Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

3/29/13

Aiyark... Lupa Isi Minyak... Mujur Sampai Jua Ke Destinasi

28.03.2013 (Khamis)

Alhamdulillah... walaupun sepanjang jalan duk gelisah... Akhirnya selamat juga tiba di rumah.... Al kisahnya.... Tengahari waktu rehat, Ninie dah pun keluar ke bandar... Cari lauk bagai..urus itu ini... Tapi nak dijadikan cerita lupa langsung nak isi minyak kereta. Walhal, semasa nak ke tempatkerja pagi tadi dah terpandang dan dah fikir yang tengahari ni mesti isi minyak kereta.

OTW balik... duk follow lori ngek² sebab nak potong tak boleh, baru terpandang ke meter minyak. Aiyark.. berdebar tak usah nak katalah. Tambahan pula lagi 40minit nak sampai rumah. Mana ada stesen minyak area hutan ni. Pergh... memang cari nahas Ninie hari ni. Slow down je bawa kereta... tak berani nak lepas dari 60km/j. Asal lepas 5 minit perjalan rasa lega... urm.. tambah susah hati bila di selekoh, minyak duk tahap tu juga... Cuak giler rasa... Hanphone dah standby... kepala otak juga duk fikir cara nak berhenti tepi jalan bila kereta tiba² STOP sebab kehabisan minyak nanti. Dalam kepala duk inga Hubby je la... Pergh.. sure kena bebel ni nanti... uwa....

Tapi Alhamdulillah... Akhirnya perjalanan yang mendebarkan itu berlalu juga... sampai je Lepar  Utara terus tuju stesen minyak dulu. Pergh... lega bebenor rasanya. Syukur padamu ya Allah.....

Selepas isi minyak... RM 50 full tank... ngeh².. Kalau bawa Kembara mau pegi RM 80++ ni... uwa....  seminggu 2 kali isi x la 4 minggu... sebulan???? pergh duit minyak.....

Nota Mama : Lepas ni nak kena buat reminder sebelum keluar opis....

3/25/13

Doa Supaya Anak Tak 'Liat' Nak SOLAT


 
Tertarik mengenai info yang diperoleh melalui FB... In Sha Allah... Jom kita sebangai ibu bapa mengamalkannya bersama...
*********************************************

 
Macam mana nak buat anak solat tanpa perlu disuruh.. dibebel.. dipukul...

Anak perempuan saya umur 12 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat... cakap tipu pulak...disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya.

MasyaAllah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon taubat pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada satu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh.... Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal Duaa"


[14:40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

InsyaAllah... Jom Amal..

3/20/13

Unsur Langit & Bumi Dalam Diri Manusia...


TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)

Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

P/S: SIFAT-SIFAT yang dinyatakan ini bukannya RAMALAN NASIB. Tapi ianya diakui sebagai FAKTA SAINS yang membuktikan, perihal manusia. Tolong jangan sempitkan fikiran anda. Terima kasih!

3/12/13

Hari-Hari Yang Sunat, Haram dan Makruh Puasa

    IBADAT PUASA

    Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

    Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
     
    *Menurut hukum Islam, ada beberapa hari yang tertentu, yang dilarang mengerjakan puasa padanya, seperti berikut:

    Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

    1.       Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)
              ~ Seperti puasa selama setahun
    2.       Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.
    3.       Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah
              ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya
    4.       Puasa pada bulan Muharram
              ~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari
    5.       Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram
    6.       Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram
              ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu
              ~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari  
                 selepas.
              ~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)
    7.       Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
    8.       Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban
              ~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan
    9.       Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
    10.     Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15
    11.     Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
              ~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut                       
                 dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka
              ~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya           
                 hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada    
                 segala dosa

    Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
    1. Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
    2. Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
    3. Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah - 3 hari selepas Hari Raya Aidiladha)
    4. Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar - Mana² hari selepas 15 Syaaban, jika bukan puasa qada, nazar atau bukan hubungan dengan puasa yang dahulu daripadanya atau bukan hari ia beradat puasa )
    5. Hari Syak iaitu hari yang di syak akan awal Ramadhan [ hari terakhir bulan Syaaban]
    Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
    1. Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
    2. Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
    3. Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
    4. Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)


    *************************PENERANGAN**************************
     Sumber : http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=6&j=3

    Puasa Pada Kedua-dua Hari Raya

    Alim ulama' rahimahumullah., telah ijma' (sekata) tentang haramnya berpuasa pada kedua-dua hari raya iaitu hari raya "Aidilfitri" dan hari raya "Aidiladha" - sama ada puasa wajib atau puasa sunat.
    Dalilnya ialah hadith yang berikut: 

