Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

3/31/11

Tq So Much Zana....

Semalam terima satu bungkusan... pelik sekejap... rasanya Ninie x de beli barang secara online kat mana2pun... bila dibelek nama pengirimnya... Owh... Suzana (Na)...

Apalah yang diberikannya ni ye... memang Na ada minta address Ninie baru2 ni... Ini rupanya... Layan pic :




Fridge Magnet & Keychain dari Langkawi rupanya... Actually Ninie ni baru je jinak2 nak kumpul Keychain & Fridge Magnet ni... wa... bila nak pusing2 satu Malaysia ni.... hu3..

Apa2 halpun terima kasih banyak2 Na.... Suka sangat2.... Na ni kerja sebagai Pembantu Kastam di Langkawi nun... Hubby dia pulak di Shah Alam... kesian kan... PJJ la ni...


Kyan doakan Na dan Husband berbahagia selalu di samping insan2 tersayang dan semoga dikurniakan Allah cahaya mata sebagai penyeri keluarga....



Nota Mama Comel : Ada x sesiapa yang nak bagi Ninie Fridge Magnet & Keychain?... wink3... Ninie terima dengan tangan terbuka....Sukanya...

3/30/11

Solat Subuh Di Masjid


Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk solat subuh di Masjid
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,
dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama !
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi , berganti baju ,
berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu .
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. lelaki itu menolak. pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Setan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badanmu dan kembali ke masjid , Allah memaafkan semua dosa2mu .
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu . Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga , jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu , jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'





*****************************************************************




Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut



3/28/11

Kisah Seorang Hamba

Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi .. jeng!jeng!jeng! ... bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni . Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit !cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...
Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

3/27/11

Tahniah Buatmu Sahabat (Ibuoyaya) Di Atas Kelahiran Cahaya Mata Baru.

To IBUOYAYA / ANTUGORGON /KAK BA, TA, SA / SABARIAH (Banyak betul nama timangan kawan seopis Ninie ni)

Siang tadi terima kiriman SMS darinya yang berbunyi :

Adelia dah jadi kakak... Alhamdulillah... Kawan dah selamat melahirkan baby girl kol 11 lebih pagi tadi di hosp jengka...Syukur atas kurniaanNYA..

Alhamdulillah Saba telahpun selamat melahirkan baby barunya penambah seri keluarga. (wah bestnya....) Saba ni teman sepejabat, sebelah menyebelah je tempat duduk kami... Actually kalau nak diikutkan tarikh jangkaan bersalinnya lambat lagi. 10/04/2011. Kehendak tuhan.... hari ini dia melahirkan. Yang penting selamat...

Kalau dilihat pada gayanya rakan Ninie ni, memang x percaya dia pregnant... badannya lebih kurang je masa sebelum pregnant. Rakan2 lain terkejut bila nampak perut dia dah besar. Ramai x sangka yang dia mengandung tau... huhuhu... hakikatnya masa tu dah 7/8 bulan dah. Xberapa nak nampak. Tambahan pula x macam ibu2 lain yang mengandung selalu nampak berisi. Si Saba ni tidaklah pulak.... biasa2 aja...

Apa2pun TAHNIAH diucapkan di atas kurniaan tuhan yang ternilai harganya... Adelia dah jadi Kakak ye... Jaga adik baik2 tau....

Amik pic Adelia ye Acik Saba... Wink3


Selawat Menghindari Masalah











ALLAHUMA SOLLI WASSALIM ALA SAIYIDINA WA MAULANA MUHAMMAD,
SOLATAN TAHULLU BIHA UKHDATI WA TUFARRIHU BIHA QURRBATI WA TUKHI ZUNIBIHA MEUWAHLATI WA TUKILU BIHA WA AJROTI WA TAQDI BIHA HAJATI

” Wahai allah! Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas penghulu kamu muhammad s.a.w , dgn selawat yg meleraikan ikatanku dan melapangkan kesempitanku dan menyelamatkan aku dari kelemahanku dan meringankanku dengannya segala bebanku dan menunaikan semua hajatku .”

