Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

9/23/14

Ikhtiar Untuk Anak² @ Orang Dewasa Yang Demam Panas

DEMAM PANAS ikhtiar
Untuk Orang dewasa dan kanak-kanak.
Sebagai ikhtiar kita kepada orang yang sedang demam


Ambil air mineral 1 botol
Tubuh dalam keadaan suci dan berwhuduk
Baca Al Fatihah 1 kali
Selawat 3 kali
Surah Yasin ayat 58 "Salamun qawlan min rabbin raheem" 11 kali atau seikhlas hati
Berdoa agar disembuhkan
Akhir sekali Tiup pada air.

Kemudian beri minum. Sambil berselawat, renjis-renjis dan sapukan air yang dah didoakan keseluruh tubuh. Mula dari kaki kanan dan terus keatas bahu hingga ke tangan kanan, seterusnya kaki kiri dan terus keatas bahu dan tangan kiri, akhir sekali disebelah belakang dan seluruh kepala, muka dan seluruh badan.
Ulang 3 kali atau lebih

Pesanan
Ubat doktor juga penting jgn tinggalkan.

Soalan
Jamin boleh sembuh ?

Jawapan
Saya tak jamin ianya boleh menyembuhkan, ubat doktor pun takde jaminan kesembuhan kalau Allah SWT tak izinkan untuk sembuh. Kalau yakin sesuatu boleh menyembuhkan tu tanda kita dah syirik kepada Allah SWT.
Jadi Ini sebagai ikhtiar kita.. sebagai Asbab kesembuhan, Yang MENYEMBUHKAN HANYALAH ALLAH SWT SEMATA

Sumber : https://www.facebook.com/PERUBATANSYIFAALIKHLAS

9/22/14

Kenali Personaliti Melalui Kumpulan Darah

Anda seorang yang disenangi ramai? Anda pendiam dan suka menyendiri? Anda peramah dan suka bercakap? Anda seorang yang sensitif dan peka terhadap perasaan orang lain? Ramai yang percaya bahawa kumpulan darah kita boleh menggambarkan sifat seseorang itu. Artikel ini akan cuba menerangkan profil personaliti berdasarkan empat kumpulan darah: A, B, AB, dan O. Cuba bandingkan personaliti anda dengan profil di bawah, dan lihat sejauh manakah kebenarannya!

Kumpulan darah A

Mereka yang memiliki darah kumpulan A lazimnya merupakan individu yang tegas. Mereka lebih bersifat konservatif, bertanggungjawab dan sering menepati masa. Merekalah idola di kalangan rakan-rakan. Kerja rumah dan tugasan sentiasa siap pada waktunya. Paling berjimat-cermat dengan wang – sanggup tawar-menawar sehabisnya ketika membeli-belah. Setiap sen adalah saat dihargai. Tetapi sikap berhemah inilah yang menjadikan mereka lebih berjaya dan paling kukuh kewangannya berbanding mereka daripada kumpulan darah yang lain. Ramai pemilik darah kumpulan A kini berjaya sebagai ahli perniagaan, pakar ekonomi dan saintis.

Mereka mudah mesra dengan individu daripada kumpulan darah yang sama. Mereka juga lebih selesa bergaul dengan individu daripada kumpulan darah AB dan O. Mungkin kerana sifat mereka yang lebih konservatif dan berhati-hati, maka mereka lebih tertarik kepada sifat rasional dan sistematik yang dimiliki individu daripada kumpulan AB. Mereka juga lebih menghargai sifat kepimpinan yang ada pada individu kumpulan O, terutamanya yang dapat membimbing hidup mereka supaya lebih teratur dan sempurna.