    35- عَنْ أَبِي عُبَيْدٍ قَالَ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ هَذَانِ يَوْمَانِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِهِمَا يَوْمُ فِطْرِكُمْ مِنْ صِيَامِكُمْ وَالْيَوْمُ الْآخَرُ تَأْكُلُونَ فِيهِ مِنْ نُسُكِكُمْ. (رواه البخاري)

    35- Dari Abu `Ubayd, katanya: Aku telah hadir merayakan hari raya bersama-sama dengan Saiyidina `Umar bin al-Khattab r.a., lalu ia berkata:  "Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi, Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa padanya, iaitu hari raya Aidilfitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu dan hari raya Aidiladha untuk kamu makan dari daging korban kamu."(1)
    (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
    __________________________
    1. Fath al-Bari (5:142).

    Ditegaskan lagi dalam sebuah hadith yang antara lain seperti berikut:
     

    36- أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ. (رواه مسلم)

    36- " .. Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang berpuasa pada dua hari, iaitu: "Hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha."(1)
    (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

    Dalam sebuah hadith sahih yang lain, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, rahimahumallah., dari Ibn `Umar r.a., bahawa seorang lelaki telah datang bertanya kepada Ibn `Umar, katanya:

    "Saya telah bernazar untuk berpuasa sehari, kebetulan hari itu jatuhnya pada hari raya puasa atau pada hari raya haji,  (bagaimana hukumnya)?"
    Ibu `Umar menjawab: 

    أَمَرَ اللهُ بِوَفَاءِ النَّذَرِ وَنَهَي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ هَذَا الْيَوْمِ.

    "Allah Taala telah perintahkan supaya (orang yang bernazar) menyempurnakan nazarnya dan Rasulullah s.a.w. pula telah melarang (umatnya) daripada berpuasa pada hari yang tersebut."(2)
    _____________________________
    1. Ittihaf Ahl al-Islam (250).
    2. Kitab yang sama (251).


    Puasa Pada Hari-hari Tasyriq
    Hari-hari tasyriq (أيام التشريق) ialah tiga hari yang mengiringi hari raya haji iaitu hari yang kesebelas, kedua belas dan ketiga belas.

    Dalam masa inilah orang-orang yang mengerjakan ibadat haji - berhimpun di "Mina".

    Larangan berpuasa pada ketiga-tiga hari yang tersebut ada diterangkan dalam hadith yang berikut:

    37- عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أُنَادِيَ أَيَّامَ مِنًى إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَلَا صَوْمَ فِيهَا يَعْنِي أَيَّامَ التَّشْرِيقِ. (رواه الإمام أحمد)

    37- Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum."(1)
    (Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)
    ____________________________
    1. Nail al-Autar (4:277).


    Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:

    38- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حُذَافَةَ يَطُوفُ فِي مِنًى أَنْ لَا تَصُومُوا هَذِهِ الْأَيَّامَ فَإِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (رواه الإمام أحمد)

    38- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Abdullah bin Huzafah menyeru di merata-rata tempat, di "Mina", katanya: "Janganlah kamu berpuasa pada (ketiga-tiga) hari tasyriq ini, kerana ditentukan untuk kamu menikmati makan minum (dengan gembira) dan untuk kamu mengingati Allah Azza wa Jalla (dengan takbir dan tahmid)".(1)
    (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
    Larangan yang tersebut adalah larangan haram.
    ___________________________
    1. Al-Fath al-Rabbani (10:144), hadith ini 'sanad'nya jayyid (elok).




     

    Puasa "Hari Syak":
     Hari "syak" juga dilarang berpuasa padanya. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

    39- عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (رواه أبو داود والترمذي)

    39- Dari `Amar bin Yasir r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim s.a.w."(1)
    (Hadith Hasan Sahih - Riwayat  Abu Daud dan Tirmizi)

    "Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban) tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.

    Larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.(2)

    Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar,  maka yang demikian tidak dilarang.

    Demikian juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin" dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang tersebut maka itu tidak dilarang.
    Yang dilarang ialah mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan dari bulan Ramadhan. 
    ____________________________
    1. Riyad al-Salihin (447) dan `Ibanat al-Ahkam (1:368) "Aba al-Qasim" (Bapa kepada al-Qasim) yang tersebut dalam hadith ini ialah gelaran Rasulullah s.a.w., kerana salah seorang dari putera-putera Baginda bernama "al-Qasim".
    2. Sabil Al-Muhtadin (2:142).


