Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

5/26/15

Bagaimana Mengukur Saiz Coli / Bra?



FAKTA: 9 daripada 10 wanita mengenakan baju dalam yang tidak sesuai saiznya!!!

KAJIAN dilakukan terhadap wanita di seluruh dunia mendapati 80 peratus daripada mereka tidak memahami kepentingan pakaian dalam, gaya dan saiz sesuai untuk payudara.

Lebih memeranjatkan, sembilan daripada sepuluh wanita mengenakan coli tidak sesuai saiz sendiri manakala 60 peratus tidak menepati kehendak dan keperluan badan serta payudara ketika memakai coli.

"Ramai wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'. Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.

Contohnya, jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup').

Begitu juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'.

Pastikan anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari.

Mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!"

"Selepas anda mulai mengenal payudara sendiri, mulakan memilih coli sesuai supaya payudara yang besar tidak terlihat terlalu menonjol manakala pemilik payudara kecil tetap kelihatan feminin.

"Contohnya wanita yang memiliki payudara bulat padat, kenakan coli potongan klasik bercawan penuh untuk mengelakkan kesan jangka panjang ketika proses pengenduran.

"Jika selesa mengenakan coli tanpa dawai, anda perlu memastikan coli ada struktur sokongan tambahan dengan tali bahu yang lebar, kancing dan sayap belakangnya juga perlu lebar,"

Pemakaian coli seharusnya tidak membebankan pemakai. Justeru, untuk memastikan pemakaiannya selesa, pastikan cawan coli tidak menekan payudara, membentuk kesan membonjol atau sehingga isi kelihatan terkeluar di bahagian atas, tepi dan belakang lengan.

Soal penjagaan boleh menentukan jangka hayat pakaian dalam anda, kerana ketahanan dan keanjalannya bergantung kepada kekerapan memakai, mengering dan membasuh.

"Periksa pakaian dalam anda setiap enam bulan. Selain itu, kaedah penyidaian dan lipatan boleh menentukan pakaian anda tahan lebih lama,"

Payudara kecil
- Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas
- 't-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan

Payudara pendulous
- Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah
- Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong
- Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar.

Payudara posisi jauh
- Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.

Payudara posisi rapat
- Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi).

INFO : Bagaimana mengukur saiz coli?

Ukur saiz badan
- Ukur sekeliling bawah payudara dan gunakan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz coli

Saiz Coli (SC) = Saiz badan + 4" @ 5"

Kalau Nombor genap, tambahkan 4" (Con: 28" + 4" = 32" [inilah saiz coli anda])

Kalau Nombor ganjil, tambahkan 5" (Con: 31" + 5" = 36" [inilah saiz coli anda])

Ukur saiz mangkuk
- Ukur bahagian paling penuh payudara (SP) kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk coli

Saiz mangkuk = Beza SP-SC

0 = Cup 'A'
+1" = Cup 'B'
+2" = Cup 'C'
+3" = Cup 'D'
+4" = Cup 'DD'

*****************************************************

BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA:-

Langkah 1
1) Pakai coli semasa mengukur
2) Ukur di sekeliling bwh payudara.Jka anda mndpt nombor genap, tmbah 4 inci.Jka anda mndpat nombor ganjil, tmbah 5 inci.Sbg contoh:
Jka ukuran anda adalah = 31"
Tambah = 5"
Jadi saiz coli anda = 36"

Langkah 2
Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara.Bandingkan nombor ini dgn saiz coli anda.Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A.Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.

Bagaimana menentukan saiz cup anda:-

1. Saiz coli +0" = Cup A
2. Saiz coli +1" = Cup B
3. Saiz coli +2" = Cup C
4. Saiz coli +3" = Cup D
5. Saiz coli +4" = Cup E

"Ramai wanita menganggap bahawa 'cup D' lebih besar dari 'cup C atau B'. Tanggapan ini adalah tidak benar. Sebenarnya saiz 'cup' bergantung pada ukur lilit coli.

Contohnya, jika anda memakai saiz 36D dan ingin menggunakan coli dengan ukur lilit yang lebih kecil, anda memerlukan coli bersaiz 34E (Turun 2 inci saiz ukur lilit, naik satu saiz 'cup').

Begitu juga sekiranya anda ingin mengecilkan saiz 'cup', anda hanya perlu menambah 2 inci saiz ukur lilit dan mengurangkan satu saiz 'cup'.

Pastikan anda menukar ukur lilit atau saiz 'cup' anda hanya jika perlu kerana saiz coli yang salah akan menyebabkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari.

Mengetahui saiz ukur lilit coli dan 'cup' yang sesuai cukup penting. Saiz coli yang sempurna akan membantu postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda!"

Hanim Sahrom
Pakar AVON INTIMATES

5/25/15

Memilih Bra Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung




Tatkala mengandung, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara seseorang. Ini kerana sewaktu mengandung buah dada membina tisu-tisu yang lebih banyak untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu.

Terdapat pelbagai jenis baju dalam untuk wanita-wanita mengandung atau yang sedang menyusukan, dan memilih satu yang sesuai untuk anda boleh jadi sukar. Pemakaian coli semasa mengandung atau menyusukan adalah pilihan peribadi seseorang. Walau bagaimanapun, memakai coli yang memberi sokongan boleh mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur. Wanita yang mempunyai buah dada yang besar secara amnya akan berasa lebih selesa memakai coli.

S : Bila harus saya memakainya?
J : Masa yang sesuai untuk memakai coli mengandung adalah berbeza dari seorang wanita ke wanita yang lain dan tidak ada masa yang tetap bagi setiap orang. Buah dada akan mula bersedia menghasilkan susu pada awal kandungan dan bagi sesetengah wanita, buah dada mereka akan membesar lebih awal daripada wanita yang lain. Secara amnya, perubahan akan berlaku sekitar empat bulan (16 minggu kandungan) dan inilah masanya mencari coli mengandung, jika belum mula memakainya.