Keperluan Pemakanan Remaja/ Contoh Menu Diet Seimbang

Mengapakah pemakanan itu penting kepada anda?
Pemakanan sihat adalah penting untuk :

■Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
■Sentiasa cergas.
■Mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
■Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian.
■Membekalkan tenaga bagi lelaki (apabila mereka mencapai akil baligh) untuk pertumbuhan otot.
Mengapakah anda memerlukan tenaga?

Tenaga diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti :

■Pembinaan otot tubuh.
■Mengekalkan suhu badan.
■Memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi.
■Melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Berapakah keperluan harian pemakanan anda?

•Keperluan harian anda adalah bergantung kepada :
◦Saiz fizikal.
◦Kadar pertumbuhan.
◦Tahap aktiviti.
◦Jantina.

•Secara amnya, badan anda memerlukan :
◦Tenaga (yang diperolehi daripada makanan terutamanya daripada makronutrien).
◦Makronutrien: Karbohidrat, Protein, Lemak.
◦Mikronutrien:
- Vitamins Vitamin A, B, C, D, E, K.
- Mineral - Kalsium, Besi, Iodin, Zink, Folat, Selenium.

◦Secara amnya, keperluan kalori bagi kebanyakan remaja sihat adalah tinggi. RNI boleh digunakan sebagai garis panduan bagi menentukan keperluan tenaga dan juga lain-lain nutrien.

◦Anda bolehlah merujuk kepada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005) untuk menentukan keperluan tenaga dan lain-lain nutrien. Keperluan tenaga dan nutrien bagi remaja yang mengandung dan remaja yang menyusukan anaknya juga boleh diperolehi.

◦Anda haruslah mengambil makanan yang seimbang berdasarkan kepada Piramid makanan bagi memastikan makanan yang diambil tersebut dapat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh anda.

◦Pilihlah diet yang sihat bagi mengoptimumkan pertumbuhan selain dapat membina keyakinan diri anda yang tinggi!
Bagaimanakah menilai status pemakanan anda?


Status pemakanan ditentukan melalui keseimbangan makanan yang diambil dan tenaga yang digunakan. Anda boleh mengukur IJT dengan merujuk jadual IJT berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut umur.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


MENU UNTUK REMAJA
Bagaimana merancang menu yang sihat?

Jadual 1 : Contoh menu untuk remaja lelaki (2,700 kilokalori)

Sarapan
1 ½ cawan nasi lemak
½ telur rebus
2 ½ sudu besar sambal ikan bilis
4 hiris timun
1 cawan susu lemak rendah
+ 1 sudu kecil gula


Minum Pagi
1 biji karipap sardin
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 ½ sudu kecil gula
1 hiris betik


Makan Tengahari
1 mangkuk (sederhana) sup mee / bihun -dengan udang, daging ayam, sawi dan taugeh
1 biji sederhana belimbing besi
Air kosong


Minum Petang
2 potong (kecil) kuih lapis
1 potong epal
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula


Makan Malam
2 cawan nasi
1 ekor (sederhana) ikan kembung masak asam pedas
1 cawan kangkung bercili
½ keping taukua dengan sayur campur
1 hiris tembikai
Air Kosong

Minum Malam
1 cawan susu rendah lemak


Jadual 2 : Contoh menu untuk remaja perempuan (2,100 kilokalori)

Sarapan
1 cawan nasi lemak
½ biji telur rebus
2 ½ sudu besar sambal ikan bilis
4 hiris timun
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula


Minum Pagi
1 biji karipap daging
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 ½ sudu kecil gula



Makan Tengahari
1 mangkuk (sederhana) mee / bihun hailam -dengan udang, ayam, sawi dan taugeh
1 hiris (sederhana) tembikai
Air Kosong

Minum Petang
1 biji kuih cucur badak
1 potong epal
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula


Makan Malam
1 ½ cawan nasi
1 ekor (sederhana) ikan kembung masak kunyit
½ cawan kangkung bercili
½ keping taukua dengan sayur campur
1 hiris belimbing besi
Air kosong

Jadual 3 : Contoh menu untuk remaja yang mengandung (Trimester Pertama) (2150 kalori)

Sarapan
1 cawan bihun goreng -dengan udang, taugeh, dan sawi
1 biji telur rebus
1 cawan susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula


Minum Pagi
2 keping krim krackers
1 cawan minuman susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula


Makan Tengahari
1 ½ cawan nasi
1 ekor (sederhana) ikan kembung masak asam pedas
1 saiz kotak mancis hati goreng
½ cawan bayam rebus
ulam (timun/ salad / kobis / ulam raja)
1 hiris tembikai
Air kosong

Minum Petang
1 biji pau kacang merah
1 cawan minuman susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula

Makan Malam
1 ½ cawan nasi
1 (sederhana) ayam panggang dengan sos masam manis
1 mangkuk sup
ulam (timun / salad / kobis / ulam raja)

Minum Malam
1 cawan minuman susu (rendah lemak)
2 keping biskut krim krakers

Jadual 4 : Contoh menu untuk remaja yang mengandung (Trimester kedua dan ketiga (2,350 kilokalori)

Sarapan
1 cawan bihun goreng -dengan udang, taugeh, dan sawi
1 biji telur rebus
1 cawan minuman susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula

Minum Pagi
4 keping biskut krim krakers
1 cawan minuman susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula
1 potong limau
Air kosong


Makan Tengahari
1 ½ cawan nasi
1 (sederhana) ikan kembung masak asam rebus
1 saiz kotak mancis hati goreng
½ cawan bayam rebus
ulam (timun / salad / kobis / ulam raja)
1 hiris tembikai
Air kosong

Minum Petang
1 potong kuih lapis
1 biji karipap daging
1 cawan kopi/teh
+ 1 sudu kecil gula


Makan Malam
1 ½ cawan nasi
1 ekor (sederhana) ikan kembung masak kicap
½ cawan kangkung tumis
ulam (timun / salad / kobis / ulam raja)
1 potong limau
Air Kosong

Minum Malam
1 cawan minuman susu (rendah lemak)

Jadual 5 : Contoh menu untuk ibu remaja yang menyusukan bayi (2,500 kilokalori)

Sarapan
1 ½ cawan bihun goreng -dengan udang, taugeh, dan sawi
1 biji telur rebus
1 cawan minuman susu ( rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula

Minum Pagi
4 keping krim krakers
1 biji epal
1 cawan minuman susu (rendah lemak)
+ 1 sudu kecil gula


Makan Tengahari
1 ½ cawan nasi
1 ekor (sederhana) ikan kembung masak asam pedas
1 saiz kotak mancis hati goreng
1 cawan bayam rebus
ulam (timun / salad / kobis / ulam raja)
1 hiris tembikai
Air kosong

Minum Petang
1 keping kuih lapis
1 keping kuih talam
1 cawan kopi/teh
+ 1 sudu kecil gula


Makan Malam
1 ½ cawan nasi
1 ketul (sederhana) ayam panggang
1 mangkuk sup
ulam (timun / salad / kobis / ulam raja)
1 potong limau
Air kosong

Minum Malam
1 cawan minuman susu (rendah lemak)
2 keping biskut krim krakers

Sumber (Info & Gambar) : Kementerian Kesihatan Malaysia

3/26/11

Resepi : Ikan Goreng Berlada Besar (Hijau)

Bahan² :
4 ekor Ikan yang telah digoreng (Ikut citarasa anda jenis apapun)

2 ulas Bawang Merah sederhana besar
8 ulas Bawang Putih (Pastikan Lebih banyak dari bawang merah 3kali ganda)
1/2 @ 1 inci halia
15biji Lada besar (Kuantiti yang banyak / ikut suka)
15 biji lada kecil (ikut suka jika nak pedas boleh tambah lagi)
Sedikit gula, garam & sebuk perasa

Cara²nya :
* Kesemua bahan di atas hendaklah dimayang terlebih dahulu.


1. Panaskan minyak dan gorengkan bawang merah terlebih dahulu hingga naik baunya.
2. Masukkan lada besar, lada kecil, bawang putih & halia, gula, garam & serbuk perasa. Gaulkan kesemuanya hingga naik bau.


3. Masukkan sedikit air hingga agak² masak dan masukkan ikan. Balik²kan ikan tersebut, tutup api & tutupkan kuali dengan penutup seketika.