    Puasa hari Jumaat
    Dilarang juga berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu.

    Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

    40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد)

    40- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."(1)
    (Riwayat Imam Ahmad)

    Larangan yang tersebut ialah larangan makruh. 

    Di dalam hadith ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu:
    Bahawa hari Jumaat ialah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai hari raya.
    _________________________
    1. Al-Fath al-Rabbani (10:148). Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim.


    Puasa hari Sabtu
    Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada hari Ahad.

    Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." (1)

    Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar.  (Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu).(2)
    _______________________________
    1. Fiqh al-Sunnah (1:446), hadith ini Hadith Hasan, menurut Imam Tirmizi.
    2. Kitab yang sama (1:446).


    Hukum Isteri Mengerjakan Puasa Sunat Dengan Ketiadaan Izin Suami
    Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

    41- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ. (رواه البخاري ومسلم)

    41- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak halal bagi seseorang perempuan mengerjakan puasa sunat sedang suaminya ada bersama melainkan dengan izinnya".(1)
    (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Hadith ini menjadi dalil bahawa haram atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suaminya, kecuali kalau suaminya tidak ada bersama - kerana pergi keluar negeri maka ia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak memerlukan izin suaminya.

    Jelasnya hak suami adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dicuaikan kerana melakukan suatu yang sunat. 
    _______________________
    1. Al-Fath al-Rabbani (10:66). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.

    Hak Isteri Terhadap Suaminya
    Suami pula bertanggungjawab menyempurnakan hak isterinya dan dilarang mengerjakan puasa sunat yang berlebihan yang akan menyebabkan dia mencuaikan hak isterinya.

    Masalah ini diterangkan dalam sebuah Hadith Sahih riwayat Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. mendapat tahu perihal seorang sahabat Baginda iaitu Abdullah bin `Amru r.a., mengerjakan "puasa sunat" pada tiap-tiap hari sepanjang masa dan ia pula berjaga malam mengerjakan "sembahyang sunat".

    Setelah Baginda bertanya, Abdullah mengaku,  lalu Baginda melarangnya berbuat demikian dan menegaskan lagi, sabdanya:

    42- صُمْ وَأَفْطِرْ وَقُمْ وَنَمْ فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِعَيْنِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِزَوْرِكَ عَلَيْكَ حَقًّا. (رواه البخاري)

    42- "Berpuasalah engkau (pada hari-hari yang tertentu) dan berbukalah (pada hari-hari yang lain), demikian juga kerjakanlah sembahyang sunat (pada sebahagian malam) dan tidurlah (pada sebahagian lagi), kerana sesungguhnya tubuhmu ada haknya yang wajib engkau tunaikan, matamu ada hak yang wajib engkau tunaikan, isterimu ada haknya yang wajib engkau tunaikan dan tetamumu juga ada haknya yang wajib engkau tunaikan .."(1)
    (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)

    Dalam hadith ini Baginda mengingatkan umatnya supaya sentiasa menggunakan cara yang sederhana dalam segala hal dan dalam masa kita mengerjakan amalan yang sunat,  jangan pula kita melupakan perkara yang wajib. 
    _________________________
    1. Riwayat Bukhari dari Abdullah bin `Amru r.a., Fath al-Bari (5:121).

    3/4/13

    Buah-Buahan Dalam Al-Quran

    Antara kekuatan buah-buahan yang diceritakan dalam Al-Quran adalah:


    * Buah Zaiton atau nama botaninya adalah olea europea, pokok ini banyak ditanam di kawasan Meditranean namun begitu kawasan penanaman yang paling utama adalah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.

    *Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut oleh Allah sebanyak 7 kali iaitu 2 kali zaiton ia disebut bersendirian manakala 5 kali lagi ia digandingkan dengan beberapa buah lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tin (fig).

    Allah menceritakan akan khasiat buah zaitun kepada kehidupan seperti firmanNya yang bermaksud “Dialah, yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya).

    Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (an-Nahl [16]: 10-11)

    Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak.Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi malahan boleh menimbulkan beberapa penyakit kulit.


    Ad Tin. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”.

    (HR Abu Darda; Suyuti). Hadis ini telah dibuktikan dengan penemuan sains mengenai keistimewaan buah tin yang belum diterokai sepenuhnya.Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain di samping kelazatan yang unik dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

    Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan galian yang lebih tinggi seperti kalium, serat dan zat besi. Daripada kajian saintis mendapati buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Buah tin sumber utama dalam mengatasi masalah berat badan.

