Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/17/11

Cameron Highland 2010

Sekadar berkongsi informasi : Jalan baru untuk ke Cameron Highland selain dari Tapah,Simpang Pulai dan Gua Musang,terdapat satu lagi jalan alternatif baru yang boleh di lalui melalu Felda Sungai Koyan.Jika anda dari Kuantan menggunakan LPT atau Lebuhraya Karak,anda boleh exit ke Bandar Bentong setrusnya ke Bandar Raub dan dari Raub anda ambil jalan ke Felda Sungai Koyan,sampai di Felda Sungai Koyan anda akan jumpa Pondok Polis, ke depan dalam seratus meter ambil simpang ke KIRI.Terus sahaja ,anda akan sampai ke Ringlet dalam 45 Minit.Laluan jalan berturap Tar ini melalui kawasan perkampungan orang asli (Pos Betau),dengan pemandangan yang cantik,bukit bukau dan nyaman.

En. Hubby mengikut Highway yang baru aja siap dibina ni... 1st time bg Hubby untuk ke Cameron Highland. Begitu juga dengan anak-anak. Mama kira kali ke-2 dah sebab thn 2009 dah pegi ikut trip Lawatan Penandaarasan ke Perak dengan PUiTM..... Dulu dengan rakan-rakan, kini dengan family pulak. Teruja betul...

Majlis akan bemula malam esoknya, iaitu 26/06/2010 (sabtu) di Hotel Rosa Passadena. Kami tidaklah menginap di situ... Tapi kerana alang-alang nak ke sana, so ambil peluang pergi awal x ikut rombongan beramai2 group SMK Lepar Utara yang dijadualkan akan bergerak beramai2 sesudah subuh keesokkan harinya. Kiranya Konvoi gitu. Hubby decide pegi awal dari yang lain sebab tak mahu keletihan. Tambahan pula dengan anak-anak bertuah seramai 4 orang nih yang sudah tentunya mempunyai karenah masing-masing. Penat dibuatnya.

Mama ambil cuti pada hari Jumaat tersebut dan kami bergerak selepas solat Jumaat. lebih kurang jam 2.30ptg... masing-masing teruja nak pegi jejalan nih... Seronok disebabkan sepanjang perjalanan mengikut highway baru ni lengang aja.... Kekadang terlintas di fikiran "Betul ke jalan ni?" disebabkan pemandangan dipenuhi dengan bukit bukau dan hutan sahaja. Dek kerana x mahu ambil risiko, Hubby sudah memenuhkan tangki Kembara dengan minyak petrol... takut2 xde station minyak nanti. Haru dibuatnya...

Sesekali, bila ternampak je orang di tepi jalan yang kebanyakkannya Penduduk Asli (Orang Asli) Hubby mesti stop kejap dan tanya "Cameron Highland?" sambil menunjukkan arah dengan tangan. Ini kerana bila ditanya soalan yang panjang, mereka macam x faham. Bila cakap Cameron Highland, memasing pasti akan tersenyum dan mengangguk sebagai isyarat betul dah jalan yang kami lalu ini untuk ke sana. Mungkin dah ramai sangat yang bertanya jalan ke sana dengan penduduk di kawasan ini.

Mama teramat suka sebab jalan yang lengang dan nyaman.... terdapat beberapa (banyak juga sebenarnya. Tapi x kira le)jambatan mengeliling bukit - best view(bagi yg suka alam) kebiasaanya jambatan cross sungai atau lurah.... Hubby bila nampak je jambatan mesti bagitau kat Darling dia ni... anak2 pun turut sibuk bertanya "Mana Mama?" sebab nak tengok juga.
Hubby pulak rajin melayan Wife nya yang sibuk suruh berhenti tepi jalan jap sebab nak tengok pemandangan cantik. Tq dear..


Jom layan Pic pula...

Pemandangan Hutan


En. Abang Sayang - Driver...


Ini le diantara rupa jambatan yang Ninie suka sangat nengok tuh... Cantiknya pemandangan...





Gelagat anak-anak bertuah dalam kereta sambil layan DVD. Siap bawa teddy bear lagi memasing.



Perkampungan orang asli... Masa ni dah hampir sangat dah dengan Ringlet. Sewaktu Kami pergi, dalam area ni, lebih kurang 100meter lagi jalan masih belum ditar.



Dah sampai di Ringlet... Yea,yea...



