah amalan berterima kasih.

    Mungkin ada yang mempertikaikan perkara ini dengan mengatakan bahawa, orang bukan Islam juga turut berterima kasih sesama mereka. Di Jepun sendiri, ucapan terima kasih disebut “Arigatou Gozaimasu”. Jadi apakah signifikannya amalan ini untuk dilihat dari perspektif Islam?

    Fikirkan tiga situasi.

    1) Seseorang yang tidak suka berterima kasih.

    2) Seseorang yang berterima kasih, tetapi melakukannya semata-mata kerana adat dan budaya.
    3) Seseorang yang berterima kasih, dan melakukannya dengan kesedaran dan penghayatan bahawa amalan ini diajar oleh Nabis S.A.W. , maka dia mengamalkan sunnah baginda.

    Golongan pertama tidak mendapat kebaikan di dunia bahkan di akhirat. Golongan kedua pula mendapat kebaikan di dunia, kerana ucapan mereka dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.

    Tetapi golongan ketiga insyaAllah, mendapat kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Ucapan mereka bukan saja mengukuhkan hubungan sesama insan, tetapi dikira sebagai amalan kebaikan yang memberatkan timbangan di akhirat kelak. Itulah yang patut dikejar oleh setiap orang yang beriman.

    Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (Yaitu) api yang sangat panas. (Al-Qari’ah:6~11)

    *******************************************************

    Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan ke atas diri kita dan orang lain Jika kita pandai menghargai seseorang dengan ucapan terima kasih maka orang lain juga akan lebih selesa dengan kita. Dan perhubungan kita dengan seseorang akan menjadi lebih rapat lagi. Sifat suka berterima kasih juga adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh orang lain. Kenapa perlu berterima kasih dalam hidup ini?

    Ucapan terima kasih adalah sebagai menghargai jasa dan budi baik seseorang ke atas diri anda. Jika kita tidak pandai untuk berterima kasih kepada orang lain maka orang lain akan menganggap kita seorang yang tidak tahu menghargai budi baik yang telah diberikan. Mungkin seseorang itu akan terasa hati dengan diri kita. Jadi, ucaplah terima kasih atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada diri kita ini. Mudah-mudahan kita akan memperoleh banyak kebaikan dari lagi pada masa akan datang.

    Sebagai seorang muslim ucapan terima kasih adalah satu perbuatan yang sungguh mulia. Tidak susah pun nak ucapkan terima kasih ni kepada orang lain. Mungkin anda tidak mampu untuk membalas balik atas kebaikan yang orang lakukan terhadap anda. Dengan ucapan terima kasih adalah sudah mencukupi sebagai tanda kita menghargainya. Perbuatan berterima kasih ini adalah sungguh mulia sekali.

    Ia dapat memelihara hubungan baik anda dengan sahabat anda. Jika anda mempunyai seorang sahabat yang banyak menolong anda dalam banyak perkara dalam hidup anda, maka anda perlulah selalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Ini dapat mengekalkan hubungan baik persahabatan anda dengan sahabat anda sampai bila-bila pun. Ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kita dan juga sahabat.

    Kepada ibu bapa kita jangan dilupakan. Merekalah yang telah mendidik dan telah membesarkan kita sejak dari kecil. Dengan ucapan terima kasih dan membalas jasa mereka di dunia ini sebenarnya masih tidak mencukupi untuk membalas segala jasa ibu bapa terhadap kita selama ini. Janganlah jadi seorang anak yang tidak tahu berterima kasih. Sayangilah mereka selalu sebagai tanda kita anak yang soleh yang selalu menghargai jasa mereka.

    Terima kasih cikgu. Itulah ucapan sebagai menghargai jasa seorang guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita selama ini. Ilmu yang telah diajarkan oleh guru kepada anda pula hendaklah diamalkan bagi mengelakkan ilmu yang anda dapat menjadi ilmu yang sia-sia sahaja. Ia juga menunjukkan sebagai tanda terima kasih anda kepada guru anda yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anda selama ini. Tidak kiralah apa jua jenis ilmu yang diajar oleh guru tersebut asalkan ilmu tersebut membawa kebaikan dunia dan akhirat

    Seorang muslim perlulah sentiasa mengingati segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Jasa baginda kepada umat islam sangatlah besar sehingga kita dapat mengecapi akan nikmat islam yang kita sedang anuti pada hari ini. Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas baginda sebagai tanda terima kasih dan sayang kita kepada baginda.

    Sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah jangan kita lupakan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Selalulah mengucapkan syukur kepadaNya dengan ucapan Alhamdulillah sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang telah diberikan. Jadilah seorang hamba yang taat akan segala perintah dan larangannya didunia ini. Itulah sebagai tanda kita berterima kasih dan bersyukur kepadaNya kerna dikurniakan pelbagai nikmat di dunia ni.

