Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/31/13

Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke 56

31.08.2013 Sabtu

8/29/13

Happy Besday To Me!

29.08.2013 Khamis
22 Syawal 1434H

Anak² awal² lagi dah bersemangat duk bercerita pasal besday Mama sebab Along dah bulatkan awal² dalam kalender.... Pagi tadi sebelum ke tempat kerja...Hubby dan anak² duk nyanyi lagu hepi besday. Terharu Mama.... Cuma Ayah Kata lupa pulak nak wish tengah malam tadi... iyo lah bang... Tapi, Mama tak belikan apapun @ nothing special ... no cake... tunggu birthday Ayah nanti la ye... Merangkap Anniversary Mama & Ayah yang ke.... Next entry... :)

Terima kasih kepada rakan Alam Maya yang tak mengenali diri ini secara bersemuka namun sudi wish di timeline... Terharu..sob3x.... Thanks a lot... Juga buat merekayang mengenali diri ini dan wish secara terus.... terima kasih bebanyak... :)

Wah sekejap je dah masuk umur 31tahun.... Syukur Alhamdulillah... diberikan Allah kesempatan untuk menghirup udaraNya sehingga ke saat ini.....

Me... Gambar terbaru yang kian bambam!...haish... bila nk slim ni weh...

Thanks pada yang wish... Dato" NC memang auto tiap tahun wish....

Cik Nani merangkap CEO Kelab Perpustakaan.....

Abe Wan... Amboi... tak pernah²... first time la ni..... Thanks Abe Wan... Yang tak tahan soh tambah anak 7orang lagi... In Sha Allah... Kalau dah rezeki, takkan nak menolak pula....

Yang kat bawah ni... Adik bagitau Mak Su (Adik Ninie) kasi... Tapi Ayah goyang²kan dalam kereta..Habis terabur susunan dia dan ada yang dah pecah... Anyway... Thank you....

Jamuan Aidilfitri 1434H PUiTM

29.08.2013 Khamis

Riang Ria Aidilfitri Perpustakaan UiTM (Pahang)... Setiap gambar yang ada kat blog ni wajib ada muka Ninie sekali okey.... Sebab yang lain²pun banyak.... Ada beberapa kamera dan juga handphone yang canggih manggih... tumpang aja la.... Giler... tak perasan muka macam tepung gomak.... Aduhai... Itulah.. Hari² biasa tak pernah berbedak, Tetiba hari ni berbedak, eye shadow, mascara bagai... Ambik kau.... Tak apalah... Janji Happy!

*Gambar tak ikut susunan... Pakai letak je....

Ini pic selingan berhari raya di rumah big Boss pada 30.08.2013 (Jumaat) Baru² ini....*UPDATE

8/28/13

Persiapan Untuk Jamuan Hari Raya PUiTM

28.08.2013 Rabu

Aktiviti gotong royong...mengupas kulit bawang, halia, buang tangkai lada kecil juga memotong daging... walawalawei... tapi tahun tak semeriah tahun lepas... Huhuhu... sub pada yang lainnya.... Esok? Jamuan Raya... Mamam² la.... Menu? Esok cerita...wink3x

8/26/13

Darling, Kalau Kaya Nak Kereta Apa?

26.08.2013 Isnin

Tengah duk lepak dalam bilik sementara menunggu azan Solat Isyak, En. Hubby datang berbual...antara yang menarik perhatian...
Darling dah kerja ulang alik berapa lama..? Soalnya...
5 tahun dah bang...- Ninie
Kalau kita kaya, awak nak pakai kereta apa? - Hubby
Mana²lah.... Prius boleh? Kereta Hybrid kan... (huhuhu... demand kan...) - Ninie
Oooo Doa²kanlah esok lusa, minggu depan ke bulan depan ke kita jadi kaya... - Hubby
Amboi cepatnya... Buat bisnes apa tu? - Ninie
Ada jutawan kosmetik (janda) nak ngan Abang... sambil tersenyum macam kerang busuk...- Hubby
Acis! Kalau macam tu tak kaya pun tak apa... - Ninie

Eiii Abang ni...kecil beso, kecil beso je nengokkanya... Agak² la kalau nak gurau pun... Mujur Suami... Kalu tak... tak tau la..haish.....

8/19/13

Lapik Biru. Mana Nak Beli? Untuk Lift Up Kereta Anda....

Lapik biru mana nak beli? Bagi yang minat nak meninggikan kereta naik 1inci, 2inci hatta hingga 4 inci pun ada...Bagi anda yang 'termasuk kat dalam blog Ninie dan terbaca pasal entry Kereta Kembara : Proses Lift up dan bertanya mana nak dapatkan lapik biru sepertimana gambar di bawah ni....

Pst.. >> En. Hubby Ninie pun asalnya join group² di bawah ini la dan boleh terbekenan nak naikkan kereta Kembaranya tu dan kebetulan pula bak kata pepatah, pucuk di cita ulam mendatang... Ada pula yang nak tolak lapik biru tu... Itulah adanya... harap dapat membantu walaupun sedikit.....

