Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

7/20/12

Salam Ramadhan 1433H

Salam Ramadhan buat anda semua bagi tahun 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H... Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik buat kita dari tahun sebelumnya...


Jangan lupa baca niat untuk berpuasa ye... Lafaz Niat berpuasa sebulan Ramadhan dan juga lafaz niat berpuasa harian :
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Lafaz doa selepas berbuka puasa :
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu

****************************************
Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya. Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :

Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.

Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.

Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.

Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.

Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.

Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

7/19/12

Jom Makan Durian! Sedapnya....

12.07.2012 (Khamis)

Sebelum ni selalu nampak orang duk menjual buah ni di tepi jalan tidaklah sampai tahap nak membeli lagi.... Cuma disuarakan pada Hubby...

Sampai di rumah petang tu, bau semerbak kemain lagi dari buah durian ni. Tau dah, ada la buah tu... Ninie makan tak banyak, ada dalam 3 ulas. Tapi... tak lama tu badan Ninie jadi sakit² macam angin. Minta tolong Hubby urutkan... Hubby yang duk erk²... Esoknya... sakit tekak... kemudian disusuli demam... Aduhai...

Anak² Mama memang 'hantu' buah... Tak sabar² suruh Ayahnya kupaskan malam tu... Bukan main lagi... Along agak memilih... Dia akan rasa sikit dulu, barulah nak makan atau tidak...

Hubby yang rajin layan kami nak makan buah durian...
Oyeah....


Adik... Sibuk soh ambil gambarnya...


7/17/12

Sayang Ayah Sangat²... Happy Birhday!

14.07.2012 (Sabtu)

Selamat Hari Lahir Ayah... Sayang Ayah sangat²...
Semoga dipanjangkan umur,
Dimurahkan Rezeki,
Diberikan kesihatan yang baik,
Dilimpah rezeki yang tidak putus²
Kebahagiaan di sepanjang usiamu...
Senantiasa di bawah Rahmat dan Redha Allah s.w.t...



Kata Ayah :
"Dari beli kek mahal² macam ni, baik beli Kain Pelikat... Dapat 2helai..."
Pulak??? Takpe, next year Akak belikan kain pelikat aja... Nape tak cakap awal². Haih...

Kurang Sihat...


Aduhai... Minggu ini tahap kesihatan memang tak memuaskan... Bermula minggu lepas lagi sebenarnya, asyik batuk bila tiba waktu malam... Bermula Sabtu 14.07.2012 pula sakit kepala berdenyut² tak usah nak katalah... Telan ubat tahan sakit sampai 2biji baru lega... Aduhai... Kalau tak, tak tahulah... Darah tinggi naik pula ke? Urm...

Semalam... Isnin/16.07.2012. Bangun awal pagi badan rasa lemah sangat²...Ahad, Ninie jatuh longkang... Sakitnya tak usah nak kata. Jatuh terduduk pula tu sebab silap langkah mungkin sebab mata agak berpinar.. Sakit kepala masih ada...Pinggang sakit... Ada sedikit kesan lebam di tepi pinggul ni ha... Haish... Lepas satu, satu penyakit datang... wink3... Bangun pagi, sakit tekak pula. Perit bila telan air liur... Jam 12.15pm, Hubby bawa pergi klinik... Alhamdulillah tekanan darah ok... Maybe stress @ penat agaknya... Uwa... Ada beberapa pending order lagi nak kena buat.. Maunya tak letih... kui3... So dapat MC satu hari....Malam tadi pula mula batuk dan selsema pulak. Aduhai...

Hari ni... 17.07.2012/Selasa, Masuk kerja seperti biasa walaupun kesihatan masih macam tu juga... (Sakit tekak + sakit kepala + Selesema + batuk) ... Tapi tension juga... Dengan keadaan opis sejuk macam duduk dalam peti ais dah rasanya. Kaki tangan sejuk beku.. Tekak ni bertambah² perit pulak. Ninie siap bawa bekal air Barli satu bekas besar.... Dari pagi sampai balik duk teguk air tu aja...

Ya'Allah Ya Tuhanku... Cepat²lah sembuhkan penyakitku ini....
Nota Mama : Niat nak update blog tertangguh lagi... Tak larat...