4. Sedia untuk dihidang.

3/25/11

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam
menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka
terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian
menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok
Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam
keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa
kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar
dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya
juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan
oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada
pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah
anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang
perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia
dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.
Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap
benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti
kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka
memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan
segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh
isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri
mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn
memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg
memasak tidak membaca Bismillah... ), syaitan-syaitan tersebut ada yg
meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada
juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di
kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak
tergamak untuk makan, org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat
kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa
mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk
mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat
terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari
pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan
betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di
bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg
membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa
mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil
bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik
pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut
yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt
menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai
tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
BISMILLAH... ..

DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.

Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH...
semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Cahaya Di Hari Kiamat / Adab Mendengar Azan

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab : "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama :orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua : orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga : orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat :orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid...
Kelima :orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam. Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari.

Cubalah hayati setiap perkataan dan jawablah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan kerana banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin.."

3/24/11

Terima Kasih Buatmu Sahabat/Rakan Yang Sudi Membantu Diri Ini


Kadangkala / hakikatnya sukar untuk kita mengenali siapa sahabat yang sebenar2nya...
Ada pelbagai jenis sahabat:

Sahabat yang mampu untuk menjadi pendengar yang setia segala luahan kita
Sahabat yang mampu memberikan nasihat/ pandangan/ pendapat yang bernas untuk kita berfikir logik/positif ketika menghadapi sesuatu musibah/ujian/dugaan dariNya
Sahabat yang mampu membuat kita tersenyum dengan gurau sendanya
Sahabat yang sanggup menghulurkan bantuan di saat kita dalam kesusahan
Sahabat yang mampu membuatkan kita tersenyum tatkala air mata jatuh di pipi
Sahabat yang mampu menghilangkan duka walaupun seketika cuma
Sahabat yang menerima kita seadanya tanpa menghiraukan masa lampau mahupun sikap buruk kita
Sahabat yang sanggup mengharungi susah payah bersama kita

Akan tetapi ada juga sahabat yang :
Bila kita bercerita akan sesuatu masalah, bukannya dapat mendengarnya akan tetapi hanya memperlekehkan kita
Bergelak ketawa bersama kita apabila duduk semeja/berbual tetapi belum tentu dapat menghulurkan tangan saat kita memerlukan bantuan darinya
Hanya mendampingi kita tatkala kita dalam kesenangan
Hanya mendampingi kita di saat dia memerlukan kita untuk membantunya
Tersenyum sindir apabila mengetahui kelemahan kita
Berasa bangga apabila dia merasakan yang dia melebihi kita
Tersenyum puas apabila kita dalam kegagalan
Sentiasa menceritakan/memerli masa lampau/ peel buruk kita yang diketahuinya
Talam dua muka - dihadapan kita dialah terbaik tapi dibelakang kita adalah sebaliknya

Dan banyak lagi...


Kadangkala seseorang yang rapat dengan kita yang mana boleh bersenda gurau, adakalanya bercerita itu ini belum tentu dia boleh menolong kita dalam kesusahan. Entahlah... Ada masa hati kecil ini begitu terasa dengan sikap rakan2 sendiri. Saat kita memerlukan bantuan, hanya memandang tersenyum tanpa belas kasihan. Kita hanya manusia kerdil cuma.

Hari ini,
Saat bersemangat nak pulang ke rumah... Allah menduga... Kunci kereta telah di 'on' tetapi kereta lansung xde bunyi tanda2 nak hidup. Hanya kosong. Sunyi tanpa sebarang bunyi. Argh... Ninie tahu, kereta kancil wat peel lagi.. Aduhai Ninie memang x tahu nak wat apa. Terlintas di kepala, hanya Hubby yang jauhnya 70km di sana. Ninie telefon jua menceritakan masalah yang di hadapi. Hubby ada suruh tengok itu dan ini. Ninie turuti... Tapi setakat manalah yang mampu Ninie buat...

