Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

9/3/11

Fungsi Nutrisi Dalam Makanan


Kelas Makanan

* Karbohidrat
* Protein
* Lemak
* Air
* Vitamin
* Garam Mineral
* Serabut dan Air

Gizi Seimbang

Gizi tidak seimbang

Karbohidrat
* Karbohidrat ialah sebatian organik besar terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen.
* Fungsi utama karbohidrat dalam organisma ialah membekalkan tenaga.
* Tiga kumpulan karbohidrat ialah monosakarida, disakarida,dan polisakarida.
* Monosakarida manis dan larut dalam air. Ia terdiri daripada glukosa, fruktosa, dan galaktosa.
* Disakarida terdiri daripada maltosa, sukrosa, dan laktosa. Ia manis dan larut dalam air.
* Polisakarida tidak larut dalam air kecuali glikogen yang larut di dalam air. ia berasa manis.
* Contoh polisakarida ialah kanji, selulosa, dan glikogen.

Protein
* Protein terbina daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen.
* Contoh protein ialah susu, kacang tanah, ikan, daging, dan keju.
* Monomer bagi protein ialah asid amino.
* Dua kelas asid amino ialah asid amino perlu dan asid amino tidak perlu.
* Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak dapat disintesiskan dalam sel, contohnya leusina, dan lisina.
* Asid amino tidak perlu ialah asid amino yang boleh disintesiskan dalam sel. Ia tidak perlu diperolehi dari gizi makanan. Contohnya ialah alanina.
* Dua kelas protein ialah protein kelas pertama dan protein kelas kedua.
* Protein kelas pertama ialah protein yang mengandungi semua 10 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia terdapat pada daging, ikan, susu, dan telur.
* Protein kelas kedua pula merupakan protein yang tidak mengandungi kesemua asid amino yang perlu. Ia terdapat dalam protein tumbuhan seperti sayuran, kekacang, dan buah-buahan.

Lipid
* Lemak dan minyak berasal daripada haiwan dan tumbuhan.
* Pada suhu bilik, lemak berada dalam keadaan pepejal manakala lemak pula berada dalam keadaan cecair.
* Lemak dan minyak berfungsi sebagai tenaga simpanan, digunakan sebagai penebat haba, dan perlindungan.

Vitamin

APA ITU VITAMIN?Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai . Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.

Jenis-jenis dan fungsi vitamin

Jenis vitamin Larut dalam lemak


Vitamin A-Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

Vitamin D- Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E- Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Vitamin K- Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Larut dalam air
Vitamin C - Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VITAMIN (B1, B2, B3, B5, B6, B12)
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

Keburukan yang akan diperolehi jika kita tidak mengambil Vitamin.

Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi

Makanan yang dapat menggantikan vitamin

Lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.

i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

Vitamin E merupakan nama umum untuk dua kelas molekul (8 jenis dan 4 jenis ) yang memiliki sifat vitamin larut-minyak dengan ciri pengantioksida. Vitamin E bukan nama untuk setiap satuan bahan kimia spesifik selain daripada itu untuk setiap campuran yang terjadi di alam yang akan menyediakan fungsi vitamin E dalam pemakanan

Vitamin K (K dari "Koagulations-Vitamin" dalam Bahasa Jerman dan Bahasa Denmark[1]) merujuk pada sekelompok vitamin lipofilik dan hidrofobik yang diperlukan untuk perubahan pasca berbagai macam protein, terutamanya dalam proses . Secara kimia vitamin ini adalah turunan 2--.

Vitamin K2 (menakuinon, ) secara normal dihasilkan oleh bakteria dalam manusia, dan kekurangan giza akibat diet yang sangat jarang terjadi kecuali saluran pencernaan mengalami kerosakan yang sangat parah sehingga tidak dapat molekul.

Vitamin K untuk melawan diabetes
Penyelidik di menemukan bahawa vitamin K, khususnya K1, dapat mengurangi risiko resistensi insulin sehingga membantu melawan diabetes. Penemuan ini diterbitkan dalam . Vitamin ini ditemukan dalam sayuran hijau, seperti bayam.

Vitamin A
Fungsi · boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A

· tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.

· Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman.

· menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.

Sumber - telur, susu (lemak susu), dan hati

Kekurangan  · lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,

· kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih.

· Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan.

· Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan.

· Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.