7/11/12

Thanks My Love...

11.07.12 (Rabu)

Hakikat... Hari ni memang tension giler... Memula satu hal... lepas tu satu bab lain pula... kemudian sambung bab lain pulak... Uwa.... Biasalah kalau tension kerja di opis tu... Tapi bertambah tension atau sememangnya tension bila Memori Kad kamera Ninie buat hal!...

Aci try test dan dah minta tolong member pun tetap sama juga.... Komputer tak boleh nak 'detect' langsung/ baca memori kad tu... Pada mulanya ok aja... Ninie tengah duk melayan tengok gambar yang diambil sekitar cuti hujung minggu baru² ni. Tetiba ternampak satu folder, bila di klik folder tersebut, terdapat banyak folder lain pulak yang penuh dengan simbol²/ ala² tulisan tamil... Tak lama kemudian, terpapar di skrin komputer... Suruh format memori kad dan baru boleh digunakan. Pulak dah... Cuba cabut, pasang pada kamera pula, kamera pun tak boleh nak baca memori tu dan juga suruh format... Uwa... mana aci cenggitu kan.... Ninie pula tak sempat nak buat back up kali ni... Ini dah kali ke dua terjadi...

Minta tolong rakan seopis pun tak boleh juga... tambah la tension.... Terus SMS kat Hubby.... Masa ni dah buntu, tension, cuak semua ada.Air mata je tak keluar kat pipi... Sebak kat dada tak usah nak cerita la.....Ye la... gambar family kan... Mana nak dapat ganti semua gambar² kenangan tu... Haih...

Malamnya, Hubby minta memori kad tu... Malas nak tengok Hubby buat apa. Yang pasti, macam kat opis juga... Memori kad tu tak leh nak baca... Tak lama, ada kut dalam sejam.. Hubby tanya, nak back up yang mana? Aik... hati tersenyum girang... pergi jenguk kat skrin monitor... Kompem fail² dalam memori kad tu masih ada... Tak tahu nak digambarkan betapa gembira yang bukan kepalang... Berbunga² rasanya... Pipi Hubby dicium berkali² tanda teima kasih. Hubby hanya tersenyum... Apapun... My Hubby Mohamad Adli... I LOVE YOU deep,deep,deep la....Muah...


7/5/12

Jari Terluka

03.07.2012 (Selasa)

Pagi² hari lebih kurang jam 5.30pagi... Rushing bangun sebab takut tak sempat nak memasak. Karang tengahri Along balik sekolah nak makan. En. Hubby kekadang makan di rumah, kekadang makan di sekolah. Tambahan pula malam tadi tak kemas dapur dulu sebelum masuk tidur seperti kebiasaanya... Maksudnya, pinggan mangkuk kat singki berlambak nak basuh termasuk nak kemas meja makan sekali. Haih...

Samada Ninie mengelamun / mengantuk... tengah duk menghiris bawang untuk masakan. Tup, jari terkena pisau. Tak sakit, cuma tersentak... Bila dilihat cuma biru je pada mulanya. Tak apalah pada fikiran Ninie. Mujur tak terpotong sebab pisau tu memang tajam.

Tak sampai seminit pun baru letak kuali, lihat banyak darah kat lantai. Haish... darah apa pulak fikir Ninie. Tengok jari tadi, laju je menitik².. Wah... kalau terus memasak ni kang jadi macam cerita 'Raja Bersiung' pulak... (lama tak tengok cerita tu)... Cepat² capai tisu dan tekap... Asal terbuka je, laju je darah menitik. Susah sungguh nak memasak. Cari hand plast pulak dah habis stok simpanan. Aduhai... lastly amik tisu terus balut dengan loytape aja.... Kurang dah darah tu... Tapi barulah mula terasa berdenyut² sakit...

Pergi kerja pun dengan tangan yang berbalut... sampai pejabat, buka balutan, darah keluar lagi... so balut semula... dalam 3hari ni susah jugalah nak buat kerja... kekurangan satu jari nih... Bersyukur lah kan... Ada insan yang serba kekurangan. Kita yang sempurna ni haruslah banyak² bersyukur padaNya...
Nota Mama : Luka dijari nampak berdarah... Luka di hati siapa yang tahu...