Seorang rakan kebetulan melintas, hanya bertanya "Kenapa?" "Tak mahu hidup pulak" Jawab Ninie... Tidak sedikitpun menghulurkan tangan ataupun menjenguk, hanya sekadar berlalu pergi dengan kata2 "Maaflah aku kena balik awal". Aduhai... tak mengapalah, mungkin ada insan lain yang akan menghulurkan bantuan itu.

Akan tetapi timbul jua ralat di hati tatkala itu. Rumahnya bukanlah jauh beribu batu ataupun hingga 20km sepertimana Ninie yang memerlukan masa hampir 1jam (70km) hanya untuk sampai ke rumah. Tiada rasa simpati langsung dia terhadap diri ini. Tambahan pula dia seorang rakan yang memang suka bergurau senda dan jua berbual secara bersahaja.

Ninie yang menemui jalan buntu seketika terdetik hati untuk menghubungi seorang rakan yang memang sebelum ini banyak membantu jika kereta Ninie meragam. Memang serba salah sebab Ninie tahu dia kerja tatkala ini. Apakah dia sudi membantu? Tak apalah x cuba x tahu... Ninie menelefonnya. Alhamdulillah, dia sudi menghulurkan bantuan. Tengok sana sini, Kereta Ninie akhirnya berjaya dihidupkan. Berkat pertolongan darinya Ninie berjaya sampai di rumah walaupun agak lewat pada jam 6.35ptg. Terus menuju ke rumah Mak untuk mengambil anak2 bertuah. Hubby dan Ihsan tiada sebab ke Kuantan. So sampai di rumah sendiri ketika jam hampir 7.00ptg.

Teringat suatu masa yang lalu, kereta Ninie memang langsung x mahu hidup walaupun seorang rakan telah menggunakan jumper(Alhamdulillah ini pun adalah seorang yang sudi menghulurkan tangan. Hakikatnya dia dah sampai di rumah dan nak golek2 dah waktu Ninie call dia. Tapi dia datang juga menghulurkan bantuan. Terima kasih diucapkan. Dia juga pernah menghulurkan bantuan dengan seorang lagi rakan tatkala kereta menghadapi masalah di waktu,hari dan tempat yang lain). Sah bateri out. Ninie pun terus call Mamat ni dengan harapan dia masih ada disekitar. Mungkin nasibku baik, dia cuti sebenarnya hari ini. Akan tetapi kebetulan ada di bandar bersama wife dan anak saudaranya di KFC. Ditinggalkan mereka hanya untuk membantu Ninie yang dalam kesusahan. Ya, siap di carikan bateri baru untuk kereta Ninie tu (bayar balik la) walaupun hari dah petang dan kebanyakkan kedai tutup pada hari tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari itu Ninie sampai ke rumah jam 8.00mlm.

Hakikatnya, mereka yang menghulurkan bantuan terhadap Ninie ini ada masanya bertekak / pernah jua masam muka sebab selisih faham. Tapi bila diminta pertolongan, mereka tidak lokek untuk menghulurkan. Alhamdulillah....Kami tidaklah sebaik mana, seperti rakan2 yang lain juga...

Kepada yang pernah menghulurkan bantuan terhadap diri ini samada yang Ninie sedar atau tidak, Terima kasih banyak2 atas budi baik kalian. Semoga Allah jua yang membalasnya. Jika ada tesilap kata, terlepas bicara, terguris hati, tercalar jiwa, memendam rasa dari Ninie(jenis suka marah2. Hu3). Mohon dimaafi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Zahir & Batin (eceh macam raya pulak)... Harap2 janganlah disimpan di dalam hati.


24/03/2011

Nama Panggilan/ Nama Manja Ku


Sambil² santai sebab malas nak keluar waktu rehat ni ditambah pula mengantuk yang menyerang, teringat lak nama panggilan sejak kecil² dulu hingga kini… Bila sesiapa menegur / memanggil Ninie dengan nama tertentu tu dah dapat cam dah orang tu kita kenal kat mana ye walaupun kadangkala Ninie sendiri tak ingat siapa nama yang memanggil tu. Antaranya :

KAKAK : Panggilan dalam family sebab anak sulung dalam keluarga. Jiran² pun panggil KAKAK juga (selalunya Pakcik² & Makcik²)

YANTI : Panggilan masa zaman persekolahan. Zaman Sekolah Rendah (SK (LKTP) LEPAR UTARA 01) dan juga Sekolah Menengah (SMK LEPAR UTARA). Juga Saudara Mara.