· Lebih dos:
Bila di ambil berlebihan pula vitamin ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala, pandangan yang kabur, pitam, cirit birit, menstfruasi yang tidak tetap, kesakitan pada sendi dan tulang, kulit yang kering dan merekah, radang pada kulit, rambut gugur, muntah-muntah dan kegagalan hati.


Vitamin B1 atau Thiamine
Fungsi · pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin.

· memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.

· membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.

Sumber - gandum atau hasil gandum, kacang pis,tepung yang diperkayakan, ikan kacang tanah, daging

Kekurangan · Keletihan, lemah badan, hilang selera makan

· Kegelisahan, gangguan tidur.

· Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.

· Sakit pada bahagian abdomen.

· Sembelit

· Gangguan mental atau emosi.

Vitamin B2 atau Riboflavin
Fungsi · Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.

Sumber -Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan

Kekurangan · Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung. Begitu juga masalah kesihatan.

Vitamin Niasin (Vitamin B3)
Fungsi - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
· Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).

Sumber -Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.

Kekurangan · Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.

Lebih Dos:
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung.

Vitamin Asid Pantotenik (Vitamin B5)
Fungsi  -Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.

Sumber -dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin

Kekurangan Ulser pada manusia.

Lebih dos:
Sama seperti pada vitamin B1

Vitamin Piridoksin (Vitamin B6)
Fungsi - Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.

Sumber -Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang

Kekurangan Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.

Lebih dos:
Kerosakan pada sistem saraf.

Vitamin Sianokobalamin (Vitamin B12)
Fungsi - Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah

Sumber -hasilan haiwan

Kekurangan  kekurangan darah (anemia) yang membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan jarang berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang mengalami masalah penyerapan makanan pada usus.


Vitamin C
Fungsi  · Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat.

· pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting

· untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.

· boleh mengurangkan gejala penyakit asma.

· mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.

· meningkatkan penyerapan zat besi.

· bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.

· mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .

· egen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Sumber -buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau spt asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.

Kekurangan · Lemah badan.

· Sakit-sakit dan sengal badan

· Bengkak gusi.

· Hidung berdarah.

· Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).

· Anemia


Vitamin D
Fungsi - Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif

Sumber -Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.

Kekurangan · Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).

· Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).

· Lebih Dos: Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pengumpulan kalsium pada organ tubuh, tulang rapuh dan kerosakan pada sistem renal dan kardiovaskular.


Vitamin E
Fungsi  -Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Sumber -Vitamin E didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Kekurangan · Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.

· Penuaan kulit sebelum masa.

· Rambut gugur

· Anemia.

Vitamin K
Fungsi  -Vitamin K diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.

Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.Terdapat tiga bentuk vitamin K: vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin K2,keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus; dan vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik.

Sumber -Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria "baik" yang terdapat dalam usus.

Kekurangan Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.

Lebih dos:
Boleh menyebabkan jaundis pada bayi

Sumber : http://tayibah.com/eIslam/vitamin.htm

Mineral


Kalsium
Sumber - Susu, dadih, keju, sardin, brokoli dan daun lobak putih.

Peranan Pada Tubuh - Membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Mengingkatkan fungsi otot dan saraf. Membantu darah membeku. Menggiatkan enzim-enzim yang diperlukan tubuh untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

Kekurangan:
Riket (sejenis penyakit tulang) pada kanak-kanak, osteomalasia (tulang lembut) dan osteoporosis pada orang dewasa.

Lebih dos:
Mengalami sembelit, karang, ginjal, pengumpulan kalsium pada tisu-tisu badan. Menghalang penyerapan zat besi dan mineral-mineral lain.

Fosforus
Sumber - Dada ayam, susu, kekacang, kuning telur dan keju.

Peranan Pada Tubuh - Ia bergantung dengan kalsium dalam pembinaan tulang dan gigi yang sihat. Diperlukan untuk metabolisme, kimia tubuh, fungsi saraf dan otot.

Kekurangan:
Walaupun jarang berlaku, ia dapat menyebabkan seseorang itu mengalami lemah-lemah tubuh, sakit tulang dan kurang selera makan.

Lebih dos:
Menghalang penyerapan kalsium oleh sistem tubuh.

Magnesium
Sumber -Ayam, daging lembu, sayur-sayuran hijau, brokoli, bertih jagung, biji janggus dan gandum.