7/3/12

Haish... Ninie 'Drive' Laju???

Gambar dari en. GOOGLE
Hari ni En. Hubby berkata ... "Awak orang kenal kat sini sebab bawa laju dalam kawasan kampung".. Haish... ye ke?... "Ada masanya, awak sampai nak terlanggar orang, tapi awak tak perasan"...Aduiya...Tak tau nak jawab apa, tertelan air liur la dibuatnya.

Hakikat... Kalau ke tempat kerja tu memang laju hingga takat 100km/j.. Tak lebih... kalau lebihpun, sikit sesangat.. ye ke? Tapi jalan kampung (FELDA) Ninie memang tak pernah tengok meter kelajuan tu... tapi mungkin tanpa sedar... kalau hubby tak tegur lagi tadi... sampai bila² la agaknya...huhuhu.. So Ninie PLEASE BEWARE! Lepas ni duk area kampung, mesti tengok meter kereta. Must be a tortoise... dont like a cheetah.... set in mind okay???

Tapi tak dinafikan... Ada masanya terasa sungguh kepenatan memandu sejauh 65km sehala membuatkan hati membuak² nak sampai ke rumah. Bila dah sampai ke rumah, nak pula patah balik ambil anak dari rumah Mak, membuatkan diri tambah penat... Tak sempat rehat, nak drive lagi walaupun tak sampai 10minit sehala. Pepagi hari pula nak cepat ke tempat kerja. Sebelum tu nak kena hantar Anak² 'girl' ke rumah Mak & Along ke sekolah dulu... Waktu amat memainkan peranan... cukuplah lewat dalam 5minit sahaja aturan waktu tu... 'sure punch card' kena dakwat merah. Sebab tu agaknya tak sedar bila bawa kereta dalam jalan kampung macam cheetah!
Nota Mama : Adakalanya bersyukur bila ditegur kerana kita belum tentu sedar dengan kesalahan/kesilapan itu jika tiada yang menegurnya.

Tanda² Suami Mula Curang

Betul atau tidak, terpulang pada penilaian masing²...


TELEFON BIMBIT SUAMI
Tidak dibenarkan memegang sama sekali telefon bimbit suami. Jika dahulu dia letak saja dimana-mana telefon bimbit tu (siap ditanya pula pada isteri mana letaknya telefon bimbit), dan tak kisah pun kalau si isteri cuba mengangkat telefon tu bila berdering. Siap disuruh pula si isteri membalaskan sms nya kerana hanya malas nak menaip.

Tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak benarkan si isteri menyentuhnya dan si isteri langsung tak nampak pun telefon bimbit suami seperti sebelum ni. Senang cakap dah disembunyikan dari mata si isteri. Isteri mana yang tak curiga?

Bila tidur siap diletak dibawah bantal. Bila SMS siap disilentkan. Bila jawab telefon u, ah,u ah sebab isteri turut mendengar. Bila isteri dapat peluang, segala SMS di inbox, sent item, delivery, log habis semua dipadamkan... Boleh ke percaya pada si suami kalau macam ni keadaannya kerana suami yang dikenali sebelum ini tidak berperangai sedemikian.

GAYA BERUBAH
Jika suami dulu tak kisah pun pasal penampilan atau gaya-gaya sekarang, tapi sejak dua menjak ni dia mula berubah sikap. Dulu tidak pun sembur minyak wangi tapi sekarang aroma minyak wangi setiap hari. Sebabnya jika seseorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut, kuku atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata pakar psikologi, pakaian baru, kasut baru dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba atau sudah berlaku curang. [ Tapi kalau berubah penampilan untuk isteri , tak apa juga kan. Ada masanya, si isteri pula yang siap belikan minyak wangi pun tak dipakainya.]