Kumpulan darah B

Mereka yang memiliki darah kumpulan B lazimnya lebih ceria dan suka bergembira – merekalah yang paling senang teruja, impulsif dan sering bertindak di luar jangkaan. Mereka gemar melakukan sesuatu secara mengejut dan tiba-tiba. Mereka mungkin sanggup memandu selama 3 jam untuk mencuba gerai nasi lemak enak yang dibaca di dalam akhbar pagi ini. Mereka juga mungkin terus sahaja menempah tiket ke Sabah untuk mendaki Gunung Kinabalu hanya kerana beberapa rakan baru bercakap mengenainya. Mereka menceriakan suasana kerana mereka menghargai kehidupan dan akan berbuat apa sahaja untuk menikmatinya. Mereka juga lebih kreatif dan dengan mempunyai bakat dalam bidang seni. Tidak hairanlah jika ramai yang telah berjaya sebagai artis, ahli muzik dan pelakon komedi.

Mereka daripada kumpulan B selalunya berkawan baik dengan individu daripada kumpulan darah yang sama dan juga rakan-rakan daripada kumpulan AB. Sifat mereka yang bersemangat dan impulsif adalah sesuai dengan sifat kumpulan AB yang lebih tenang dan rasional. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua kumpulan ini lebih berpotensi untuk kekal dalam jangka panjang.


Kumpulan darah AB

Mereka yang memiliki darah kumpulan AB adalah pemikir yang hebat – mereka lebih tenang, rasional dan teratur. Mereka menghargai banyak pendapat sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka mudah mengenali dan memahami orang lain. Mereka selalu dipuji atau sebaliknya apabila kelihatan terlalu tenang dan bersahaja meskipun krisis melanda. Mereka terkenal dengan kecenderungan untuk memberikan penjelasan panjang lebar mengenai sesuatu isu, lagaknya seperti seorang profesor. Selain mampu bersikap analitikal, individu berdarah AB juga seorang yang teratur. Contohnya, rak buku di rumah juga mungkin tersusun rapi dan mengikut aturan abjad yang betul! Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai individu daripada kumpulan darah ini yang berjaya sebagai penganalisis, diplomat dan akauntan.

Mereka daripada kumpulan AB mudah mesra dengan semua orang daripada setiap kumpulan darah. Sikap mereka yang rasional dan kemampuan untuk memahami orang lain memudahkan mereka mengelakkan diri daripada percanggahan pendapat yang mungkin menyebabkan pertengkaran. Kawalan emosi yang baik juga bermakna mereka jarang terjejas akibat sebarang perbalahan.


Kumpulan darah O

Mereka yang memiliki darah kumpulan O lahir sebagai seorang pemimpin – mereka berkeyakinan, bercita-cita tinggi dan peramah. Anda mungkin keberatan untuk memandu selama 3 jam semata-mata mencari gerai nasi lemak yang enak di luar bandar. Tetapi rakan anda yang berdarah O dengan mudah boleh memujuk dan menukar fikiran anda. Mereka memiliki karisma dan keyakinan yang cukup tinggi untuk membuatkan anda bersetuju dengan cadangan atau pendapat mereka. Malah, merekalah yang pertama mengangkat tangan apabila guru bertanya di dalam kelas. Mereka jugalah yang mula-mula memberikan pendapat di dalam mesyuarat di pejabat. Keyakinan yang tinggi serta keberanian yang menyerlah menjadikan ramai yang kini berjaya sebagai peguam, pengacara televisyen dan penceramah motivasi.

Mereka yang berdarah O lebih berkemungkinan untuk berkawan rapat dengan individu daripada kumpulan AB kerana sifat mereka yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat rasional dan tenang yang dimiliki oleh mereka yang berdarah AB membantu mereka membuat analisis dan menyelesaikan masalah. Mereka daripada kumpulan O pula boleh menunjukkan cara-cara menyerlahkan karisma dan membentuk keyakinan dalam pergaulan. Namun begitu, mereka di dalam kumpulan O lazimnya tidak begitu mesra antara satu sama lain. Ini kerana masing-masing bercita-cita tinggi dan mungkin sahaja saling bersaing, sama ada di pejabat mahupun di rumah. Oleh yang demikian, individu berdarah O harus lebih berhati-hati dan belajar bertolak-ansur