Gambar Ladang Teh dari tepi jalan sahaja. We all sampai pun dah hampir pukul 7.00 petang(kes banyak berhenti tengok pemandangan le ni)




Ha. Kompem dah sampai Cameron Highland. Wink3... Berhenti kat taman jap. Tengok, suasana pun nak gelap dah. Gerak cari tempat penginapan dulu.



Pagi Sabtu 26/06/2010... Anak2 dah bersiap x sabo2 nak mulakan perjalanan...


Hubby yang menunggu di bawah sebab Mama masih x siap2 lagi.

*****************************************
Lokasi Pertama : ROSE VALLEY















Tengok tu... sempat lagi main ye...


With Roses... Wanginya..


Dekat Kolam. Napelah Adik suka buat muka 'lawa' nih. Rosak gambo weh


Meh posing dulu... Kakak, Nape cebik... penat ye...


Mama yang penat tapi agak 'gile' pose. Along tukang snap. Abang Sayang duk geleng kepala. Mama pantang jumpa benda comel je nak snap pic.


Mama punya photographer nih. Hensemnya...


Haip... Mana leh masuk.. nampak tali yang dibuat pagar tu?. Ala incik. sekejap aja. nak pose ngan tomato jap... huhuhu


With Along yang debab


"Mama, Saya penat ni". -Khairina


Banyaknya ikan Koi... Leh tangkap jual nih... hehehe


Wait for me....


Aduh nak tercabut lutut rasanya naik anak tangga nih...


Cukuplah kat sini ... Tak mau naik tinggi lagi dah. penat...



LOKASI 2 : ARKED PELADANG




Ha, nangis². Kes nak mainan tapi Mama tak kasi




*************************************************************
Petang, Lokasi 3 : MARDI




Dekat ruang legar... Waktu ni Group SMKLU dah sampai dan dah pun check in... lebih kurang pukul 4.00ptg kami berada disini...



Khalisah yang dah hilang senyuman sebab kepenatan... Sabo ye sayang... Kata nak jejalan...




Antara pokok2 yang terdapat disini. Banyak lagi sebenarnya.....



Pokok apa ni. Kaler pelik sangat.. Mulanya ingat pokok hiasan aja... belek punya belek, pokok hidup rupanya....


Our Family


With all anak-anak tersayang


Along (Muhammad Ihsan) - Serupa x?


Adik (Aqilah Qistina)


2nd Twin (Khairina Basirah)


Kakak (Khalisah Batrisyia) - Asyik mencebik aja sebab penat sangat dah...



Sedapnya Tomato. Mujur x boleh petik.. hu3


Besar giler buah yang terjuntai2 ni... Lupa pulak nama apa... Labu air kalau x silap... Buat sup pun sodap...




Ha, Ko petik buah ye.... Actually buah ni dah terpisah dari tangkainya... macam baru aja... nama apa tah... unik sangat nak menyebutnya.



Cayang Cikit meh...


Aik... buah pun nak di 'sayang' nya... ha3


"Aqilah Qistina...! Masuk sini...Main hujan ye..."


Suruh berposing ngan buah strawberi... Kakak memang cebik sapanjang hari.. Khairina "Mama saya sakit perutlah... nak kencing" aduhai...


*********************************************************


8.00 malam... Lokasi 4 : DINNER at Hotel Rosa Passadena...


Adik ngantuk dah ke...


"Mama nak balik tido...Cepatlah.." Nanti... majlis belum mula pun lagi anak oi...


Ha, korang take over pentas pulak ye...



Pose jap eh... Thanks Cikgu Sedi (tukang snap pic)

**********************************************************


27/06/2010 (Ahad). Lokasi 5 : CACTUS VALLEY
10.00 pagi
































*********************************************************


Lokasi 6 : Ladang Teh "BOH" di Habu












Ha, mana anak² Mama Ayah ni? Actually, kami berdua je yang panjat bukit ladang teh ni... nak tercabut kepala lutut rasanya... Along ditugakan menjaga adik²nya yang tido tak sedar sebab penat.... Kaluu mereka ikut pun, jenuh pula la nak sampai di puncak bukit tu.


Dah turun kat bawah... anak² pun dah bangun... nangis nak Mama Ayah...



Kami masuk kilang teh dulu (lupa ambil gambar...) tengok bagaimana daun teh yang segar tu diproses... baunya tak boleh tahan...





Si Along dengan muka yang tak puas hati sebab tak dapt naik puncak bukit ladang teh.... Larat ke nak oi...hu3

Wokey... kami teruskan dengan perjalanan pulang ke rumah... Nanti datang lagi...
"HOME SWEET HOME"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...