    Akhir sekali, lakukanlah ucapan terima kasih itu dengan hati yang ikhlas jangan pula anda rasa terpaksa untuk lakukannya. Jika anda mengucapkan ucapan terima kasih itu dari hati yang ikhlas, ia juga akan memberi kebahagiaan kepada diri anda juga. Tanpa rasa ikhlas ini, ucapan terima kasih anda tidak membawa sebarang makna kepada diri anda dan juga orang lain. Orang lain pun akan nampak pada diri anda jika anda terpaksa untuk mengucapkan ucapan terima kasih.

    1/4/11

    Ayat 1000 Dinar : Kelebihannya...



    Maksudnya :
    Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.



    ***************************************
    Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

    Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.

    Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

    Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah.

    Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah.

    Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah.

    Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.

    1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
    2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh).
    3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat).
    4. Amalkan membaca ayat 1000 dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah..
    5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
    6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
    7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
    8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.

    **********************

    Sejarah

    Ayat 2 dan 3 surah at-Tolaq atau lebih dikenali sebagai ayat 1000 dinar merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan kerezekian serta perlindungan diri. Ramai orang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Sesiapa yang berminat bolehlah mengamalkannya tetapi haruslah secara berterusan. Namun ayat ini ada kisahnya.

    Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi nabi Khaidhir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Sesuai seperti yang diperintahkan, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu nabi Khaidhir. Lalu nabi Khadhir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

    Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayarannya datang angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan nabi Khaidhir. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin taufan yang melanda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

    Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Tolaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Khaidhir itu digelar ayat 1000 dinar.


    Kekeliruan:

    Ayat 1000 dinar adalah antara ayat yang mempunyai makna dan pengertian yang hebat. Ramai orang melayu menampalkan ayat ini di kedai-kedai makan mereka denga harapan dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan mereka. Malangnya ayat ini hanya ditampal tanpa difahami dan diteliti maksudnya. Apatah lagi untuk diamalkan. Malah jika ditanya sendiri pemilik kedai tentang ayat apakah itu? Mereka cuma menjawab..'Tak tahu, orang lain tampal,saya tampallah'. Sungguh memilukan. Sememangnya makna ayat ini menunjukkan sifat maha pemurah Allah SWT kepada hambanya. Tetapi kita perlu ingat, ayat ini untuk orang yang bertaqwa dan bertawakkal. Jika tiada sifat ini dalam jiwa manusia, kita akan jauh dari sifat maha pemurah Allah SWT. Justeru hanya dengan menampal ayat itu di kedai mahupun di rumah tanpa ada usaha untuk mengamalkan suruhan ayat ini amatlah merugikan. Signifikan kita menampal ayat sebegini di kedai atau dirumah adalah untuk mengingatkan kita dengan perintah Allah, tetapi kini menampal kalimah Allah di rumah dan di kedai hanyalah kerana kebiasaan dan hiasan..Maka amat rugilah kita.

    Barangsiapa mengamalkan ayat ini insya-Allah akan:

    1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
    2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
    3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
    4. Jika berperang insya-Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
    5. Allah akan menyampaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

    Saranan:

    Sebagai seorang yang sedang belajar, kita tidak lepas daripada menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. Maka amat sesuailah pengamalan ayat ini dalam sebagai penguat semangat menghadapi segala ujian. Berdoa semoga Allah SWT memberikan ketenangan, kekuatan dan jalan untuk menghadapi masalah dengan sabar dan tabah. Dalam kita membina sifat ketaqwaan, kita akan selalu diuji dan disitulah kita akan mendapat kekuatan untuk menghadapi hari mendatang dengan kekuatan yang Allah SWT berikan. Kita disarankan berusaha dan akhirnya bertawakkal kepada Allah SWT sebagai langkah terakhir dalam amalan kita. Kerana hanya Allah SWT sahaja yang akan memperkenan segala amalan di muka bumi ini. Ini akan membendung sifat tidak puas hati, marah, kesal, geram dan benci selepas melakukan sesuatu amalan. Kita akan merasa tenang, gembira dan selesa dengan segala yang telah diusahakan walau apa jua hasilnya kerana kita percaya itulah yang Allah SWT kehendaki untuk kita. Kerana kebergantungan kita kepada Pencipta, kita akan faham sejauh mana kemampuan manusia itu dan terus berusaha untuk lebih berjaya di samping mengharap keredhaan Allah SWT dalam setiap amalan. Sifat pemurah Allah SWT tiada hadnya, sebagai manusia kita perlu sentiasa takut(khauf) dan berharap(roja') kepada Allah dalam setiap kelakuan di dunia ini. Semoga kita dilindungi Allah SWT daripada anasir-anasir kejahilan yang merosakkan kefahaman kita tentang konsep ketuhanan. Semoga Allah membantu saya untuk tidak hanya pandai berkata-kata. Tetapi melakukan apa yang telah dikatakan. Allah SWT akan menguji tentang apa yang telah kita perkatakan. Ya Allah...bantulah sekalian hambaMu...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...