    Buah tin juga dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser, di mana ‘polyphenols’ yang tinggi dalam buah tin bertindak sebagai antioksidan. Seperti yang semua sedia maklum antioksidan penting untuk tubuh badan kerana ia berfungsi untuk menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser. Secara keseluruhannya buah tin memberi kelebihan tenaga, membantu meningkatkan fungsi otak dan boleh mengubat pasangan yang tidak mampu mempunyai zuriat.


    Delima – “Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya).

    Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (al-An’aam [6]: 141) Ayat lain “Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima,” [Surah al Rahman ayat 68].

    Delima, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.

    Delima penting untuk memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini merupakan tunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema, dan mengurangkan kadar gula yang beredar di dalam darah. Selain itu, Delima juga boleh menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.

    Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera. Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.


    Pisang. Ayat Al Quran menceritakan: “Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.”(Al-Waaqi’ah [56]: 28-33).

    Pisang adalah buah yang kaya dengan vitamin B6, ianya juga buah yang sangat bergizi, terdiri dari air (75%), protein (1.3%) dan lemak (0.6%). Setiap buah pisang mengandungi karbohidrat dan potassium dalam jumlah yang mencukupi.

    Pisang sangat membantu dalam penyembuhan banyak penyakit seperti penyembuhan demam, gangguan sistem pencernaan, kejang-kejang dan juga menurunkan tekanan darah, di samping itu pisang berkesan dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh alergi.


    Kurma. Dalam surah Ar-Rad [13]:4 “Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama.

    Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir.”

    Buah kurma mengandungi fruktosa dan glukosa yang keduanya berkalori tinggi, dan mudah serta cepat dicerna. Kandungan gulanya menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa aman pada jiwa.

    Selain itu, kurma juga sangat bermanfaat bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui anak untuk meningkatkan kesihatan janin di dalam perut ibu, mencegah ibu dari rasa lemah, dan membanyakkan air susu.

    Kurma segar memberikan manfaat besar kepada otak, dengan kandungan 2.2% protein, juga berisi banyak jenis vitamin A, B1, dan B2. Ramai mengatakan kurma sangat berkhasiat serta memberi tenaga walaupun dalam jangka masa yang panjang kita tidak mengambil makanan, sangat berguna untuk bersahur.


    Anggur. Surah Al-Muminun [23]:19 “Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebagian dari buah-buahan itu kamu makan.”

    Anggur boleh menghilangkan rasa penat untuk mereka yang banyak menggunakan kegiatan fizikal dan mental. Kandungan besi dan gula di dalam buah anggur yang juga mempergiat produksi darah dan menjadi ubat untuk untuk penderita-penderita liver, ginjal, dan sistem pencernaan.

    Anggur merangsang berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah.

    Anggur juga menguatkan organ jantung, berfaedah dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan kecantikan kulit kerana anggur membersihkan darah.

    Sumber :http://harianislam.com/2013/01/03/buah-buahan-dalam-al-quran/
    Gambar : GOOGLE

    SOLAT JAMAK DAN QASAR


     
    Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

    Sabda Rasullah SAW ;

    إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

    “Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

    Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
     
    SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
    1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
    2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
    3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
     
    HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
    1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
    2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
    3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
    4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

     
    SOLAT QASAR
     
    Bahasa ; Pendek dan ringkas.
    Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
    Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
     
    SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
    1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
    2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
    3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
    4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
     
    Cara Solat Qasar

    1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
    2. Lafaz niat adalah spt berikut ;

    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

     
    SOLAT  JAMAK
    Bahasa : Himpun @ kumpul
    Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
    Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
     
    Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
    1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

    SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
    1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
    Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).

    2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).

    Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

    3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
    Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.

    Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

    4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.

    5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.

    6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
     
    Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
    1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
    2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
    3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
     
    Lafaz Niat Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
     
    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
     
    Lafaz Niat Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
     
    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

    2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
     
    SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
    1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
    Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

    2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
    * Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
     
    Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
    1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
    2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
    3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
     
    Lafaz Niat Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
     
    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
     

    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


    Lafaz Niat Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
     
    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
     Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

     
    SOLAT QASAR DAN JAMAK
    Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
     
    Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
    Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
     
    Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

    Lafaz Niat Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
     
    أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
     

    Lafaz Niat Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
     
    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
     

    Lafaz Niat Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

    أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


    أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
     

    Lafaz Niat Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

    أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


    أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
    Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


    Sumber : http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jamak_dan_qasar.htm

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...