Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

4/6/16

Kriteria Fesyen Blogger Malaysia yang Sukses

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian,kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain).

Fesyen itu mempengaruhi gaya hidup dan memberikan kesan pada setiap peringkat kehidupan. Fesyen dikatakan adalah aliran yang lazim merebak pada masyarakat selari dengan sejarah dunia. Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan, dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kelengkapan kehidupan.


Have you ever considered yourself to be a fashion blogger? Jika di negara-negara Barat, penulisan blog berkisarkan fesyen dianggap sebagai kerjaya yang cukup glamour dan menguntungkan. Di Malaysia sendiri, semakin ramai rakan-rakan blogger yang kini menulis mengenai fesyen dan mempunyai jumlah pengikut yang cukup ramai.

Bukan sekadar blogger, mereka-mereka ini juga turut dikenali sebagai trend setters dan juga media influencers. Soalan pertama, adakah susah untuk menulis mengenai fesyen? Dan soalan yang kedua, apakah kriteria utama yang perlu ada untuk menjadikan anda seorang fesyen blogger Malaysia yang sukses?

Well, jika anda ingin memulakan kerjaya sebagai seorang fesyen blogger yang dikenali di Malaysia, berikut merupakan beberapa krieria yang wajib anda tahu;


1. Pertama sekali, anda harus mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai dunia fesyen. Apa trend-trend fesyen yang terkini, apa fesyen yang tidak sesuai untuk digayakan, atau erti kata lain, anda harus menjadi seorang ‘fasion expert’.

2. Kedua, anda juga haruslah mempunyai minat yang mendalam mengenai bidang fesyen. Sukar untuk anda menulis bahan bacaan yang berkualiti jika anda tidak mempunyai minat atau ‘passion’.

3. Anda juga haruslah menjadi seorang trend setter dan berani bereksperimen trend-trend fesyen yang terbaru.

4. Rajinkan diri untuk membuat kajian dan libatkan diri anda dengan mereka-mereka yang berada dalam industri fesyen. Get exposure!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...