HUBUNGAN SEKS YANG BERUBAH
Ada sesetengah isteri yang merasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tidak mustahil dia telah sibuk memikirkan wanita lain....... [ Mohon dijauhkan .. ]

SERING MENGHILANGKAN DIRI
Mula keluar awal ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah atau sering ke luar daerah.Belumpun lagi panas punggung duduk di rumah, dah sibuk nak keluar. Jika keluar rumah, balik pula kadangkala anda sudah tidur. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya. dan yang parah bila tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari kita. Panggilan tidak di jawab, SMS tidak dibalas dan silap-silap telefon bimbit suami " no yang anda dail berada di luar kawasan liputan, terima kasih" .

PENGGUNAAN WANG YANG BERLEBIHAN
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah 'sengkek' walaupun masih di awal bulan. Tak salah kita mengambil tahu keadaan wang suami. Perbelanjaan yang tak masuk dek akal, seperti penginapan di hotel atau membeli keperluan yang mahal-mahal, bila diminta wang untuk perbelanjaan rumah, kita pula dimarahinya atau cuba elak. Sedangkan sebelum ini ok sahaja..siap beri tanpa diminta.

CARA LAYANAN BERUBAH
Dulu suami layan isteri bukan main baik sekali. Peramah , penyayang dan bila di tanya suami kan melayan dengan baik ketika berbual tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah. Salah cakap /keyword silap sikit je pun dah naik angin. Silap-silap isteri kena kritik dengan suami tak pandai bergaya, tak pandai berbicara, masak pun dah tak sedap. Haa kan macam ada sesuatu yang tak kena dengan suami. Mulalah mudah bertengkar dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya. Pada matanya anda serba tak kena...

Tapi ada juga sebaliknya, suami bersikap manis dan lembut, berbeza perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana ingin menutupi kesalahannya atas perbuatannya yang bermain kayu tiga..

GEMAR TERMENUNG/ BERFIKIR
Adakalanya si isteri bertanyakan itu ini kepada suami. 2, 3 soalan yang sama ditanya tetapi si suami masih tidak memberikan sebarang reaksi. Bila ditengok, si suami rupanya termenung memikirkan sesuatu adakalanya siap tersenyum. Gila ke apa? Angau la namanya tu...telefon bimbit tak pernah lekang, pasti di tangan/sebelah je. Bila sms berbunyi sibuk nak balas cepat. Kalau si isteri sms, maunya tertunggu² balasan dari si suami tadi. Mujur kalau dibalas... Jika tidak? Bertambahlah menjeruk rasa si isteri... Haih...

KATA HATI SEORANG ISTERI
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih menyakinkan lagi daripada perasaan wanita sendiri sebagai seorang isteri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya. Naluri isteri selalunya kuat. Walaupun kadangkala cuba menafikannya...

Ramai wanita telah melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Terpulang pada diri sendiri untuk melakukan tindakkan selanjutnya. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka. Jangan sampai semuanya sudah terlewat...

Wahai si Suami....
Selalunya, Isteri yang baik tidak meminta terlalu berlebihan. Cukuplah sekadar apa yang mampu si suami hulurkan. Apa yang penting kejujuran dan kesetiaan. Cinta & Kasih sayang yang kian bercambah. Sikap mengambil berat suami membuatkan si isteri lebih tersa dihargai. Kesilapan haruslah ditegur secara berhemah. Jangan jadikan alasan si suami untuk mencari lain hanya kerana kekurangan si isteri. Insya'Allah isteri boleh berubah...
Nota Mama : Biar sakit badan/fizikal sibuk melakukan tugas harian walaupun tanpa pertolongan suami. Tapi jangan sakit jiwa/hati/perasaan lantaran kecurangan suami.

7/2/12

Alhamdulillah... Gembira Bila Dapat Membantu

Bila kita dapat membantu seseorang walaupun sedikit cuma, hati terasa begitu gembira...Info yang dicari dan dipublish bertujuan untuk dijadikan panduan diri sendiri. Cerita yang dikongsi untuk tatapan di kemudian hari andai kata kita mula lupa/alpa pada kenangan lalu. Tapi bilamana ianya dapat membantu... Syukur Alhamdulillah... Kebaikan dapat dikongsi bersama dan yang lain juga mendapat manafaatnya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...