Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

5/25/12

Nak Singgah Semula @ Tidak ?

Pic : GOOLE

Malam tadi... tak malam juga la... kira pagi sebab jam 2.00pagi... Ada pula angin untuk 'blogwalking' baca entry² para blogger... Tapi 'mood' terganggu lantaran bila masuk beberapa blog blogger kebanyakkannya remaja terkejut/sentap dibuatnya dengan muzik yang kuat. Bayangkanlah... waktu sunyi sepi/orang dah tido.... Gugur jantung dibuatnya. Wakaka...

Check volume control komputer, tidaklah tahap maksima 1/4je. MP3 yang dipasang pada komputer pun tak sekuat mana.. Apasal yang dari blog tu bunyinya kuat sangat. Kalau ada bayi kecil duk tidur sebelah ni, kompem terjaga. So, bila masuk hampir 5buah blog macam tu... cepat² je tangan ni tekan butang X. Dah tentu²nya lagu dari blog tersebut mengganggu mp3 yang terpasang pada komputer. Nak baca isi blog tersebut pun jadi malas. Tambahan pula lagi bila klik pada next entry, lagu yang terpasang tu akan dimainkan semula. Aduhai... Mengganggu.

Sekadar pendapat kecil... Ada blog yang pasang lagu tu senang nak dicari widget tersebut dan tekan butang stop/pause... tetapi ada juga yang kena scroll sampai bawah baru jumpa. Sejujurnya bagi pembaca macam Ninie walaupun sekadar silent reader... Jadi malas dah nak masuk ke blog sebegini. Ye anda tuan empunya blog... Tapi kalau niat buat blog memang taknak pengunjung yang seperti Ninie ni oklah... tak apa. Sebab Ninie mudah sesangat tekan butang X (Tutup terus blog tersebut)...

Satu lagi yang Ninie jadi malas nak ke kembali sesebuah blog walaupun adakalanya penulisannya bagus dan gambarnya menarik... Bila nak masuk mesti ada paparan WELCOME-KLIK TO ENTER... Then Archive/Arkib tak ada... Ada sesebuah cerita tu nak diikutipun payah... Asyik nak kena klik older post... Kalau klik pada older post tu terus jumpa ok juga... Ini tak, nak kena klik lagi OLDER POST tu berulang² kali... Uwa... tension dibuatnya...

Sekadar luahan sahaja dan diharapkan jika ada yang membaca tidak terasa. Sekadar pandangan cuma. Internet di rumah Ninie bukan lagu macam cheetah. Tapi sekadar kelajuan seekor siput. Maunya tak panas hati bila nak kena tunggu loading yang lambat... entry yang dicari payah nak jumpa...
Nota Mama Comel : Setiap orang berbeza citarasa... terpulang pada keselesaan masing².

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah Noormawati

Gambar : kredit to MOON
Saat² bahagia Arwah Norma & Talib.

Rafiq, Cinta Hati mereka yang tidak mendapat belaian dari Ibunya lantaran terus disahkan sakit selepas melahirkannya ke dunia. Walaupun begitu, Rafiq dijaga penuh kasih sayang oleh ahli keluarganya yang lain.

23.05.2012 - Khamis

Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Jua Kita Kembali...

Innalillahiwainnailaihirojiun, itulah kata² pertama yang terdetik di hati ini tatkala membuka FB sesudah Subuh semalam. Akhirnya segala penderitaan yang ditanggung oleh Norma terlepas sudah....Allah lebih menyayanginya. Al Fatihah buat beliau...

Hampir 1tahun 2bulan Norma terlantar dalam kesakitan... Dari mula cerita yang dikarang oleh Birasnya MOON sehinggalah Norma menghembuskan nafas terakhirnya 23.05.2012 - Rabu jam 01.00pg, tekun Ninie membaca cerita² dari MOON buat tatapan pembaca yang ingin mengetahui tentang perkembangan tahap kesihatan arwah Norma yang menderita akibat BRAIN TUMOR. Sepantas mata membaca setiap tulisan di blog MOON, secepat itu jugalah hati ini senantisa berdoa agar Norma sihat seperti sedia kata.