KAK YAN : Panggilan di zaman study di UiTM Pahang Kampus Jengka (DIPLOMA PERAKAUNAN)

NINIE : Panggilan di tempat kerja & juga rakan² Online

YAN : Panggilan / nama manja di kalangan rakan² terdekat dan juga jiran tetangga kini.

MAK LONG : Panggilan anak² buah sebelah Ninie

MAK UDE / MAKDE : Panggilan anak² buah sebelah Hubby (Hubby anak ke-3)

DARLING : Panggilan manja antara Ninie dan Hubby

MAMA : Panggilan anak² pada Ninie. Tapi kadang² ada gak yang menyebut IBU

Erm… If dah jadi Nenek nanti nak suruh cucu² panggil apa ye… EMBAH / NENEK/ GRANDMA/ MAK TOK…. Huhuhu… lambat lagi tu… wink²...

3/22/11

Doa Untuk Ibu Bapa

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) "......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang su dah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingat lah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan ber sungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Wassalam.

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih…………Amin Ya Rabbul Alamin..

3/20/11

Sukar Memahami Hati Wanita (Ada Tak Kadangkala Terjadi Dalam Life You All?)

KISAH 1

Laki talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?

Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot siap
majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....

Bini jawab,
Memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?

* Huhuhu... Kadangkala, isteri ni saja je nak test si Suami. Ingat tak isterinya ni suka makan apa? huhuhu. Walaupun kadangkala perut isteri dah terisi (kenyang) tapi jika Hubby balik bawakan sesuatu walaupun sekadar makanan, Insya'Allah, hati si isteri ni akan berbunga2 kerana si suami masih ingatkan isterinya di rumah walaupun sibuk duk isi perut sendiri. Lebih2 lagi kalau makanan yang dibawa tu kegemaran isteri. Tapi kalau isteri jawab "BETUL. Tak payah beli Sayang dah kenyang..." cuba tanya 2/3 kali lagi. Jika keputusannya sama, suami bawa balik pun dipandangnya aja. Dah cakap 2/3 kali TAK PAYAH! betul2 x nak le tu... But if ada anak2 boleh suap kat mereka jugak kan...

KISAH 2

Laki talipon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?

Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur
bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, Sedangkan
perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

KISAH 3

Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang Awat abang tak kuar pi
mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang
balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq, Esoknya, laki pon
start keta... Nak balik KL.

Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

KISAH 4

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

KISAH 5

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan anak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abang ni...

kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

Kalaulah Ku Tahu Dia Salah Seorang Mursyid Imam Muda 2011

Semalam Ninie & Hubby keluar ke Jerantut repair kereta Kancil Ninie coz dah sakit2. Di bengkel berhampiran Caltex. Elok je sampai, ternampak seorang lelaki yang agak bergaya berdasarkan penampilannya yang dok sibuk melayani laptop yang ada bersamanya. Actually dia pun repair kereta juga. Nampak macam sombong aja dan tak hirau orang sekeliling. Busy dengan laptop nya... Tetiba Hubby hulurkan tangan bersalaman.. Owh... kenalan Hubby rupanya.... Mungkin seorang pendidik juga fikirku.Mereka bersembang2. Titik

Hari ini, Hubby bertanya... "Awak tahu x kawan Abang semalam tu siapa?" Aku wat muka selamba menjawab... 'Yang mana? yang nampak ala2 sombong tu ke? Soalku kembali. 'Ha,ah'... Jawab Hubby. 'Kenapanya?' soalku lagi. 'Awak percaya x kalau Abang cakap yang dia tu salah seorang Mursyid Imam Muda musim terbaru ni'... Ninie sekali lagi konpius.. 'Betul ke Abang ni?' 'Kalau x percaya, Awak cari kat internet.Dia memang gayanya macam tu. (nampak cam sombong/wat dek aja. Tapi di ok sebenarnya.' 'Oooo' bak kata pepatah... X kenal maka x cinta. hu3

Apalagi... Ninie surf la cari... Memang sah muka dia yang Ninie jumpa semalam tu... Wink3. Kalau la En. Hubby bagitau awal2, pasti Ninie dah keluarkan hp snap pic dia... Apalah Abang ni. Nape x bagi tahu.... bebel Ninie... 'Lupa'... selamba je jawabnya.... 'Acis betullah Abang nih' urm...

