Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

5/25/11

Majlis Persaraan Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Caw. Pahang

Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Pahang telahpun mengadakan majlis persaraan (Morning Coffee) Pn. Hjh Sopiah Jamin -Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Pahang bersama-sama staf PUiTM selama hampir 2jam (8.30 - 10.30pagi)

Berkongsi sedikit pengalaman diri selama hampir 29thn berkhidmat di sini... Sedikit Gambar kenang-kenangan pada Majlis tersebut :










25/05/2011 - Rabu

Majlis persaraan juga buat Hjh Sopiah Jamin bersama-sama Ahli Persatuan Wanita UiTM Caw. Pahang (PEWANI). Hari ini merupakan hari terakhir beliau bersama warga UiTM Caw. Pahang Kampus Khazanah Alam.

Slot ceramah bertajuk 'Wanita Di Mata Lelaki' amat menarik perhatian yang mana telah disampaikan oleh Ustaz Saiful yang memang dikenali dengan sikapnya yang ala-ala 'happy go lucky'. Selalunya kalau ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Saiful ni memang akan membuatkan para pendengarnya tersenyum mahupun ketawa. senang kata tak jemu lah kalau mendengarnya.

Suprise sebuah Kek sempena Hari Jadi Pn Hjh Sopiah juga sambutan Hari Ibu... Layan gambo ajalah ye...















0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...