Tiada sesiapa yang boleh menyangka ujian yang akan diberikan oleh Allah kepada hambanya. Membaca setiap tulisan MOON, tersentuh rasa hati... Walaupun menderita kesakitan, Talib, suami arwah senantiasa di sisi mengharapkan sinar bahagia kembali bersinar... Begitu juga Ibu Norma yang menjaganya dengan penuh kasih sayang saban hari... Alhamdulillah... Norma amat² bertuah.

Akan tetapi, Allah lebih menyayanginya... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang² beriman....

Jika sesiapa yang ingin mengetahui kisah Talib & Norma, boleh layari blog MOON dengan klik di SINI. Semoga ianya boleh menjadi iktibar dan juga panduan buat kita.

http://miera301.blogspot.com/p/contribution-for-norma.html

Al Fatihah...

5/23/12

Ingatkan Pembeli... Rupanya Peniaga Juga?... Urm...


Dugaan + Cabaran + Kesabaran = Insya'Allah Tuhan permudahkan dan melimpahkan rezeki kepada setiap hambanya.(Walaupun sedikit, janji ada...)

Urm... Dugaan sebagai peniaga online... Entry terdahulu, klik SINI...

Terbaru, Ninie dihujani dengan email dan juga private message (PM) di FB. Actually, ada dari orang yang sama berulang kali bertanya harga setiap item kraf Ninie dari harga runcit sehinggalah harga borong. Pada mulanya layankan sahaja. Mungkin orang ini nak buat tinjauan harga/kira² sebelum order. Oklah tu kan....

Tapi, bila diselidiki, orang yang rajin bertanya itu rupa²nya juga seorang krafter... Apa maksudnya? Item yang dijual lebih kurang sama seperti item hasil kraf anda. Mungkin 'pattern' dan warna yang sedikit berbeza. Apakah persepsi anda? Bagi Ninie itu tiada masalah... Sebab kebanyakkan krafter punya idea/ mencari idea dari hasil kraf orang lain yang mungkin diubah sedikit mengikut citarasanya. Dah tentu²nya hasilnya tak sama dengan hasil kerja kita. Sekarang nak cari 'pattern' @ 'template' sungguh mudah. Hanya GOOGLE sahaja, kena pada 'keyword' Insya'Allah jumpa....

Persoalannya di sini... tidak bolehkah anda tanya secara terus/jujur? mungkin anda baru belajar... Jika anda jujur, Insya'Allah... dengan hati terbuka kita boleh terima. Asalnya Ninie juga tidak reti dalam bab letak meletak harga ni. Sehingga kini pun masih terkial² lagi sebenarnya. Ada masanya kita jual mahal, orang lain jual lebih murah... kenapa? Mungkin kita dapat barang mentah pada harga yang mahal dan mereka mendapat bahan mentah pada harga yang murah (Selalunya jika beli borong, untung sesangat... dapat murah... So pembelian secara borong amatlah disyorkan. Wink3)

Akan tetapi, sekarang ni group² untuk para crafter banyak di Facebook. Ninie walaupun tidak aktif dalam group samada 'like' @ komen.Tapi kalau buka FB, group crafter yang akan di lihat terlebih dahulu. Kadangkala, perbincangan antara crafter ini amatlah bermanafaat yang mana dapat juga dijadikan sumber rujukan dan juga perkembangan idea. Jika teragak² nak letak harga, boleh bertanyakan pendapat mereka yang kebanyakkkannya otai² belaka dan Insya'Allah, mereka sedia membantu anda. Supplier pun ramai juga... Antara group² crafter Facebook...:(Banyak lagi sebenarnya...)