JAWAPANNYA :
Mohon saudari/i masuk ke  -->>
FACEBOOK : Group (Terios Cami Fan @ TCFC/Kembara.net/Kelab Kembara Malaysia).Di sini saudara boleh mendapatkan info & bertanya pada yang lebih berpengalaman. :). In Sha Allah mereka² ni tidak kedekut ilmu juga sememangnya ada yang otai² yang hebat tentangnya serta mempunyai bengkel juga....

Antara mereka yang pernah bertanya Ninie pasal kereta ni...

8/17/13

Elektrik Slow…

16.08.2013 Jumaat

Ada ke elektrik slow…? Macam airlah pulak. Sebenarnya balik kerja petang ni terus ke dapur..lapar weh… hidupkan lampu tapi nampak cahayanya malap je. Tengah duk menggoreng ikan bilis (lauk ikan bilie je..ikan bilis pun mahal kan?) tetiba lampu macam nak terpadam. Lip lap, lip lap… tapi terang balik. Terang yang malap. Bukan terang benderang.

Masa entry ni di tulispun masih begitu. (Ninie draf guna Microsoft Word dulu). Haish…Walawalawei…. Tension. On computer ingat nak jenguk² FB dan blog serta email… Connection internet ada tapi langsung tak boleh akses… Lampu dalam rumah pun Cuma 2 biji je yang bercahaya. Yang lain² terkelip² je tak nak terang terus. Kipas? Pusing tapi nombor 5 macam no. 1 je… Bak kata orang ‘Janji ada dari tak ada’ betul²…

Hasil bila duk buka Mozilla & Chrome… Haish…

Ni pula hasil internet connection dari jam 6.15petang hingga 7.15petang…. Hubby cakap baru je petang ni jadinya pun. Sebelum² ni tak pernah terjadi lagi kes macam ni….

Tup² jam 8.00malam terus black out... mujur dah stanby lilin... En . Hubby cepat² hidupkan enjin kecil yang sedia ada. Dapatlah cahaya dan kipas sebuah.... Tak lam kemudian jam 8.30malam, elektrik ada kembali... Jam 2.00pagi..balck out lagi... Jam 2.30pagi ada balik.... haish... memain yerk... babap karang! Sampai pagi ni 17.08.2013 Sabtu..molek duk ada... Tapi AIR pulak doh yang takde... urm... sah² guna generator TNB lah ni...

8/15/13

Aiskrim Malaysia Buat Anak²

14.08.2013 Rabu

Lepas siap memotong dan membasuh ayam juga sambil menggoreng ayam segera Ayamas, Sempat lagi Ninie buatkan aiskrim untuk anak² seramai 4 orang tu. Sebelum² ni pun memang pernah buat. Kali ini perasa Tebu, Anggur dan Oren. Bukan main suka lagi mereka. Siap request nak aiskrim Jagung & sirap pula lepas ni. Tapi sehari boleh makan sebatang sahajaye..maksima Cuma 2 batang aiskrim seorang/hari. Demam ke selesema ke salah seorang, automatik semuanya tak boleh minum aiskrim tersebut sehinggalah yang kurang sihat tersebut sihat sepenuhnya.

Cicak Ke Tokek?

14.08.2013 Rabu

Ninie duk sibuk memotong adan membasuh ayam di dapur sambil² tu menggoreng ayam (Beli 1kg produk Ayamas) Tiba² En. Hubby duk memanggil..”Darling meh sini cepat… Ce Awak tengok… Tokek ke…” Haish... Macam² Abang ni la…. Basuh tangan, kecilkan api dapur, sempat lagi duk capai kamera weh…. Huhuhuhu… memang beso lah cicak ni… Berana pinak rupanya dia kat stor En. Hubby ni…. Sebelum misi meng’KILL’ cicak ni oleh En. Hubby, Ninie sempat snap dulu… Tengok gambar 2 ekor cicak kat bawah ni… Sekor tu saiz biasa² je… Yang seekor lagi tu… Kemain lagi saiz dia… Obesiti kut..huhuhuhu….

8/13/13

TUTORIAL : Masukkan Kotak/Box Iklan Di Blog

Sebenarnya Ninie nak masukkan gambar anak² dan bila klik gambar tersebut akan terus ke link yang dituju. Setiap anak² dah ada label (story) sendiri bila Ninie buat entry... Nak canggih bagai macam blogger lain tak pandai. Jadi, Ini lah cara yang Ninie faham. Lupa dah jumpa kat mana yang asalnya. Yang di bawah ni, Ninie dah ubah sikit agar mudah Ninie nak faham.

Hasilnya seperti gambar di atas @ boleh lihat di Blog : ♥ DARLING NINIE FAMILY STORIES

Sedikit Penerangan :
1) Login Blogger -> Layout -> Add A Gadget -> HTML/Java Script
2) Copy & Paste semua kod di bawah...

Ubah :
#ffb6c1 >> Mengikut warna kesukaan anda (ini adalah kod untuk warna background kotak iklan)
WARNA TORQOISE >> Kepada link halaman yang dikehendaki
WARNA BIRU GELAP >> Tajuk yang akan keluar apabila cursor diletakkan pada gambar
WARNA UNGU >> Link gambar yang ingin diletakkan
WARNA HIJAU >> Jika mahu mengubah ketinggian dan lebar gambar yang ingin dipaparkan.

Untuk mendapatkan hasil seperti gambar di bawah. Kod nya adalah seperti berikut :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...