Kita semua berbeza, tetapi sebenarnya sama

Bagaimana? Tepatkah keterangan personaliti anda? Sebenarnya, tiada asas saintifik untuk mengenal pasti profil personaliti berdasarkan kumpulan darah. Itu hanyalah mitos dan stereotaip. Namun yang pasti, kita mungkin berbeza kumpulan darah, atau kumpulan sosial – tetapi kita semua bersatu melalui darah yang sama merah



Sumber : http://www.astro.com.my/negaraku/ArticleDetails?articleId=2603&catId=92

9/21/14

Lirik Lagu : Arjuna Beta ~ Fynn Jamal

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka selama tuhanmu ada takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Tertarik hati dan naluri seorang ibu apabila mendengar bait² kata lagu ini... Dipasang diulang² beberapa kali pun tidak jemu² mendengarnya. Bertambah sayu hati seorang ibu bilamana mengetahui cerita di sebalik lagu ini.

Setelah dicari info melalui Google... Banyak cerita mengenai anak kecil comel yang bernama BAKTI ARJUNA FITRI. Sungguh tersentuh membaca kisahya melalui blog² yang menceritakannya.

Alhamdulillah...ARJUNA sudah pun sihat kini... Semoga Arjuna terus² sihat dan senantiasa di bawah lindungan serta rahmat Allah SWT...

Cerita yang panjang lebar mengenai kisah disebalik lagu ini...Bolehlah ke blog ini ye... Sila klik pautan di bawah :

http://milimilo.blogspot.com/2012/12/bakti-arjuna-fitri-seindah-namamu-juna.html

Sekitar gambar ARJUNA suatu waktu dahulu...


Saya dah sihat.... Semoga sentiasa sihat hingga ke akhirnya Sayang....

Nota : Sesungguhnya Allah mendengar Doa hamba²nya... Jangan malu untuk meminta pertolongan, berdoa hanya kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah sahaja yang memungkin sesuatu itu berlaku walaupun ianya mustahil bagi seorang manusia. Ingatlah...Allah itu ada....

Bila Hasil Kerja Diambil Orang


Wah tajuk macam tak boleh blah je kan....

Sebenarnya ini isu gambar... gambar apa tu? Kalau gambar dah masuk internet tu kira hak sesiapa sahajalah.... begitu?

Bagi sesetengah orang :
Perkara biasa je pun
Mungkin nampak remeh
Eleh... tak effect apa pun...
Yang diambil tu kan gambar aku....So ikut akulah...

Wahai sesetengah orang itu...
Sedarkah kamu bahawa gambar yang kamu ambil dan jadikan serta berbangga menjadikan ianya sebagai kamulah yang punya itu...
Orang yang mengambilnya adakalanya terpaksa bersusah payah nak ambil side 'angle' yang cantik
Orang yang mengambilnya mencari rezeki atas usahanya itu
Orang yang mengambilnya mempertaruhkan keselamatannya untuk itu

Entah... isu yang mungkin biasa² bagi sesetengah orang yang mungkin tak faham dan adakalanya juga isu besar bagi mereka yang terpaksa berpenat lelah, bersusah payah dsbnya...

Nak² pula bilamana gambar yang diambil itu telah diletak watermark tetap pandai diolah/ diedit/di crop untuk kepentingan  peribadi tanpa meletakkan kredit kepada si pengambilnya.... Itu yang kita tahu... yang kita tak tahu mungkin banyakkkk lagi...

Sedih? Ye... Ninie memang sedih bila hasil usaha Ninie itu digunakan oleh pihak² tertentu... Tak minta izin, diedit... dimuat naik kembali tanpa memberi kredit kepada si jurugambar,..

Nota Hati : Bersabarlah duhai hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...