Sew & Craft
Felt Craft
Geng Felt Crafter
Cute Craft Online
Hasil² Crafting Untuk Di Kongsi Bersama
D'Lovely Craft
Craft Is Art
Nota Mama Comel : Allah Maha Kaya, Rezeki masing², mungkin tiada hari ini tetapi diberikan esok lusa. Biarpun tidak sebanyak mana... Alhamdulillah, ada dari tiada. Senantiasa bersyukur atas rezeki pemberian dari Nya.

5/22/12

Yuna - Terukir Di Bintang-





Lirik Lagu: Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....

5/21/12

YO!Fest 2012 Kuantan

19.05.2012 Sabtu

Kami sekeluarga bergerak dari rumah ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sepejabat En. Hubby, Azira dengan pasangannya.... Tahniah buat kalian berdua (takde pic la pulak...)... Dari rumah kenduri... terus meluncur laju ke rumah Ibu mertuaku tersayang.... wah hujung minggu kami di Kuantan la nampak gayanya... Lebih kurang jam 6.30ptg, En. Hubby bag 'hint' ajak keluar bawa anak². Pada mulanya nak ke taman prmainan di belakang rumah ni aja. Tapi MIL bagitahu yang di Taman Bandar Indera Mahkota ada program/aktiviti belia... so En. hubby pun terus menuju ke sana. Tapi alahai... dari Tanjung Api nak boleh sampai ke sana.... Mau makan masa 40minit di sebabkan 'traffic jam'... Almaklumlah hari cuti kan....

Dah sampai... Kami terpaksa berjalan masuk agak jauh mungkin ada juga dalam +- 500meter disebabkan 'parking' agak jauh dari tempat yang nak dituju... nampak meriah betul... Anak² yang bukan main teruja sebab ada belon udara panas, motor, kereta dll. Kami berjalan ke seluruh khemah/booth yang ada. Dari pameran hinggalah yang jualan. Penat tak usah dikata. Habis lenguh² kaki Mama ni gara² pakai kasut bertumit tinggi walaupun tapaknya rata. Melecet jugalah dibuatnya. Untuk malam ni adalah sedikit gambar yang diambil. Sayangkan bateri kamera sebab tak bawa pengecasnya.









20.05.2012 Ahad
Hari ni dah nak balik rumah dah. Esok Mama, Ayah dan semua anak² Mama sekolah.... Anak² bertuah kalau boleh tak nak balik lagi sebab bila balik Kuantan, ada je tempat yang nak diajaknya berjalan. Lain kali ok....

Sebelum terus pulang ke rumah, En. Hubby singgah dulu di Taman Bandar Indera Mahkota. Ingatkan hari ni nak ambil gambar belon udara panas tu... sekali belon dah tak ada... "Mama, belon semalam dah tak ada" ujar anak² bertuah yang mungkin juga teruja nak tengok belon udara panas tu. Asyik tengok di TV aja kan.. Takde rezeki rupanya hari ni. Sampai aja kami di sini... Sedang ada pula maskot BoyboyBoi... Peluang ambil gambar ni. Tapi anak² comel Mama ni takut pulak sebab tengok maskot besar sangat agaknya... Mama? ambil peluang jugalah....

Jom layan sedikit gambar semasa kami di sini ye....
















Happy Belated Birthday ! (Emak & Adik)



Happy Belated Birthday untuk insan tersayang...
22.04.2012 (Ahad) - Aqilah Qistina
06.05.2012 (Ahad) - Ibu Tersayang : PN. ZAHARAH BINTI JAMINGAN...
Lots you a lots....

Semoga senantiasa dirahmati Allah... Dipanjangkan umur... Dimurahkan Rezeki... Bahagia dunia dan akhirat....

5/16/12

Selamat Hari Guru

16.05.2012 - RABU
Buat para guru yang telah mendidik diri ini sejak dari lahir (Kedua Ibu bapa), ketika di bangku sekolah (Tadika Kemas Felda Lepar Utara 02: tahun 1988, SK (LKTP) Lepar Utara 01 & KAFA Lepar Utara 02 : Tahun 1989-1994, SMK Lepar Utara : Tahun 1995-1999, UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka : Tahun 2003-2005.