Peranan Pada Tubuh - Menjana enzim yang diperlukan untuk mengeluarkan tenaga dalam tubuh. Diperlukan oleh tubuh dalam pembentukan bahan genetik dan pertumbuhan tulang.

Kekurangan:
Loya, bengkeng, lemah-lemah otot, kekejangan dan masalah jantung.

Lebih Dos:
Loya, muntah-muntah, tekanan darah rendah, gangguan sistem saraf.

Amaran:
Lebih dos dapat membawa maut pada mereka yang menghidap penyakit ginjal.

Kalium
Sumber -Kacang tanah, pisang, jus oren, kacang hijau, cendawan, brokoli dan biji bunga matahari.

Peranan Pada Tubuh - Membantu mengekalkan keseimbangan cecair badan dan amat diperlukan oleh fungsi saraf dan otot.

Kekurangan:
Loya, kurang selera makan, lemah-lemah otot dan rasa tidak selesa terutamanya bagi mereka yagn mengalami cirit-birit. Jarang terdapat kes lebih dos dalam mineral ini.

Folik Asid
Sumber -barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Peranan Pada Tubuh -Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Kesan Kekurangan dan Lebihan Dos
Sakit disekeliling mulut
Sakit lidah
Anemia.
Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.


Zat besi atau iron
Sumber -hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam/itik dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber iron yang baik daripada tumbuhan

Peranan Pada Tubuh - Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram berat badan.
Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin.

Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.

Kesan Kekurangan dan Lebihan Dos
Keletihan, lemah badan
Berdebar, sakit dada.
Kesukaran bernafas.
Anemia.

iodin
Sumber -udang kara, tiram, sardin dan rumpai laut adalah sumber iodin yang baik.
Jumlah iodin yang terkandung dalam susu dan telur adalah ditentukan oleh jumlah iodin yang terdapat dalam makanan ternakan tersebut. Kandungan iodin yang terdapat pada sayur-sayuran adalah berbeza mengikut jumlah kandungan iodin yang terdapat pada tanah.

Peranan Pada Tubuh - Fungsi iodin yang diketahui ialah sebagai bahagian perlu kepada hormon tairod. Hormon tairod mengatur banyak aktiviti berlainan termasuk tumbesaran, pembiakan , fungsi neuromuskular, pertumbuhan kulit dan rambut, metabolisma selular, dan menolong melepaskan tenaga ke dalam sel.
Badan kita biasanya mengandungi 20 – 30mgs iodin. Lebih kurang 60% daripadanya terdapat dalam kilang tairod, selebihnya didapati pada keseluruhan tisu badan , terutamanya dalam ovari, otot dan darah.

Kesan Kekurangan dan Lebihan Dos
Penyakit Goitre (benguk) iaitu pembesaran kilang tairod
IQ rendah
Hypothyroidism.
Cretinism (cacat fizikal dan mental), pada kanak-kanak


Potassium
Sumber -Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.

Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato.

Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan

Peranan Pada Tubuh - Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.

Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita.

Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.

Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.

Kesan Kekurangan dan Lebihan Dos
Keletihan, lemah badan.
Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
Kulit kering, tekanan darah rendah.
Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot

Sumber : http://tayibah.com/eIslam/vitamin.htm

Serabut Dan Air
* Serabut terdiri daripada gentian selulosa dinding sel tumbuhan yang melalui salur pencernaan tetapi tidak dicernakan
* Serabut membentuk bahan pejal untuk otot usus menolak semasa otot dinding usus mengecut dalam proses peristalsis.

Gizi seimbang
* Gizi seimbang mengandungi lemak, karbohidrat, rotein, serabut, garam mineral, vitamin dan air mengikut kuantiti yang sesuai bergantung kepada individu.
* Faktor-faktor yang mempengaruhi gizi seimbang ialah jantina, umur, kesihatan, dan persekitaran, dan aktiviti harian setiap individu.

Gizi tidak seimbang
* Gizi yang tidak seimbang menyebabkan malnutrisi berlaku, sama ada akibat kekurangan zat atau terlebih zat.
* Pengambilan gizi tidak seimbang untuk satu jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes melitus, dan osteoporosis.
* Terlalu banyak lemak dalam gizi menyebabkan aras kolesterol dalam darah meningkat,risiko barah dan risiko mendapat penyakit jantung meningkat.
* Makanan bertenaga tinggi yang terlalu banyak menyebabkan kegendutan yang akan menyebabkan pelbagai penyakit.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...