Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/21/12

Pra Halaqah - Bakal Pemimpin Keluarga?

08.06.2012 (Jumaat)

Kali ini Ninie berkesempatan lagi mengikuti program anjuran UiTM Cawangan Pahang buat kali kedua. Untuk kali pertama dahulu, sila rujuk entry ini @ klik SINI. Program Pra Halaqah (Salah satu slot Program Minggu Haluan Siswa) sempena kemasukkan pelajar² baru ke UiTM Kampus Jengka.Macam² ragam @ cerita yang boleh didengari dari para Fasilitator setelah program tamat. Aduhai anak² muda sekarang.

Program Pra Halaqah pada kali ini Ninie dapat kelas yang terdiri daripada pelajar siswa. Wah bakal² pemimpin/ketua keluarga ni... Sama sepertimana sebelumnya, para pelajar harus menjawab 3soalan wajib dan 2 soalan pilihan.

Kelas kali ini tak perlu dipanggil nama. Ada sahaja yang sukarela nak mulakan dahulu. Selalunya yang terawal² ni adalah yang boleh dikatogerikan 'OK'. Manakala yang hujung² pula agak 'KO'. Bukanlah langsung tak boleh. Boleh membaca Al-Quran, tapi merangkak².

"Ustazah" boleh bagi ayat yang senang² tak? Ujar salah seorang pelajar.
Pada kali ini Ninie pilih surah² pendek sahaja. Akan tetapi melihatkan kepada keadaannya, mereka lancar membaca atas sebab dah hafal dalam kepala. Jadi Ninie tukar ayat yang agak panjang sikit dan bermula dari tengah surah. Aduhai... mulalah terkial², sedangkan sebelumnya lancar bukan main lagi..

Macamana nanti nak pemimpim /menjadi ketua keluarga kalau dah asanya pun dah tunggang langgang? Aduhai... Tapi tak seperti pengalaman lalu yang awal² lagi ada yang menyerah diri langsung tak tahu membaca...

Ninie bukanlah Ustazah ye... sekadar memberikan bantuan kepada pihak yang menguruskan kerana tidak cukup staf untuk menguruskan pelajar baru yang hampir/lebih dari 3000 orang.



Nota Mama : Semoga anak² Mama menjadi insan soleh dan solehah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...