Untuk kalian semua samada yang masih lagi mengingati diri ini @pun tidak... Jutaan terima kasih buat kalian yang telah mendidik aku. Jasa²mu tidak terhitung oleh jari jemari ini.... Terima Kasih GURU...

Teristimewa buat suamiku yang juga seorang GURU...For you Dear.... Semoga menjadi seorang Guru yang tabah dalam melayan karenah anak² muridmu dan menjadi Guru yang berjaya mendidik anak² didikmu dengan penuh kesabaran....

Untuk kesemua GURU² : SELAMAT HARI GURU...

5/4/12

Petua Ubati Sakit Tekak


Aduhai... sejak dari semalam lagi perit betul tekak ni. Jangankan kata nak makan, nak telan air liur pun perit. Allahu Akbar... Malam tadi, badan pula datang seram sejuk... Nak demam pula ke? Ditambah pula dengan sakit kepala... Memang dugaan betullah....

Ninie GOOGLE dan jumpa beberapa info untuk dikongsikan bersama.

Petua ubati sakit tekak.

Air Garam Ubat Sakit Tekak
Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali sehari.

Caranya :Ambil tiga sudu garam, bancuh dengan setengah gelas air sejuk, setelah itu berkumurlah sehingga air itu habis. Lakukan setiap hari sehingga anda berasa lega.

Mengurangkan Rasa Sakit Tekak
Ambil sesudu kicap kemudian dicampur sedikit limau kasturi, baca selawat 3 kali dan minum.

Sakit Tekak Di Waktu Pagi
Sakit tekak sewaktu bangun pagi? Terus ke bilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

Lain²
Ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.

Minum air asam jawa. Hanya perlu campurkan air bersama asam jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit tekak.

Kemam strepsils/ Fishersman Friends dan yang seangkatan dengannya.

*********************************

Sedikit info :

Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.

Simptom-simptom penyakit :
Demam

  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya.

Rawatan

  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
Apabila jangkitan berulang – ulang. Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:

  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.


********************************************

TONSIL

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.
Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.

Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.

***********************************
APAKAH ITU TONSIL?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Rawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.

Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.

Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

5/2/12

Jalan² Jerantut

22.04.2012 - Ahad

Hubby agaknya kebosanan duk di rumah. Tetiba mengajak Ninie dan anak² keluar. Bukan ke mana² pun. Hanya ke Bandar Jerantut je. Sambil² nak tengok tapak perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat daerah Jerantut yang akan diadakan pada 24.04.2012 hingga 26.04.2012 nanti. Meh layan gambar ye...



Anak²... silakan 'stay' dalam kereta sahaja ye... Mama & Ayah tinjau² tempat jap ye...
















Dah... Jom gerak... Yeeha... Bawa anak² main di taman permainan di bandar Jerantut ni. Mujur petang tu cuaca redup aja. Apalagi, sakan bermainlah anak² Mama nih. Taman permainan/ riadah ni masih baru. Susun atur kerusinya pun berterabur lagi. Batu² dan pokok² masih belum sempurna susun aturnya.









Apalah yang direngekkan oleh si adik tu agaknya...

Owh.... Kukunya berdarah... "Khairina pijak saya katanya"
"ala sikit je... takupun kita balik" Ujar Mama..
"Takpelah... tak sakit pun.." jawab si adik sambil berlari main semula... Aduhai anak...











Amboi adik... dahaga ye....

Dari taman, penat + dahaga. So kita pi makan minum dulu ye sebelum balik rumah...
Nasi goreng pataya along. Siap letak no. kedai lagi

Khairina... sedapnya...

Khalisah, fikir apa tu? Nak main taman lagi ye.... lain kali pulak ye...

Me goreng mamak.... (order Mama & Ayah)

Aqilah.... sedapnya roti canai ye...

Hubby yang sedap kemain makan.

Amboi Along... Laparnya...

On the way pulang ke rumah. Melihat kejadian ciptaan Allah Yang Maha Besar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...