Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

7/4/11

Taman Bunga Ros Suamiku. Wanginya Bunga Itu....

Hobi baru Hubby... Baru ke? taklah... Hubby & Ninie memang suka bercucuk tanam @ berkebun ni. Tapi memasing ikut mood. Almaklumlah, masa yang terhad (eceh, alasan tu...) Yup, Hakikatnya kami berdua kalau bab pokok memang suka. Tapi minat pada pokok yang berlainan dan banyak juga persamaan sebenarnya. Hubby tak usah dikata, memang gemarkan pokok-pokok yang berbunga wangi. Tak kiralah bunga apapun. Janji wangi, harum baunya.... Antara pokok bunga wangi yang terdapat kat rumah ni dan juga merupakan koleksi Hubby.

Melur, Cempaka Putih, Kenanga, Kemuning, Kesidang, Today Tomorrow Yesterday, Harum Sundal Malam, Bakawali dan terbaru Bunga Ros. Ninie pula gemarkan pokok yang mudah dijaga, tak payah siram hari-haripun takpe (ye ke?) Macam bunga Orkid dan juga Kaktus. Orkid Hubby layankan juga (nanti Ninie upload pic ye... dulu-dulu punya le.Sekarang dah tak terjaga sangat dah). Kaktus, Hubby tak minatlah pulak...

Ninie ni memang awal² lagi memang tak mau bab siram menyiram ni. Tapi kalau rajin dan takde apa yang nak dibuat, siram²kanlah juga pokok² Hubby ni. Tiap² hari, Insya'Allah, bila masak nasi, Ninie akan simpankan air basuhan beras tu untuk Hubby siram pokok² kesayangannya.

Meh layan gambar taman bunga ros Hubby Ninie ni.


Cantik bunga ni. Ala-ala baldu gitu. Tahan lama juga mekarnya.



Yang ni warna kuning.



Warna Dark Pink.



Kaler light pink. Auntie nurseri tu cakap, pokok ni kalau dah subur.... satu tangkai boleh sampai 20 kuntum bunga dia. Baunya wangi sangat.... sempat ke tengok sampai 20 kuntum setangkai ni? Al maklumlah... masa selalunya terhad. Bunga ni mekarnya tak tahan lama. Cepat layunya.



Rupa taman Bunga Ros yang dibangunkan Hubby. Semuanya ditanam atas tanah.



Kaler apa ni? entahlah. Kena tunggu dia berkembang dulu.



Ha, Dah berkembang pun... Kaler Dark Peach...



Taman Bunga Ros Suamiku


Bersama 'Tukang Kebun' TAMAN BUNGA ROS



Nota Mama Comel : Love You Dear... Romantik Gitu... eceh....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...