Orangnya yang mana satu ye agak2nya...
1st person sebelah kiri...

Ustaz Zulkefli Hamat

3/18/11

2nd di Day Tanjung Malim Perak

17/03/2011 - Khamis
Hubby bangun awal pagi hari ni. Anak² girl sedang lena diulit mimpi... Ninie berat nak bangun pagi ni. Rasa nak lelap aja. Tapi bila dengar Hubby mandi, bingkas bangun capai iron. Hu3 . Baju En. hubby x bergosok lagi... Ku teruskan menggosok dalam keadaan yang mamai...

Dah siap² tu, we all ke kedai mamak malam tadi bungkus makanan untuk sarapan... Nasi lemak dan roti canai... Siap makan, Hubby bergerak ke UPSI. Ninie memang x temankan... just stay kat umah aja. Hubby pergi seorang diri. Hubby pun kata OK. so xpelah kan...


Seawal jam 10.00 pagi masa ni Ninie tengah nak lelap² balik, dengo suara Hubby. Aik dah balik dah ke? cepatnya... Hubby kata dia antara yang terawal sampai. tapi nanti sambung balik untuk dengar taklimat dari jam 2.00 - 5.00ptg. Oic... wink3. then Ninie sambung lelap lagi. Hubby ajak pergi service kete pun malas nak ikut. Lastly Hubby pergi dengan Ayahnya (FIL) dan Khairina je...

Jam 12.00 tghari Hubby balik n ajak pergi jejalan @ pusing² sekitar Proton City. Mulanya Ninie malas (Sayang nak buka mata). Tapi bila lagi kan? So bangunlah jugak follow Hubby n anak². Mak Ayah mertua x mau ikut sebab tido.... Hu3... Pusing² cari Pintu Gerbang Proton City dan lepak kat Tasik (Namanya apa entahlah) tapi cantik sangat.. Dikelilingi oleh perumahan yang boleh dikatakan kawasan elite... rumah² kat sini pun memang cantik sangat². banglo gitu.. tempatnya damai aja... tenang... terjaga... Jam 1.25 ptg kami pun bergerak balik ke homestay semula coz Hubby perlu bersiap² untuk ke UPSI.




















Sementara menunggu Hubby pulang dari UPSI, Ninie dengan aktiviti sendiri (menjahit & sekali sekala lelap) Anak² bertuah pula disuruh tido x mahu. Asyik main aja. sikit² karang bergaduh + menagis + menjerit + ketawa + wrestling... aduhai... macam².

Taklimat En. hubby habis lambat, pukul 6.00ptg baru Hubby sampai. Owner Homestay pun dah datang minta wang tebusan. Hu3... sewa le.. RM120.00 kira oklah tu kan.. tambahan pula ada family lain nak masuk datang dari Pulan Pinang katanya pun untuk melapor diri di UPSI keesokkan harinya...

Tepat jam 6.30 ptg kami bergerak pulang ke Pahang. Insya'Allah, lain kali datang lagi... Anak² ajak pergi jalan². But Ninie kerja esok. Hari ni ambil cuti semata² untuk Hubby... Singgah Temerloh lagi (9.30mlm)... Hantar Ayah & Mak. Makan² kejap (Biras memasak) then 10.30 mlm terus gerak pulang ke rumah yang memakan masa lebih kurang 2jam perjalanan lagi... Sampai rumah jam 12.30 pagi. Ninie memang penat gile. Anak² pun memang x sedar dah terus sambung tido bila diangkat turun dari kereta. Lepas angkut semua barang² masuk dalam rumah Ninie landing jap atas kerusi (sofa) & terus Zzzzz hingga ke pagi rupanya... wink3

Nak tengok lagi kawasan di Proton City? Klik Link di bawah

PROTON CITY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...