S: Benarkah saya tidak boleh menggunakan coli berdawai?
J: Ramai wanita suka memakai coli berdawai, dan mereka keliru apabila diberitahu coli sebegini tidak digalakkan dipakai ketika mengandung atau semasa menyusukan. Sebabnya, sekali lagi, ianya kerana bentuk buah dada anda sedang berubah. Semasa menyusukan anak, saiz buah dada boleh bertambah atau berkurangan pada waktu siang, kerana susu sedang dihasilkan dan dikeluarkan.

Pengumpulan cecair pada akhir kandungan juga boleh menyebabkan buah dada membengkak. Walaupun sedikit sahaja perubahan saiz berlaku, coli berdawai yang keras boleh menekan buah dada yang sedang membesar. Tekanan ini boleh menyebabkan saluran susu atau mastitis tersekat dan oleh seba itu coli berdawai yang tidak fleksibel tidak disyorkan. Walau bagaimanapun, sekarang terdapat coli penyusuan yang mempunyai sokongan plastik yang fleksibel yang hampir sama dengan dawai. Ia direka untuk mengembang dan bertukar kedudukan, sejajar dengan perubahan bentuk buah dada.

S : Perlukah beli coli yang berasingan untuk penyusuan?
J : Coli yang direka untuk wanita mengandung juga boleh digunakan oleh wanita yang menyusukan. Coli mengandung dan coli menyusukan sebenarnya adalah sama. Semasa mencuba jenis-jenis yang berlainan, jangan lupa buka dan tutup cawannya. Kebanyakan coli boleh dibuka untuk menyusukan dan sesetengahnya lebih mudah digunakan daripada yang lain. Carilah coli yang boleh dibuka keseluruhan cawannya, berbanding dengan jenis "pintu bumbung" yang boleh menekan buah dada semasa penyusuan. Ada juga jenis coli yang mempunyai kancing dihadapan dan bahu.

S : Perlukah saya memakai coli semasa tidur?
J : Sama ada memakai coli atau tidak semasa tidur, ia adalah pilihan individu. Ada wanita yang merasakan mereka memerlukan sokongan sepanjang masa, ada pula yang tidak selesa memakai coli. Coli malam yang khas boleh didapati, atau anda boleh juga memakai coli yang terbuka di hadapan atau coli lembut yang lain.

S : Bagaimana menjaganya?
J : Dapatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang coli. Memandangkan susu anda kadangkala meleleh, anda perlu menukar coli lebih kerap daripada biasa. Coli seharusnya dibasuh dengan tangan dan dengan sedikit sabun. Anda tidak perlu merendamnya dalam peluntur atau cecair berubat kerana ini akan melemahkan fabrik dan boleh menyebabkan kegatalan kulit. Jika anda menjaga coli dengan baik, ia boleh bertahan sepanjang anda mengandung dan beberapa bulan selepas itu.

5/22/15

Air Detox / Infused Water Kurangkan Berat Badan

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita hadapi kemudian hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan. Sedar-tak sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan.

Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda. Apa yang penting sentiasa mendispilinkan diri, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat serta kerap melakukan aktiviti membuang toksik atau lebih mudah lagi melakukan senaman ringan.

Infused water / Air detox sangat bagus untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Ia merupakan satu alternatif bagi mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan di dalam minuman.

Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear.

Hari ni kita belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
mencuci dalaman perut dan usus
menurunkan berat badan
mengempiskan perut
melegakan sakit tekak
mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
membuang toksin dalam badan
mengurangkan masalah selsema

AIR DETOX

Anda boleh gunakan apa-apa sahaja buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox.

Buah-buahan ini anda pilih lah beberapa biji yang anda suka. Kalau boleh berlainan warna kerana fungsi warna juga membantu dalam proses detox

Anda juga boleh tambahkan daun pudina untuk rasa yang lebih segar
beberapa jenis buah dan herba yang ada khasiatnya yang tersendiri bila dibuat Air Detox

1) Lemon – membantu proses pencernaan dan menyegarkan nafas
2) Oren – membantu peredaran darah
3) Halia – imun booster
4) Rasberi – mempunyai ciri-ciri anti radang
5) Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran toksin
6) Anggur – melawan kanser
7) Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
8) Kulit Kayu Manis – penggalak metabolisme
9) Strawberi – anti oksidan
10) Limau – anti penuaan
11) Nenas – membantu melegakan sakit sendi
12) Pudina -menyokong sistem penghadaman

Cara Buat Air Detox1) Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri.
2) Masukkan potongan buah-buahan ke dalam jar, kemudian tambahkan ais diatasnya.
3) Tambahkan air hingga penuh satu liter dan tutup jar tersebut.
4) Biarkan semalaman dalam peti ais.





1. Strawberi dan kiwi Untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan sistem kekebalan, menurunkan gula darah, dan melancarkan pencernaan.

2. Teh hijau + daun pudina + limau nipis Sesuai untuk pembakaran lemak, meningkatkan metabolisma, melancarkan pencernaan, mengurangkan sakit kepala, mengatasi susah buang air besar, dan menjaga kesihatan pernafasan.

3. Timun + limau nipis + lemon Bermanfaat untuk mengatasi kembung perut , mengawal nafsu makan, mengatasi dehidrasi, dan menjaga kesihatan pencernaan.

4. Lemon+limau nipis Manfaatnya sebagai sumber vitamin C dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...